Show Mobile Navigation

Sunday 29 December 2013

Tolak Persembahan Konsert Dan Bunga Api Sempena Meraikan Tahun Baharu 2014

nescafeais - 11:30


Niat serta tujuan murni tu aku sokong 100%. Tapi bila baca perenggan ni:-
Menurut Jamawi, cadangan itu juga bertujuan untuk keselamatan rakyat yang mungkin terancam dengan himpunan penyokong pembangkang.

Ingatkan nak cakap pasal pembaziran tak bertempat. Rupanya ada maksud tersembunyi..kehkehkeh..

Apapeun aku setuju sangat kalau tak buat dah sambutan tahun baru dengan konsert dan bunga api yang menyebabkan pembaziran sahaja...baik buat aktiviti yang meningkatkan ilmu dan kerohanian sahaja supaya negara aman dan dilindungi ALLAH...

Baca petikan berita dari sinar harian:-

SHAH ALAM – Pemuda Umno mencadangkan kerajaan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2014 dengan konsert dan pertunjukan bunga api.

Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, kehadiran tahun baharu sebaliknya lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara.

“Sama-sama kita berdoa agar negara lebih aman serta dijauhkan bencana pada 2014 dan  tahun-tahun mendatang. Bagi kaum bukan Islam, beribadatlah di rumah ibadat masing-masing,” katanya.

Menurut Jamawi, cadangan itu juga bertujuan untuk keselamatan rakyat yang mungkin terancam dengan himpunan penyokong pembangkang.

“Dengan membatalkan sambutan tahun baharu, polis boleh bertindak tegas kepada mana-mana individu yang berhimpun di Dataran Merdeka atas apa alasan sekalipun. Keselamatan rakyat Malaysia harus kita pertahankan,” katanya.

Saturday 28 December 2013

Video Kemalangan Berantai Terpanjang Di Malaysia?

nescafeais - 12:24

Inilah yang terjadi jika tidak menjaga jarak yang selamat di antara kereta kita dengan kereta di hadapan.

Video di bawah ini, memaparkan kemalangan yang melibatkan 10 buah kereta. Hampir kesemua kereta yang terlibat remuk di bahagian belakang dan hadapan mereka.

Sebab sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, mungkin, kereta yang paling hadapan berhenti secara mengejut, lantas kereta yang mengekorinya dengan rapat di belakang tidak sempat menekan brek, Maka terjadilah kemalangan berantai seperti dipaparkan dalam video.


Suruh rakyat bersyukur, tetapi pemimpin? -Dr Asri

nescafeais - 02:36


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kepentingan politik.

Dalam entri Facebook terbarunya, Dr Maza menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka hanya berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat.

"...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi.
 

Prof Muhaya Tampil Jawab Mengenai Dakwaan Tak Prihatin

nescafeais - 02:25

Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup , Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

 “Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya.

Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap. "Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

 Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin.

Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan. “Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang.

Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya. Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah.

Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”

SUMBER:-SINAR HARIAN

Friday 27 December 2013

Gambar 70 cedera diserang ikan Piranha di Pantai Argentina

nescafeais - 15:21


Sekurang-kurangnya 70 orang yang sedang mandi-manda di pantai Argentina cedera termasuk tujuh kanak-kanak hilang sebahagian anggota badan apabila putus jari tangan dan kaki selepas diserang sekumpulan ikan Piranha.

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun hilang sebahagian daripada jarinya selepas digigit ikan piranha  

Pengarah pengawal keselamatan pantai, Federico Cornier, berkata ribuan pengunjung sedang bersantai di Sungai Parana, dekat Rosario, semalam, tiba-tiba diserang ikan palometas iaitu sejenis piranha yang ebsar, rakus dengan gigi tajam.

Paramedik berkata, pantai berkenaan ditutup serta-merta namun akibat cuaca panas mencecah sehingga 100 darjah celsius, pengunjung kembali semula ke pantai. - AP

BACA: Luahan Hati Guru di Sekolah Berasrama Penuh

nescafeais - 14:52

Baca luahan hati guru di Sekolah Berasrama Penuh yang meluahkan kekecewaan kepada Kementerian Pendidikan petikan dari Utusan:-

Beberapa orang guru yang mengajar di sekolah berasrama penuh (SBP) agak terkilan dan kecewa dengan kerja yang terlalu banyak berbanding dengan guru menengah biasa.

Mana tidaknya, mereka terpaksa mengajar mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan selalu pula dikenakan mengajar kelas tambahan pada hujung minggu terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Inilah hakikatnya yang berlaku kepada guru SBP yang terpaksa kerja lebih masa daripada guru sekolah menengah biasa sedangkan gaji mereka adalah sama, tetapi tanggungjawab lebih.

Untuk menjaga prestasi sekolah SBP supaya sentiasa cemerlang setiap tahun, guru ini dikerahkan bekerja keras bagi memastikan pelajar mereka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Mereka juga perlu memastikan SBP ini mempunyai kebersihan dan tahap disiplin yang tinggi selain aktiviti kokurikulum yang sentiasa berada ditahap cemerlang.

Adalah wajar jika pihak Kementerian Pendidikan mengkaji dan memberikan elaun atau imbuhan tertentu kepada guru SBP sebagai satu insentif kerana ketabahan mereka mendidik anak bangsa

Oleh: Syed Abdullah
(Forum Utusan)

Thursday 26 December 2013

Gambar Fenomena Ikan muncul di permukaan air, di perairan Terengganu

nescafeais - 16:55

Kecoh bila gambar dikatakan fenomena ikan muncul di perairan Terengganu puala, seperti fenomena yang berlaku baru-baru ini di perairan Lahad Datu, Sabah. Gambar yang tersebar mengatakan ikan-ikan dan hidupan laut yang lain seperti ketam didakwa telah muncul dengan banyaknya di perairaan Terengganu.

Gambar yang tersebar dikatakan diambil di pelantar minyak dan telah tersebar di media sosial ketika ini.

Namun, kesahihan gambar ini agak meragukan kerana gambar yang dirakam tidak jelas dan kabur. Malah, fenomena ini juga tidak seperti kejadian sebelum ini yang mempunyai bukti jelas bergambar dan video.

RUJUK VIDEO SEBELUM INI:Feneomena ikan naik ke darat di Lahad Datu

Walaubagaimanapun, jika perkara ini benar apakah kaitan fenomena yang berlaku beberapa hari ini di Malaysia? Semoga Malaysia aman.

Wednesday 25 December 2013

Video Sedih: Remaja Syria Makan Kotak Untuk Teruskan Hidup

nescafeais - 15:40

Ketidakstabilan politik yang melanda Syria memaksa penduduknya melakukan apa sahaja untuk meneruskan hidup. Kesukaran mendapatkan bekalan makanan memberi kesan besar kepada Kanak-kanak dan remaja.
Menerusi sebuah video di YouTube, remaja ini dijumpai sedang duduk di tepi jalan sambil memegang kertas kotak.

Bila ditanya rupanya remaja tersebut kebuluran akibat tiada makanan dan terpaksa makan kotak serta kertas untuk meneruskan hidup. Kes begini bukan baru, tetapi semakin banyak dilaporkan di Syria dan keperluan bantuan kecemasan sangat diperlukan.

Tonton video bertajuk RescueSyria-Makan kotak untuk hidup dan selami kesedihan remaja ini. Sila sebarkan.


GAMBAR: Warga Emas Bisu Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Terlantar Akibat Dipukul, Disamun

nescafeais - 14:36


Kekejaman dilakukan syaitan bertopeng manusia apabila tergamak memukul seorang warga emas OKU berakhir dengan kematian wanita berkenaan, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi 16 Disember lalu di Felda Tenang, Hulu Besut, Terengganu, Mariam Yahya, 50an yang bisu cedera parah selepas dipukul dengan objek keras oleh penyamun.

Mangsa dipercayai pengsan sebelum sedar lalu menggagahkan diri pergi meminta bantuan di rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah.

Makcik Yam yang masih bujang dan tinggal sendirian selepas kematian ibu bapa, sebelum ini dilaporkan sering berjaga hingga awal pagi kerana bimbangkan ayamnya yang sering dicuri.

Al-fatihah buat Makcik Yam dan marilah kita sama-sama doakan semoga pihak yang bertanggung jawab akan dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

PETIKAN BERITA 17 DISEMBER LALU

Wanita bisu parah dipukul penyamun di Besut

Seorang wanita bisu parah dipercayai dipukul penjenayah dalam cubaan samun di Felda Tenang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mariam Yahya, 50an, yang cedera di bahagian muka dan beberapa anggota badan dikatakan menggagahkan diri pergi ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

Peneroka, Mohamad Hassan, 43, berkata, banyak pihak mendakwa mangsa turut dipukul dengan objek keras oleh suspek yang datang ke rumahnya dan dipercayai mangsa pengsan sebelum sedar dan pergi meminta bantuan.

Menurutnya, mangsa yang merupakan anak kepada peneroka, tinggal seorang diri di rumah berkenaan selepas kematian ibu bapanya.

“Dia masih bujang dan sebelum ini sering tidur lewat malam kerana menjaga ternakan ayamnya yang dikatakan sering dicuri dan dikhianati pihak tidak bertanggungjawab.

“Ketika saya dan peneroka buat rondaan di tanah rancangan ini sebelum ini, kami sering menasihati mangsa agar masuk ke dalam rumah memandangkan sekitar jam 3 pagi pun, dia masih berada di luar rumah menjaga ayamnya,” katanya.

Mohamad berkata, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa.

“Banyak pihak tidak menolak kemungkinan suspek cuba menyamun mangsa, namun mangsa melawan menyebabkan suspek bertindak sedemikian,” katanya.

Katanya, sejak kebelakangan ini peneroka di sini sering meronda pada waktu malam setelah banyak kes pecah rumah berlaku.

Sebelum kejadian ini, sepasang warga emas di sini turut disamun oleh lelaki bersenjata tajam di rumahnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, motif sebenar kejadian belum diketahui berikutan keadaan mangsa yang tidak boleh bercakap, namun polis berusaha mengesan suspek.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan kerana kecederaan di bahagian muka dan anggota badan yang dialaminya,” katanya.-sh

Kisah sedih Kehidupan ‘Mak Cik Yam’ sebelum Parah Di Samun

nescafeais - 14:34

Tiada apa yang terlalu istimewa pada Pasar Besar Bandar Jertih, Terengganu, berbanding lain-lain pasar seumpamanya di bandar dan pekan lain di negara ini, khususnya di Pantai Timur. 

Selain majoriti peraih dan peniaga yang menjalankan urusan harian di situ berbangsa Melayu, hakikat bahawa sebahagian besar mereka adalah kaum Hawa juga bukan fenomena yang asing bagi masayarakat di sebelah sini. 

Namun seperkara yang mungkin menjadikannya berbeza daripada pasar-pasar di tempat lain ialah keunikan salah seorang peraih di situ. 

Kelibat seorang wanita yang lebih banyak menggerakkan tangan daripada membuka mulutnya ketika melayan pelanggan menarik perhatian orang ramai. 

 Kebetulan sewaktu penulis berada berdekatan makcik itu, seorang wanita datang bertanyakan harga sayuran dijualnya. “Pucuk ‘miding’ (paku pakis) ni berapa (seikat), makcik?”, tanya kakak itu, sambil memegang sayuran tersebut. 

Makcik si penjual itu memandang ke arahnya seraya menegakkan dua jari, disusuli kemudiannya dengan isyarat jari telunjuknya. Isyarat itu tidak sukar diterjemahkan. Ia bermaksud “dua ikat untuk satu RM”. Tanpa menampakkan reaksi terkejut, kakak tadi menganggukkan kepala. 

Barangkali dia sudah maklum dengan sifat “istimewa” dimiliki makcik itu. Melihatkan anggukan kakak itu, si penjual pun segera mencapai beg plastik di sisinya. Sebaik dua ikat pucuk pakis selesai dipilih si kakak itu, dia mencapainya dan memasukkannya ke dalam beg plastik itu. 

Sekeping kertas RM1 dan beg plastik berisi sayuran itu lantas bertukar tangan antara mereka. Makcik itu mengangguk-anggukkan kepala, barangkali tanda terimakasih atas urusan jual beli itu. Cukup mudah transaksi niaga itu dijayakan. 

Namun apakah semudah itu juga usaha makcik itu mendapatkan pelbagai jenis sayuran dijualnya? Selain pucuk pakis, di depannya turut berlonggok kacang bendi, limau nipis, mentimun, terung, sawi dan tidak ketinggalan ‘lada hidup’ (cili merah). 

Melihatkan longgokan sayuran itu, terbayang seribu kepayahan yang mungkin dihadapi makcik itu mendapatkan bekalannya. Peribahasa Melayu, “seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul” mungkin paling tepat menerangkan keadaannya. 

Dalam keadaan bisu dan hanya menggunakan bahasa isyarat, kita terfikir tentu tidak mudah baginya menyempurnakan tuntutan dan keperluan hariannya itu. Usaha penulis mengenali makcik berkenaan lebih mendalam juga tidak kurang sukarnya. 

Penulis mengisyaratkan mahu mengambil gambarnya. Beliau mengangguk. Agaknya bahasa tangan penulis itu terlalu mudah difahaminya. Sangkaan itu tepat. Sebaik kamera dikeluarkan dari beg, makcik tadi tersenyum seraya menutup mulutnya, sedikit malu-malu. 

Kamera diklik beberap kali. Alhamdulillah, makcik itu tidak keberatan memberikan pose istimewanya mengikut permintaan penulis. Namun tugasan belum sempurna setakat itu. 

Usaha mendapatkan maklumat peribadinya mendedahkan penulis kepada pengalaman baru yang amat menguji minda. Mujur juga beberapa orang yang ada di situ ikut membantu. “Ikut cerita orang ‘Mak Su’ ni duduk di Felda Tenang (di Hulu Besut). 

Tiap-tiap pagi teksi mari hantar di luar sana (luar pagar pasar). Lima ringgit mari, lima ringgit ‘kelik’ (balik),” sampuk seorang lelaki, tatkala melihat penulis terkial-kial cuba berkomunikasi dengan makcik itu. 

Berdasarkan vest dipakainya, besar kemungkinan lelaki warga emas itu adalah penyelia kebersihan pasar berkenaan. Butir bicaranya juga menampakkan dia sangat arif tentang urusan harian di sekitar kawasan itu. Istilah ‘Mak Su’ digunakannya itu juga tidak sukar dimengertikan. 

Panggilan itu biasanya merujuk kepada status seseorang atau pasangannya sebagai anak bongsu dalam keluarga. Namun dalam kes makcik ini, panggilan itu merujuk kepada sifat istimewa dimilikinya. Menjadi kebiasaan masyarakat sebelah sini menggelarkan insan bisu sebagai ‘Mak Su’ atau ‘Pak Su’. 

Mujur juga penulis terlintas membuka dompet dan menunjukkan kad pengenalan kepada makcik itu. Beliau mengangguk, mengeluarkan beg duit dari sakunya dan menghalakan jari telunjuk ke arah beg itu. 

Barangkali dia mahu penulis faham, kad pengenalannya tersimpan di dalamnya. Tertera namanya Mek Yam bte Awang Ya, beralamat di Kampung Darau, kira-kira 9 kilometer dari pasar itu.

Itu mungkin tempat tinggal asalnya. Lagi pun beberapa peniaga bersebelahannya sepakat mengatakan beliau memang tinggal di Felda Tenang, sepertimana disebut pakcik tadi. 

Berdasarkan nombor kad pengenalannya, makcik ini dilahirkan pada tahun 1945 di Kelantan (kod negeri 03). Bagaimana pun terdapat tanda bintang pada hujung nombor tersebut, kemungkinan menandakan angka-angka tertera itu hanyalah anggaran dan andaian pihak Jabatan Pendaftaran Negara. 

Usaha penulis mendapatkan maklumat peribadinya lebih lanjut juga terpaksa menggunakan kaedah andaian. Apatah lagi cubaan penulis memintanya menulis maklumat mengenai suami dan anak-anaknya menghasilkan tulisan yang entah apa-apa. 

‘Mak Su’ mengangguk apabila penulis mengisyaratkan dua jari telunjuk disatukan, menandakan beliau ada suami. Beliau malah menunjukkan isyarat dua jari, yang boleh difahami sebagai pernah dua kali berkahwin. 

Penafsiran penulis ke atas bahasa isyarat ‘Mak Su’ berikutnya memungkinkan suami pertamanya meninggal kerana penyakit lelah. 

Beliau juga seakan memberitahu ada sepuluh orang anak. Lima orang daripada mereka tinggal bersama nenek mereka. Dua orang bekerja makan gaji. Manakala tiga daripada mereka kemungkinan tinggal berjauhan dengannya. 

 Penafsiran itu mungkin betul, mungkin sekadar andaian penulis. Pengalaman singkat menghadapi kesukaran berkomunikasi dengan insan istimewa itu bagaimana pun membuatkan penulis terfikir betapa gigihnya ‘Mak Su’ berdepan situasi itu sepanjang hidupnya. 

Ataukah beliau sudah kalih dengan keadaan itu, seperti kata satu lagi pepatah Melayu, “alah bisa lantaran biasa”? (Artikel ini disiarkan majalah bulanan al-Muslimah edisi Januari 2011 dengan tajuk sama di ruangan “Kisahnya”)

Video Fenomena Ikan Naik Ke Darat Di Lahad Datu

nescafeais - 00:55
Fenomena ikan naik ke darat petang tadi 24/12/103 di Kg. Tambisan, Lahad Datu seperti yang dipaparkan di salam Berita sebentar tadi.

Apapun memang diketahui ramai yang fenomena seperti ini merupakan satu petanda tsunami. Contohnya seperti yang berlaku di Kedah dan akhirnya terjadinya Tsunami. Jadi silalah berhati-hati kerana ada puncanya mengapa ikan-ikan tersebut bergerak ke darat.

Tuesday 24 December 2013

Bukit Aman Dibom, Penyebar Maklumat Palsu Kini Diburu

nescafeais - 16:14
Polis menafikan dakwaan di Facebook yang kononnya ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur dibom, sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai dan anggota pasukan keselamatan.

Justeru, SUPT Lai Lee Ching daripada bahagian komunikasi korporat Bukit Aman menafikan dakwaan yang dibuat di sebuah laman Facebook berhubung perkara itu.

 “Adalah dimaklumkan keadaan di ibu pejabat polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa,” kata Lai.

Dalam kenyataannya hari ini, Lai berkata, satu laporan polis telah dibuat dan kes itu disiasat bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan. Seksyen itu itu melibatkan niat hendak menyebabkan ketakutan awam, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini,” katanya.

 Lai juga meminta orang ramai bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama itu kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2 Januari 2014

nescafeais - 15:59


Kerajaan dalam Bajet 2014 telah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada seluruh kakitangan awam di negara ini mulai awal januari 2014.

Pembayaran bonus ini juga dikenali sebagai Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Tarikh bayaran Bonus Penjawat Awam 2014
  • 2 Januari 2014 (Khamis)
Kadar bayaran Bonus 2 Januari 2014

Pemberian bonus tahun 2013 yang ditetapkan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00.

Syarat Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2014
  • Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini dibayar kepada pegawai yang berkhidmat dalam tahun 2013 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.
  • Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini akan dibayar pada 2 Januari 2014.
  • Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2013 atau gaji akhir bulanan yang diterima pada tahun 2013.
Pekeliling Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2 Januari 2014

Monday 23 December 2013

Video CCTV Letupan BOM Di Danok Thailand 22/12/2013

nescafeais - 11:57

Video CCTV Kejadian letupan bom yang berlaku pada 22 Disember 2013 di Danok Thailand. Letupan berlaku dalam jarak 1km dari jabatan Imigresen, Kastam dan Kompleks kuarantin di Bukit Kayu Hitam,Padang Besar Malaysia.

Dalam kejadian letupan ini, Dua rakyat Malaysia adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga siri kejadian letupan bom di Selatan Thailand.

Kesemua mangsa yang cedera itu ialah mangsa letupan bom di Pekan Danok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Video Pasangan Mencuri di Medan Selera

nescafeais - 11:06

Perhatikan lelaki memakai baju putih memegang jaket hijau dan seorang perempuan mungkin isterinya). Yang pastinya tiada siapa dapat menduga. Sungguh liciknya diorang ni.

Apapeun, berhati-hatilah ketika makan terutama di kawasan yang sibuk dan ramai orang seperti medan selera...kerana duit manusia sanggup buat apa sahaja.

Sebarkan untuk kebaikan bersama..













jika tak dapat menonton video..klik sini:-pasangan mencuri

BR1M 3.0 BUDGET 2014 Registration Online

nescafeais - 10:34


Register BR1M 3.0 online . 2014 Registration Applications for 1Malaysia People's Aid or BR1M 2014 can be made from December 23, 2013 (Monday).  Online application can be made via www.hasil.gov.my

For manual application, the forms are available at any Lembaga Hasil Dalam Negeri Branches or can be downloaded at www.hasil.gov.my. The BR1M 2014 payment will be made on February 2014. Any enquiries can be reach at BR1M 2014 Hotline 1-800-88-2716.

Sunday 22 December 2013

Video Kejadian Hujan Ais Di Perak

nescafeais - 18:57

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, peniaga pasar malam yang baru memulakan perniagaan dikejutkan dengan kehadiran angin kencang dan hujan ais di Perak.

Hujan lebat yang diikuti ribut menyebabkan beberapa khemah hampir tumbang.
Difahamkan, selain khemah peniaga rosak, beberapa papan tanda turut tumbang akibat ribut namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Video: Indian guys brutally slashed in a gang fight

nescafeais - 03:15

Incident was reported to have happened in Selayang. Indian guys fighting with other Indian guys. 1 died, and the rest survived.

Viewer discretion strongly advised. Do not go out at night and avoid suspicious friends especially if they're involved in gang activities. If you have any infos related to the fight, report to your nearest police station.

Fearless, brutal, threatening. This is why I sometimes avoid eye contact or even talk to other Indians. Call me arrogant, but I'd rather not end up like the macha in a pool of blood. It's no wonder that every other race feels afraid of an Indian even if it is just one lone individual.

Saturday 21 December 2013

Pelancaran Kondom Tugasan Terakhir Model Playboy Felixia Yap

nescafeais - 12:26


Model Playboy Malaysia, Felixia Yeap mengejutkan ramai apabila memaut naik gambar dirinya tampil berhijab. Namun dia juga menyatakan pendiriannya tidak mahu menurunkan gambar-gambar lamanya yang seksi buat masa ini.

BACA BERITA TERDAHULU:-Bekas Model Playboy Warga Malaysia Kini Berhijab Penuh

Menurut Felixia Yeap, sukar untuk dirinya memadam begitu sahaja gambar-gambar seksi tersebut kerana ia adalah bukti pencapaiannya selama ini. Menurutnya lagi, gambar-gambar tersebut menjadi ingatan mengapa dia memilih untuk membalut dirinya dengan pakaian menutup aurat pada hari ini.

Felixia turut akui dia kini sedang mendalami ajaran Islam. Islam nyata memberikan ketenangan buat dirinya, Justeru, Felixia berharap supaya dia tidak didesak.

Ada pihak yang mengeluarkan kata-kata sinis pada dirinya apabila dia membuka tudung ketika bekerja sebagai model sedangkan sesetengah tawaran sudah diterima ketika dia masih belum berhijab, selain terikat dengan tanggung jawab sebagai Playboy Bunny Malaysia.

Bagaimanapun, Felixia berkongsi satu berita bahawa tugasnya sebagai Playboy Bunny Malaysia mungkin sudah berakhir setelah dia menjadi model untuk pelancaran @Playboy Condom Malaysia, semalam.



Selepas ini, Felixia yeap tidak perlu lagi mengenakan ‘bunny suit’. Felixia merupakan model wanita Malaysia ketiga terpilih menjadi model Playboy selepas Jacinta Lee dan Amber Chia.

Ramai yang menyokong Felixia dan mendoakan agar dia terus tabah dan kuat meneruskan perubahan sedang dilakukan.

Pada masa sama, Felicia turut berterima kasih kepada butik-butik muslimah yang menawarkan kerja padanya.Ini sekaligus dapat menampung pendapatan yang mungkin hilang selepas dia menolak banyak tawaran peragaan yang tidak lagi sesuai dengan dirinya.

Apa pun, marilah kita mendoakan yang terbaik dan semoga dia mendapat hidayah ALLAH.

Friday 20 December 2013

Gambar 2 kereta Kemalangan Ketika Berebut Masuk Tol

nescafeais - 11:40

Gambar yang dikongsikan di Facebook menunjukkan 2 buah kereta yang dikatakan berebut ketika mahu masuk ke lorong tol telah mengalami kemalangan.

Kemalangan di atas adalah salah satu contoh sikap segelintir rakyat Malaysia yang sukar diubah apabila memandu di jalan raya.

Bersabar kan lagi bagus dari tabiat tukar line tanpa bagi signal, memandu secara merbahaya, memotong di lorong kecemasan dan pelbagai lagi. Yang bestnya bila dah kemalanagan, masing-masing bertekak tidak mahu mengaku salah dan cari salah orang lain.

Thursday 19 December 2013

Video Dan Gambar: Puting Beliung Di Johor Bahru

nescafeais - 08:29
Semalam 18 Disember 2013, Fenomena Puting Beliung telah berlaku di Johor Bahru. Fenomena puting beliung yang jarang berlaku di Malaysia itu berjaya dirakam oleh penduduk di sekitar bandar Johor Baharu dan Singapura.

Mujurlah pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana ianya tidak mencecah daratan. Sekiranya puting beliung ini berterusan, ianya pasti merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut.

Malaysia pernah mengalami puting beliung di beberapa tempat seperti yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2010. Namun, ianya tidaklah seteruk di luar negara.








Tuesday 17 December 2013

Video Aksi Polis Tampar Warga Asing Tersebar

nescafeais - 12:09



Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu. Video tersebut kini tersebar di Youtube, Facebook dan blog.

Video tersebut  yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa.

Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka.

Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu.

Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.




Monday 16 December 2013

7 Gambar Syamsul Yusof Kini Telah Behrijrah

nescafeais - 15:30



Kes cetak rompak filem KL Gangster 2 hasil arahannya, meninggalkan kesan mendalam terhadap pengarah dan pelakonnya, Syamsul Yusof. Beliau kini seakan menyepikan diri daripada bidang hiburan.

Pengarah KL Gangster ini dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu yang diadakan di sekitar Lembah Klang.





Perkembangan positif nampaknya, Tahniah, semoga beliau terus kekal dengan imej sebegini dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup anda.




Kenaikan Tol Pelengkap Pakej Penderaan Oleh Kerajaan

nescafeais - 12:34


Kenaikan kadar tol dijangka tahun depan, dilihat menjadi pelengkap pakej penderaan terhadap rakyat.

Menurut Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus, pihaknya membantah kenaikan tol ini dan menganggap ianya tidak masuk akal memandangkan rakyat sudah cukup terbeban dengan beberapa kenaikan oleh kerajaan sebelum ini.

Menurutnya lagi, sepatutnya kadar tol semakin rendah dari tahun ke tahun kerana syarikat konsesi mendapat pulangan modal bagi pembinaan lebuh raya, ditambah keuntungan berlipat ganda menerusi pertambahan kenderaan menggunakannya.

“Secara tidak langsung, keadaan ini menggambarkan betapa kerajaan pimpinan BN gagal mentadbir negara dengan baik berikutan banyak kenaikan harga berlaku, sedangkan baru tujuh bulan PRU13 berlalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

selain membebankan dari segi kewangan, kenaikan itu memberi impak negatif terhadap aspek sosial dan integriti.

Tidak mustahil, anak-muda muda berada di perantauan selepas ini jarang pulang ke kampung menemui ibu bapa mereka, gara-gara tidak mampu menampung kos perjalanan semakin tinggi.

“Pada masa sama, kita juga khuatir gejala rasuah akan semakin membarah dalam kalangan masyarakat kerana ramai terpaksa mencari duit lebih untuk menjalani kehidupan seharian yang penuh tekanan,” katanya


Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, menyifatkan, kenaikan kadar tol ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

“Apabila mendengar kenaikan tol ini, saya tidak terkata lagi. Baharu sahaja rakyat dikhabarkan kenaikan tarif elektrik, gula, minyak, ini tol pula.

“Kita rakyat susah mahu faham dengan tindakan kerajaan kerana setiap kali yang diumumkan syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda, kerajaan juga mendapat pulangan baik, tapi rakyat yang susah akhirnya dengan kadar tol dinaikkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, jika kerajaan mahu menaikkan harga tol, namun tahap prestasi jalan dan ciri-ciri keselamatan masih ditahap yang sama, pastinya amat tidak bermakna bagi rakyat.

“Kalau sepanjang jalan di lebuh raya dengan kelajuan 110km, contohnya hanya sejam sahaja boleh sampai ke Melaka dari Kuala Lumpur, mungkin rakyat tidak akan berkira.

“Tapi kalau bayar tol, jalan tetap sesak dan ciri keselamatan tidak diendahkan apa guna bayar tol yang mahal-mahal,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya jika sekalipun kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan, kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi supaya tidak berlaku perjanjian berat sebelah.

“Ini penting, kerajaan perlu semak kembali perjanjian itu supaya tidak berlaku tindakan kurang cerdik daripada pihak mereka semasa menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi.

“Kita tidak mahu berlaku berat sebelah, mungkin masa tandatangan itu, diambil kira jumlah kereta yang lalu hanya berapa dan sekarang pula sudah berapa jumlah kereta yang melalui lebuh raya itu,” kata beliau.

Sehubungan itu, kerajaan disaran lebih bijak menguruskan ekonomi dengan mengutamakan rakyat supaya tidak terkesan berikutan penarikan subsidi dan kenaikan harga barangan.

“Rasanya di setiap lebuh raya ada papan iklan yang pastinya mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Ini belum lagi termasuk dengan gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna, pastinya mendapat keuntungan,” katanya.

Video Hantu Galah Di Flat Sri Semarak

nescafeais - 08:55

Di flat PPR Sri Semarak gempar dengan sebuah video yang menyaksikan kelibat dikatakan hantu galah yang bergayut di flat tersebut.

Perkara ini menjadi heboh selepas video yang dirakam salah seorang penduduk flat tersebut tersebar di laman Facebook.s Tak pasti sama ada video ini diedit atau pun memang yang real punya. Tapi kalau sekali tengok, memang real habis!

Mengikut kepercayaan masyarakat dahulu kala, hantu galah antara hantu-hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam.

Apapeun, kepercayaan terhadap hantu-hantu ni terpulang kepada interpretasi masing-masing lah kan. Walahualam..

VIDEO:KLIK SINI:FACEBOOK
 

Sunday 15 December 2013

Isu Berhala Haji dan Hajah: Tindakan Segera Akan Diambil

nescafeais - 11:50


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau akan memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Perak dan polis berkenaan kewujudan sebuah berhala berupa seorang haji berserban dan seorang hajah bertudung di Lumut, Perak.

Beliau berkata perkara itu perlu ditangani segera kerana ia akan mengundang kemarahan masyarakat Melayu Islam dan sekaligus mencetuskan suasan tegang.

Laman sosial semalam dikejutkan dengan penyebaran sekeping gambar yang memaparkan sepasang berhala berserban dan bertudung rujuk:-http://buletin-terkini-online.blogspot.com/2013/12/berhala-haji-dan-hajah-dibina-kononnya.html.
 
"Tindakan segera diambil supaya ia dirobohkan sebelum menjadi satu pergaduhan besar. Nanti timbul isu perkauman yang membawa pergaduhan.

Harussani kemudiannya menjelaskan, kesabaran umat Islam semakin tercabar dengan satu demi satu perbuatan pihak tertentu yang sengaja mahu mencetuskan konflik antara agama.

Sehubungan itu, Harussani menggesa umat Islam di negara ini berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah pihak tertentu untuk memesongkan keimanan mereka.

"Pembinaan tokong atau berhala berbentuk haji dan hajjah adalah satu penghinaan. Ini kerana orang Islam tidak percaya kepada perkara syirik, kita mentauhidkan Tuhan. Bahkan bukan sekadar itu, pada orang Islam, mengukir bentuk manusia pun sudah haram. Apatah lagi ia satu penghinaan kepada agama.

"Ini satu cubaan untuk mengelirukan orang Islam yang sengaja mahu menimbulkan perselisihan. Mereka rasa mereka kuat. Dahulu mana mereka berani buat begitu. 

"Ini salah, orang Islam bertoleransi, tidak mengganggu tokong, gereja dan rumah-rumah ibadat mereka. Mereka anggap kita lemah. Mereka bina merata-rata tokong-tokong di tanah haram dan tanah kerajaan. Tapi kerajaan tak ambil tindakan, seolah-olah kerajaan lemah. Dalam keadaan begitu
 mereka cuba macam-macam," jelasnya.
 
Next Previous
UTAMA