Show Mobile Navigation

Friday 13 December 2013

Proton Pengeluar kereta atau Tempat Melepaskan Kemarahan ?

nescafeais - 03:48
Artikel ini adalah pandangan penulis Norzafry yang dikongsikan di laman berita astro awani. beliau merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia.

Beliau Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat di Arab Saudi serta pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bagi tahun 2011/2012.

Artikel ini adalah pendangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan BuletinTerkiniOnline

-Namun apa pula kata anda..ada betulnya jugak, Baca:-

Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa noktah berikut:-

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi  jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda,  mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama 4 minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak $600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman.

Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”.

Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






14 comments:

  1. Salam artikel menarik..ada betul nye..tapi kritikan tu harus supaya membawa proton kearah yg positif kalau diterima oleh mereka..atau sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri atas dasar kekangan harga kereta dinegara kita..masih banyak designer2 tempatan yg boleh hasilkan lebih baik dari ini..dari segi kualiti kita tahulah proton macam mana..bukan meremehkn tapi selagi dasar automotif macam ni..proton akan sekadar melepas batuk ditangga..pada design dan kualiti sebab tahu market dah ada..sampai bile?
    Pilih kasih..proton juga pilih kasih dalam hal ini..bayangkan kereta yg dijual diluar kualiti dan add on nya lebih baik dari yg dijual didalam negara sendiri.kenapa?
    Kalau tak mampu terima kritikan jangan buat bisnes yg ada kaitan dengan csr..buat je bisnes cucuk tanam kerana benihnya benih yg sama dibekalkan oleh kerajaan sendiri..jadi fikirlah mana pergi karya2 anak muda malaysia sendiri..sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. For your info, as the article mention, it is a fact that proton is new compared to those large automobile manufacturer. Thus, cost is a big factor when redesigning a new model. R & d could cost millions if not billions. The reason why most of those manufacturers share their technology to reduce cost. Criticism should be as a concrete but not prejudice. From what i read on most comments, it is more to prejudice perhaps because most of those criticize are from the opposition. They knew, Proton is BN baby. The fact remains, as long as the mentality of these people do not change, i suggest they pack their bags and moved to a third world country just you anonymous. You are useless to the core. If you expect quality, damn you, all those big makers have sacrifice their costing on quality too. I use to have european cars, japanese and korean. They create so much problems too. Because why? These are moving parts, and moving parts would not last long. That was why you are not an engineer. Dumbass!

      Delete
    2. sudahlah bro,tak payah tunjuk bijak sgt... face the facts.. saya pernah guna proton dan skrg kereta eropah,byk beza dari segi road handling. parts last longer dan harga parts lebih kurang proton. jgn mudah2 maki hamun org lain. itu dah tunjuk tahap pemikiran awak..

      Delete
    3. Kalau mcm tu sape yg dumbass??kite tiru jela sampai tuan engineer masuk kubur..takde peningkatan..that what malaysia lack of..RnD because takut duit habis..n engineer like u will be as lazy only know to copycat..so why u study till degree master?if u just want to use ur lazy ass to copycat instead of ur brain?i guess u cant accept when people condemn bout this?share technology is okla brader jgnla copycat sangat..n dahla copycat u reduce the quality to tin milo pulak..yeah moving part semua rosak its the matter when..ini tingkap guna xsampai setahun dah jammed..n yeah i use conti car oso..conti car if u maintain well it wont cost u more and last longer than proton car..

      Delete
    4. Bukan kite keje nak mencemuh proton je, saye pon gune proton jugak saye ade hak nak suarakan pendapat, pendapat di anggap legit jika ramai yang setuju, pasal kita dah habiskan banyak duit dekat beli kereta ni, kalau kualiti x memberansangkan kene lah bagi pendapat. Dekat malaysia ni, masalah ni bukan takat kereta je, Cube tengok SISTEM2 Kerajaan, xde fungsi, design yang teruk, harga mahal melampau dari yang sepatutnya. ADAKAH itu punca daripada sebab kita baru setahun jagung dalam dunia IT ? Sedangkan banyak company2 IT yang sangat berbakat. Barangkali sistem kerajaan dibuat dari kroni2, dan company2 datuk dan tengku kot, itu sebab la company tak ade speciality tapi dapat tender. Masalah yang sama bila ade team r&d sekalipon kalau knoni atau makan suap ni memang x berkembang.

      Delete
    5. Tapi byk betulnya artikel ni. Dah bermacam2 post saya lihat di FB, smpaikan fakta yg dah terang tak nampak lagi. Antara ungkapan paling popular: "dah 30 tahun, bila proton nak buat kereta sendiri?", "asyik2 tiru kereta orang lain", "engineer proton makan gaji goyang kaki". Ramai yg cakap begini, tapi legit ka jugak? Dlm byk perkara, majoriti tak semestinya betul.

      Kita komplen2 kereta kita, kmu pernah pegi luar negara dgr org komplen kereta eropah, austrlia, amerika. Ada sebenarnya. Kalau kmu Google "european car reliability", dtg la result2 pasal org komplen sana sini.

      Ya mmg betul, Proton memang ada banyak lagi ruang untuk pembaikan, dan progress dorg tak selaju yg diharap. Saya tgok preve hari tu, power window ada longgar2 sikit bila naik turun, tak solid. Namun jgn juga lupa penambahbaikan yg telah dibuat. Preve terpuji dlm ssetengah perkara, handling, brek, rupa, harga. Reliaiblity tak tau la, cuma Preve owner bole cakap. Banding jugak Waja CPS dgn Waja lama, jauhnya beza. Proton Waja kami (Waja thun 2008 x silap) tiba2 aircond berasap. :P Waja CPS jiran saya, ok je saya tgok. Honda Accord kami baru 4 tahun dah bocor power steering.

      Delete
    6. Memang xdnafikan semua kereta unperfect..tp we can see how they improve and fight in open market..grow upla..its not about political issue,its about our consumer right.if takde tax on imported car ingat proton can survive with this kind of quality?n im sure they will improve if goverment slowly lift up the taxed..that what we want..persaingan sihat..in price and quality,cukuplah if they implement yang car over 12yrs kene ganti u can see siapa untung..bayar mahal quality not worth it n then kene lupus 12thn..sorryla if anyone blame pembangkang bile kritikan..if takde yang bangkang for sure sekarang ni we like slave..n dont know our right..we not always right n we need others to correct us..

      Delete
  2. kalau org nak beli..beli juga,,biarpon apa org kata dek non oi... ko dah try ke bawa proton? ko dah compare ke bw kereta import.. harga dhla mahal.. bw laju pon terumbang ambing.. dah la jln kat malaysia ni pon x smooth.. bawaa kereta import especialy bmw volvo estima alphard.. sedap je mantap berattp ringan... jln pon berdesup... wpon keretaa tu dh bertahun recon je pon compared tu harga proton baru mmg x mampu beli.. sekian dek no.. sy sokong pndanga anonymous di atas... komen utk pembaikan... tp setakat ni.. hampehhh.. ekau plak melalak

    ReplyDelete
  3. Salam,nak tambah (org sama anony 1st skali)beza kia dan proton brp tahun dah betapak nampak kemajuan kia sekarang?bersaing dipasaran antarabangsa..semua autoshow keluar..proton dari 80an sampai sekarang hasilnya?tengokla kat aussie brp dorang jual proton..lebih murah dari dlm negara kita sendiri..dan add on die lebih dari djual dlm negara..comeon la cukup2lah sekadar cakap syukur malaysia ada kete sendiri..setakat jaguh kampung..takuk tu je dari tahun 80an sampai la ni..kalau malaysia mengamalkan dasar automotif terbuka proton tahun 80an dah bankrupt..almost all glc sama je..xperlu lihat proton tgk MAS every year merah..kenapa?nampak?bukak mata besar2 belajar luar negara lebih luas pemandangan kita lihat betapa negara kita ni banyak bakat tp dikekang..mana profesional2 kita?kerja luar negara..if u so patriotik u should work in malaysia..then u can talk bout proton..keje kat saudi drive proton ka?fikirlah tak usahlah dimomok2kan dgn bende2 lain..we should grow up..matang berani keluarkan something baru..ubah cara fikir..kalau mcm ni je semua akan bergantung mcm tu je..proton bergantung pada kita..n we as a consumer takde choice sbb proton murah..itu jela kete yg dianggap gah selesa utk keluarga..silap2 kalau hantar check kat MOT europah mesti tak lepas..sokong brade 2nd tu..bawak kete conti or japan lalu sebelah lori bas xgoyang steady cuba bawak kete malaysia goyang telo..

    ReplyDelete
  4. selagi masyarakat kita membiarkan emosi dan nafsu menguasai diri .. tidak mahu berubah dan mula berfikir diluar kotak fikiran ..selagi itu lah kita tak kan berjaya menguasai ekonomi ..

    ReplyDelete
  5. check harga dulu ..ramai kutuk proton bukan sebab peformace tapi harga. selagi harga mahal dan tak membantu rakyat , confirm rakyat mengamuk.siapa taknak bantu proton,rakyat malaysia nak membantu tetapi proton sendiri tak nak membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat malaysia yang selalu jer naik.kena ingat sebab tax yang menyebabkan harga kereta luar mahal.walaupun proton ada tax nya sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Harga yg dibayar agak tak berpadanan dengan quality yang dibeli.

      Delete
  6. "Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh." - Cuma nak cakap disini yang "mirip" atau "seakan" langsung tidak sama dengan tindakan proton tukar lambang accord ke perdana. tiada design yang ditukar dari accord tu. tentang Myvi rebadging daihatsu/toyota, model yg di "rebadge" tu tiada dijual di malaysia, tak macam honda accord or mitsubishi lancer. Suprima S yang "seakan" ford focus takde orang nk marah pun. tiada pilih kasih pun dalam kritikan seperti yang penulis artikel katakan.

    ReplyDelete
  7. Kita bukan nak marahkan proton bulat2..tapi sampai bila nak 'copy past' je. Gunalah idea sendiri untuk bangunkan model sendiri serupa tak apa tapi bukanlah diambil bulat2 daripada honda tukar je lambang proton. Ini amat memalukan lebih2 lagi pegawai2 di proton dengan bangganya mengatakan ini keluaran terbaru proton..TAK MALU KE...

    ReplyDelete