Show Mobile Navigation

Thursday, 28 November 2013

,

Lelaki Muat Naik Gambar, Maki Hamun Dan Mencekak Baju Polis Yang Menyamannya

nescafeais - 14:14




Seorang anggota Polis Trafik IPD K.Pilah semasa bertugas kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada 25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman keatas sebuah kenderaan yang menghalang lalu lintas,

Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut menggunakan handphone.

Menurutnya, bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, anggota polis trafik meninggalkan tempat kejadian.

Namun, setibanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, anggota polis membuka laman Facebook dan terkejut apabila terdapat status yang dipercayai ditulis lelaki berkenaan.

Entri  itu tertera perkataan maki hamun kepada anggota trafik berkenaan kerana menyamannya, sekali gus menimbulkan rasa malu terhadap anggota trafik tersebut. Bertindak daripada kejadian itu, anggota trafik terbabit membuat laporan polis pada hari sama.

Tindakan:

 1) Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 353 kanun keseksaan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas

2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.

3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.

 silap tempat mau tunjuk samseng daaaa
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






2 comments: