Kerajaan dalam Bajet 2014 telah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada seluruh kakitangan awam di negara ini mulai awal januari 2014.
Pembayaran bonus ini juga dikenali sebagai Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Tarikh bayaran Bonus Penjawat Awam 2014
- 2 Januari 2014 (Khamis)
Kadar bayaran Bonus 2 Januari 2014
Pemberian bonus tahun 2013 yang ditetapkan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00.
Syarat Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2014
- Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini dibayar kepada pegawai yang berkhidmat dalam tahun 2013 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.
- Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini akan dibayar pada 2 Januari 2014.
- Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2013 atau gaji akhir bulanan yang diterima pada tahun 2013.
Pekeliling Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2 Januari 2014
0 comments:
Post a Comment