Show Mobile Navigation

Tuesday, 24 December 2013

Bukit Aman Dibom, Penyebar Maklumat Palsu Kini Diburu

nescafeais - 16:14
Polis menafikan dakwaan di Facebook yang kononnya ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur dibom, sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai dan anggota pasukan keselamatan.

Justeru, SUPT Lai Lee Ching daripada bahagian komunikasi korporat Bukit Aman menafikan dakwaan yang dibuat di sebuah laman Facebook berhubung perkara itu.

 “Adalah dimaklumkan keadaan di ibu pejabat polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa,” kata Lai.

Dalam kenyataannya hari ini, Lai berkata, satu laporan polis telah dibuat dan kes itu disiasat bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan. Seksyen itu itu melibatkan niat hendak menyebabkan ketakutan awam, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini,” katanya.

 Lai juga meminta orang ramai bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama itu kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment