Show Mobile Navigation
santai
Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

Peguam Bidas Cara Polis: LOKAP SELAGI TAK BAYAR - Ini Polis atau Samseng?

nescafeais - 20:15


 LOKAP SELAGI TAK BAYAR - Ini Polis atau Samseng?

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Ahmad Fuad Abdul Latif yang disiarkan di dalam facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) pada 17 May 2014.

SAC Ahmad Fuad menyatakan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan terus ditahan di dalam lokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Tindakan tersebut dilakukan kerana terdapat lebih kurang 1.9 juta waran tangkap yang belum selesai.

Ada dua (2) perkara yang perlu direspond dan diperbetulkan daripada kenyataan tersebut.

Pertama : Adakah SAC Ahmad Fuad faham prosedur undang-undang sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan tersebut?

Kedua : Adakah Polis sudah menjadi along pemungut hutang atau penguatkuasa undang-undang?

ADAKAH SAC AHMAD FUAD FAHAM PROSEDUR UNDANG-UNDANG?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit kuliah undang-undang kepada SAC Ahmad Fuad, seluruh warga Polis Trafik, seluruh warga PDRM dan seluruh warganegara Malaysia. Ada dua isu berikaitan tajuk ini. Pertama berkaitan prosedur Waran Tangkap dan kedua Menyelesaikan Waran Tangkap.

Prosedur Waran Tangkap.

Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap seseorang yang dituduh (OKT) atau orang yang disaman (OKS) untuk dihadapkan ke Mahkamah kerana kegagalan OKT/OKS hadir ke Mahkamah semasa kes saman disebutkan.

Contoh, Rosmah (bukan nama sebenar) disaman untuk hadir ke Mahkamah pada 21/05/2014 kerana didakwa melakukan kesalahan memandu melebihi hadlaju. Pada 21/05/2014 Rosmah tidak hadir ke Mahkamah, maka Mahkamah jika berpuashati bahawa saman telah diserahkan kepada Rosmah, boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP untuk memastikan Rosmah hadir ke Mahkamah menjawab pertuduhan. Mahkamah kemudian akan menetapkan tarikh sebutan baru bagi pihak Polis menguatkuasakan Waran Tangkap membawa Rosmah hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

Prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 - Seksyen 43.

Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke Mahkamah.

Section 42. Person arrested to be brought before Court without delay.

The police officer or other person executing a warrant of arrest shall, subject to the provisions of section 39 as to security, without unnecessary delay bring the person arrested before the Court before which he is required by law to produce that person.

Peruntukkan ini amat jelas dan merupakan prosedur khusus berkaitan perlaksanaan sesuatu Waran Tangkap.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang seorang hamba Allah yang memegang jawatan Ketua Pasukan Trafik Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan dilokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Peruntukkan undang-undang negara mana Ketua Pasukan Trafik tersebut guna. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Menyelesaikan Waran Tangkap.

Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, waran tangkap ialah perintah tangkapan seseorang yang gagal hadir Mahkamah. Seksyen 40 Kanun Tatacara jenayah memperuntukkan ;

Section 40. Warrants, to whom directed.

(1) A warrant of arrest shall ordinarily be directed to the Inspector General of Police and all other police officers of Malaysia, and any police officer may execute the warrant in any part of Malaysia.

(2) The Court issuing a warrant may direct it to any person or persons by name not being police officers and all or any one or more of such persons may execute the same.

Berdasarkan peruntukkan Seksyen 40, tugas menyelesaikan Waran Tangkap adalah tugas Polis kerana Waran Tangkap dikeluarkan kepada Polis untuk Polis menguatkuasakan dengan menangkap orang yang kepadanya Waran tersebut dikeluarkan.

Jika Ketua Pasukan Trafik menyatakan bahawa akan ditahan di lokap sehingga waran tangkap diselesaikan, maka saya sebutkan di sini bahawa yang perlu ditahan di lokap ialah Polis bukan pesalah trafik kerana tugas menyelesaikan waran tangkap ialah tugas Polis bukan tugas pesalah trafik.

ADAKAH POLIS SUDAH MENJADI ALONG PEMUNGUT HUTANG ATAU PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG?

Soalan ini kembali merujuk kepada kenyataan tidak berundang-undang dari Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang tidak mengikut prosedur perundangan, maka sama saja tindakan beliau seperti along yang mengutip hutang sesuka hati menahan peminjam duit sehingga hutang diselesaikan. Perlu diingat saman trafik bukan hutang. Saman trafik adalah perintah hadir Mahkamah. Orang yang menerima saman tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di Mahkamah. Selagi tidak diputuskan bersalah, saman itu tiada apa-apa nilai kewangan yang membolehkan Polis memungut hutang.

Akhirnya nasihat saya, jadilah penguatkuasa undang-undang yang mengikut prosedur perundangan bukan sewenang-wenang mengugut seperti orang lain tak tahu undang-undang.

Jangan jadi ketam.


ZULHAZMI SHARIFF
19 MEI 2014
RUJUK SINI:- FACEBOOK

Video Pelanggan Temui Ulat Dalam Ayam Goreng Di Kedai Mamak!

nescafeais - 15:03

Tak habis habis dengan berita kurang enak mengenai kedai mamak. Sebelum ini heboh dengan bil kedai mamak yang dikatakan mencekik darah.

Kini, seorang pelanggan pula memuatnaik satu video hidangan kedai mamak yang menjijikkan. Pelanggan tersebut menemui ulat dalam ayam goreng di sebuah kedai mamak terkemuka di Taman Skudai Ria, Skudai, Johor Bahru.


Kejadian seperti ini sudah tentu menjejaskan perniagaan kedai mamak yang lain. Hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Apapun sebagai pelanggan hendaklah berhati-hati ketika menjamu selera di mana-mana restoran sekalipun.

Tengok Video (Tekan HD untuk lebih jelas)


Sunday, 18 May 2014

3 Gambar Wanita BÏŒgel Bersiar-Siar Di Jalan Tawau-Kunak

nescafeais - 20:42

Kalau semalam tersebar gambar wanita bersolat di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, kali ini seorang wanita bÏŒgel dikatakan berjalan-jalan di Jalan Tawau-Kunak, Sabah.

Kejadian pelik yang melibatkan seorang gadis yang berada dalam keadaan berbogel ini dipercayai berlaku pada tengah hari tadi.

Punca kejadian belum dapat dikenalpasti lagi dan sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. Adakah ia sama seperti yang berlaku baru-baru ini di Karamunsing Kota Kinabalu dimana seorang lelaki telah dirompak dan dibogelkan tepi jalan atau di sebaliknya .... Sumber.




PANAS: MH370, Seseorang Menyembunyikan Sesuatu - Tun Mahathir

nescafeais - 15:56


SHAH ALAM – Pengeluar pesawat yang digunakan Malaysia Airlines (MAS), Boeing Corporation perlu memberi penjelasan tentang sistem pendaratan automatik yang terdapat pada pesawat Boeing 777 seperti yang dilaporkan The Flightglobal.com.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri blog terbarunya berkata, beliau tidak dapat membayangkan juruterbang yang mengendalikan MH370 membuat pendaratan yang licin di lautan yang ‘ganas’ dan kemudiannya tenggelam begitu saja.

Beliau juga menyebut adalah tidak adil kesalahan insiden kehilangan MH370 hanya diletakkan kepada Malaysia dan MAS.

“Boeing harus menjelaskan tentang sistem yang dipanggil pendaratan automatik anti keganasan ini.

“Seseorang menyembunyikan sesuatu. Tidak adil kesalahan itu ditanggung Malaysia dan MAS sahaja,” katanya yang dipetik melalui entri bertajuk ‘Boeing Technology-What Goes Up Must Come Down’, hari ini.

Menurutnya, sesebuah pesawat boleh terbang dan berada di udara untuk satu-satu tempoh masa tetapi ia tetap perlu turun ke bawah sama ada selamat mendarat atau kemalangan.

“Tapi, pesawat tidak terus hilang. Tidak pada masa sekarang dengan kemajuan sistem komunikasi, radio, satelit dan kamera tanpa filem yang beroperasi tidak putus dan kapasiti simpanan yang besar.

“Sistem komunikasi dan GPS pastinya telah dilumpuhkan, jika tidak, stesen pasti boleh menghubungi dan mengesan pesawat berkenaa,” katanya.

Tun Mahathir menyentuh mengenai maklumat yang diperoleh daripada carian di Internet iaitu Boeing telah menerima paten Amerika Syarikat (AS) bagi sistem kawalan pemanduan automatik.

“Carian di Internet mendedahkan, Boeing menerima paten AS pada 2006 bagi sistem yang sekali diaktifkan ia akan menghilangkan kawalan pemaduan juruterbang dan mendarat di lokasi yang ditentukan sistem itu.

“The Flightglobal.com melalui sebuah artikel ditulis John Croft dengan dateline Washington DC (1 Dis 2006) menyebut, ‘pemanduan automatik yang tidak boleh diganggu atau pintas akan diaktifkan, sama ada oleh juruterbang, alat pengesan dalam kapal ataupun dikawal radio atau satelit yang dihubungkan oleh agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), jika terdapat ancaman pengganas untuk mengambil alih kokpit’.

“Jelas Boeing dan beberapa agensi mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan penerbangan,” tegasnya.

Katanya,  pencarian debris, kesan tumpahan minyak atau mendengar bunyi ‘ping’ dari kotak hitam hanya membazir masa dan wang.

“Ini bukan kejadian nahas biasa selepas kehabisan bahan bakar. Pesawat itu ada di mana-mana mungkin tanpa pengetahuan MAS,” katanya.

BACA PETIKAN DARI ENTRY BELIAU DI BAWAH:- 

1. What goes up must come down. Airplanes can go up and stay up for long periods of time. But even they must come down eventually. They can land safely or they may crash. But airplanes don’t just disappear. Certainly not these days with all the powerful communication systems, radio and satellite tracking and filmless cameras which operate almost indefinitely and possess huge storage capacities.

2. I wrote about the disabling of MH370’s communication system as well as the signals for GPS. The system must have been disabled or else the ground station could have called the plane. The GPS too must have been disabled or else the flight of MH370 would have been tracked by satellites which normally provide data on all commercial flights, inclusive of data on location, kind of aircraft, flight number, departure airport and destination. But the data seems unavailable. The plane just disappeared seemingly from all screens.

3. MH370 is a Boeing 777 aircraft. It was built and equipped by Boeing. All the communications and GPS equipment must have been installed by Boeing. If they failed or have been disabled Boeing must know how it can be done. Surely Boeing would ensure that they cannot be easily disabled as they are vital to the safety and operation of the plane.

4. A search on the Internet reveals that Boeing in 2006 received a US patent for a system that, once activated, removes all control from pilots to automatically return a commercial airliner to a pre-determined landing location.

5. The Flightglobal.com article by John Croft, datelined Washington DC (1st December, 2006) further mentioned “The ‘uninterruptible’ autopilot would be activated – either by pilot, by on board sensors, or even remotely by radio or satellite links by government agencies like the Central Intelligence Agency, if terrorists attempt to gain control of the flight deck”.

6. Clearly Boeing and certain agencies have the capacity to take over “uninterruptible control” of commercial airliners of which MH370 B777 is one.

7. Can it not be that the pilot of MH370 lost control of their aircraft after someone directly or remotely activated the equipment for seizure of control of the aircraft.

8. It is a waste of time and money to look for debris or oil slick or to listen for “pings” from the black box. This is most likely not an ordinary crash after fuel was exhausted. The plane is somewhere, maybe without MAS markings.

9. Boeing should explain about this so-called anti-terrorism auto-land system. I cannot imagine the pilots made a soft-landing in rough seas and then quietly drown with the aircraft.

10. Someone is hiding something. It is not fair that MAS and Malaysia should take the blame.

11. For some reason the media will not print anything that involves Boeing or the CIA. I hope my readers will read this.

Wanita Solat Merata Tempat Setelah Dapat Hidayah

nescafeais - 08:35


KUALA LUMPUR- “Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya berada,” kata Anita Shiar, 27 tahun.

Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.

Menurutnya, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.

“Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,” katanya.

Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.

“Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di mana-mana,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan wanita berkenaan.

Menjijikkan: Pelanggan Terkejut Temui Kondom Dalam Makanan

nescafeais - 07:56


Menjijikkan… Seorang pelanggan restoran di di China mendakwa menemui kondom semasa menjamu hidangan sotong dan ikan, lapor akhbar terkenal Metro.

“Sungguh menjijikkan, perkara paling mengerikan terlintas dalam fikiran: adakah ia sudah digunakan?” Terang Mai Liang.

“Cuba anda bayangkan perasaan saya ketika melihat kondom itu di dalam pinggan”

Para pelanggan di restoran itu mengadu kepada pemilik restoran, Yi Ze Teng namun mendapat respon yang sebaliknya.

Teng mengatakan hidangan sotong dan ikan itu panas, kondom itu sudah tentu akan cair jika dimasak bersama hidangan lain di dapur.

Walaubagaimanapun, pelanggan yang tidak berpuas mengancam pemilik restoran itu dan akan membawa kes itu ke mahkamah.



Namun, mungkin tidak mahu perkara itu berlanjutan, Teng mengambil kondom itu lalu menelannya.

“Saya fikir dia menelan kondom itu kerana tidak mahu kami ke balai polis atau ke jabatan kesihatan.” menurut Liang.

Liang yang masih tidak berpuas hati tetap mahu mendakwa restoran itu dan sudah mengupah seorang peguam untuk menuntut pampasan.

Friday, 16 May 2014

Suap Makanan OKU: Pakcik Aqim Macam Bapa Sendiri

nescafeais - 13:08


JOHOR BAHRU - Seorang warga emas yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Pakcik Aqim sudah dianggap seperti bapa sendiri oleh pekerja Restoran Nasi Ayam Penyet Ria di Plaza Angsana, di sini.

Isnin lalu, status seorang pemilik laman sosial Facebook menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya melihat seorang pelayan restoran yang dianggap berhati mulia kerana sanggup melayan dan menyuap makanan ke mulut seorang warga emas OKU.

Sinar Harian ke restoran berkenaan untuk mendapatkan reaksi pelayan yang dimaksudkan, namun hampa apabila Alif Fitri Radzuan, 19, bercuti kerana menghadiri kenduri.

Bagaimanapun Penyelianya, Nor Azna Kadir berkata, semua anak buahnya sudah sedia maklum mengenai kehadiran Pakcik Aqim dan menjadi rutin kepada pelayan restoran yang berkelapangan ketika itu untuk melayannya.

Menurutnya, pemilik dan pekerja di restoran itu tidak pernah merasakan kehadiran Pakcik Aqim sebagai satu perkara yang menyusahkan kerana tidak pernah menimbulkan gangguan atau ketidakselesaan kepada pelanggan lain.

“Kami dah biasa dengan kehadiran Pakcik Aqim sejak restoran ini dibuka empat tahun lalu. Dia bukan datang hari-hari, tapi kalau dia datang memang kami akan beri dia makan walaupun dia tak minta.

“Walaupun ramai pelanggan, memang salah seorang pelayan akan ambil makanan yang dicarik-carik ayamnya untuk disuapkan kepada Pakcik Aqim kerana dia tak boleh makan sendiri,” katanya, semalam.

Nor Azna berkata, semua pekerjanya tidak pernah mengeluh terpaksa melakukan tugas itu, malah lebih istimewa apabila masing-masing sudah menganggap Pakcik Aqim seperti bapa sendiri.

“Lepas makan memang dia (Pakcik Aqim) akan tunjukkan sakunya supaya pelayan mengambil wang untuk dibayar, tapi memang kami tak pernah mengenakan bayaran kepadanya.Malah ada pelanggan yang melihat keadaan Pakcik Aqim turut menghulurkan wang untuk membayar makanan yang dimakannya.

“Kami tolong bukan kerana simpati, tapi Pakcik Aqim sudah kami anggap seperti bapa sendiri, begitu juga saya pesan kepada pekerja yang baharu masuk supaya memberi layanan sama seperti yang kami lakukan,” katanya.

3 Gambar Proses Menjemur Udang Kering Yang Menjijikkan

nescafeais - 12:49




Tersebar di laman sosial 3 buah gambar proses menjemur udang kering dalam keadaan yang amat menjijikkan yang dikirim oleh saudari Rozy Ozzy di Facebook.

Kelihatan dalam gambar seekor anjing dengan senang lenangnya bergolek di atas hamparan jemuran udang kering. Mungkin anjing itu milik pengusaha udang kering tersebut.

Berikut caption seperti yang ditulis sumber:-

Begini lah situasi yg berlaku ketika proses menjemur udang kering....renungkan dgn apa yg kita makan selama ini...situasi ini berlaku ketika saya melalui sebuah perkampungan nelayan selepas selesai menjlnkan urusan perniagaan..



Tuesday, 13 May 2014

Pelanggan Terkejut Seekor Ketam Masak Cili RM1800

nescafeais - 02:31

Akibat terpengaruh dengan cerita jika melancong ke kota singa, Singapura, pelancong harus mencuba ketam masak cili yang seringkali disanjung kononnya masakan ketam terhebat di dunia, seorang lelaki warga Filipina dan keluarganya bermandi peluh dan terdiam selama 5 minit apabila bil makanan malamnya berjumlah $1,186 (RM3,071).

Lebih memeranjatkan, ketam seekor sahaja dicaj RM1800!

Kejadian berlaku akibat masalah komunikasi dimana si pelayan yang mengambil pesanan lelaki itu bertanyakan sama ada mereka mahukan ketam kecil atau besar dengan memberikan isyarat tangan dikembangkan menandakan saiz besar. 


Sudah tentu mereka mahukan saiz yang besar tanpa menyedari ketam yang dimaksudkan itu adalah ketam Alaska yang sememangnya mahal dan sukar didapati.

Pengadu mendakwa, sekiranya pelayan menjelaskan ketam itu adalah ketam Alaska, sudah pasti mereka tidak akan mencuba-cuba untuk memesannya. - My Media Hub

Monday, 12 May 2014

Dutch Lady Jawab Isu Gambar Susu Meloyakan Yang Tersebar Di Media Sosial

nescafeais - 10:14


Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar kandungan pelik di dalam kotak susu Dutch Lady di media sosial. Pengadu mendakwa kandungan meloyakan itu ditemui di dalam peti sejuk beliau setelah 4 hari dibuka. Baca pendedahan beliau dalam entry sebelum ini:( http://buletin-terkini-online.blogspot.com/2014/05/gempar-apa-ada-dalam-susu-dutch-lady.html  )

Namun, melalui laman Facebook Page Dutch Lady memberikan penjelasan melalui satu status yang diajukan seorang pengguna media sosial. Menurut Dutch Lady, pepejal dalam gambar yang tersebar itu tidak berbahaya dan terhasil daripada penyimpanan yang tidak betul.



Tambahan lagi, selepas kotak susu dibuka seharusnya ia dihabiskan dalam masa 2-3 hari dan perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Walaubagaimanapun, Dutch Lady mengatakan mereka telahpun memulakan siasatan dalaman mereka sendiri dan keputusan awal menunjukkan batch susu yang tersebar itu tidak rosak dan selamat diminum.



AWAS: Baby Seats Dan Risiko Baby Carrier Kepada Bayi

nescafeais - 10:05



Apakah Itu Development Dysplasia of the Hip (DHH)? 

DHH adalah gangguan yang terjadi kerana tulang panjang (femur) kaki terkeluar dari lengkung tulang pinggul (acetabulum). Berdasarkan statistik, kelainan ini sering terjadi di bahagian kiri berbanding di bahagian kanan.



Ciri-ciri DHH yang dapat dilihat pada bayi?
  • Kaki tidak seimbang dengan terdapat lebihan lipatan paha pada kaki yang ada kelainan.
  • Kaki tersebut nampak lebih pendek dari kaki yang lainnya.


Cara rawatan DHH.

  • Rawatan pada bayi berusia kurang dari 6 bulan adalah dengan memasang Pavlik Harness, yaitu sebuah alat berbentuk M yang dikenalkan oleh Arnold Pavlik, ahli bedah ortopedi. Alat ini membantu mendorong femur masuk ke dalam acetabulum. Alat ini umumnya dipasang selama 3 sehingga 9 bulan dan tidak boleh dibuka.
  • Rawatan untuk anak usia 6 bulan – 1 tahun yang mulai aktif bergerak, disarankan dilakukan pembedahan dengan penyembuhan yang memakan waktu panjang dengan tingkat keberhasilan yang cukup memuaskan.
  • Rawatan untuk anak usia 1 – 3 tahun adalah dengan memasang alat penahan di bahagian tulang yang mengalami gangguan. Setelah itu baru dilakukan pembedahan.
  • Rawatan untuk anak usia 3 tahun ke atas adalah dengan pembedahan pada tulang pinggul yang dipanggil hip replacement. 

Apa akibatnya jika DHH terlambat ditangani? 
Anak akan menyeret sebelah kakinya ketika mulai merangkak dan kemampuan berjalannya manjadi lambat. Atau, dia akan berjalan pincang jika sudah mula berjalan. 


Antara punca DHH
Sesetengah jenis baby carrier dan peralatan lain antaranya slings, tempat duduk kereta bayi, rocker, buaian, bouncers, walker dan banyak lagi peralatan. Alat-alat ini secara tidak sengaja boleh meletakkan punggung dalam kedudukan yang tidak sihat, terutama apabila digunakan untuk tempoh masa yang panjang. 

Baby Seats
 
Not Recommended:
Tight car seats prevent legs from spreading apart.

Better:
Wider car seats provide room for legs to be apart, putting the hips in a better position.


Baby Harnesses
 Not Recommended:

Thigh NOT supported to the knee joint. The resulting forces on the hip joint may contribute to hip dysplasia.
 Better:
Thigh is supported to the knee joint. The forces on the hip joint are minimal because the legs are spread, supported, and the hip is in a more stable position.

Baby Slings
 Not Recommended:
Baby carriers that force the baby’s legs to stay together may contribute to hip dysplasia.
 Better:
Baby carriers should support the thigh and allow the legs to spread to keep the hip in a stable position.

Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

Hukum Sambut Hari Ibu Harus Bagi Umat Islam - Mufti Kelantan

nescafeais - 08:46


Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.

"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?

"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.

"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.

Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.

Mohamad Shukri berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.

Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.

"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya.

Mohamad Shukri berkata, walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu".

- BERNAMA

Saturday, 10 May 2014

Jawapan Padu Dari Sultan Brunei Kepada Pengkritik Hudud Di Brunei

nescafeais - 09:58




 
Dan berikut di bawah ialah respon dari Brunei mengenai isu pelaksanaan hudud yang heboh diperkatakan di media antarabangsa ;

Berikut adalah jawapan Baginda (terjemahan ada di hujung artikel bagi yang memerlukan).
"In your countries you practice freedom of speech, freedom of press, freedom of religion, etc. It's in your constitution It's your political system, your national identity, your rights, your way of life.

In my country, we practice a Malay, Islamic, Monarchical system and we're going to start practicing the laws of Islam, Sharia Law . Islam is in our constitution, our national identity, our rights, our way of life.

We may find loopholes in your laws and justice system and you may have found ours, but this is our country. Just like you practice your right to be gay, etc. for this world you live in now, we practice our rights to be Muslims for this world and the Hereafter.

This is an Islamic country practising Islamic law. Why don't you worry about your kids being gunned down in schools, worry about your prisons being unable to accommodate convicts, worry about your high rate of crimes and DUIs, worry about your high suicide and abortion rate, worry about whatever it is that you should be worried about THERE. Many religions are against homosexuality, it's nothing new.

The moment you hear that Islam and Muslims making a stand and trying to reaffirm their faith, you judge, you boycott, you say that it's wrong, it's stupid, it's barbaric. Again, go back to those worries that you should focus on I've mentioned earlier. Is it not wrong to legalize deadly weapons, is it not wrong to allow unborn babies to be killed, is it not wrong to allow a lifestyle that results in AIDS and discontinuation of the next generation?

Why do you care so much what's happening here in an Islamic nation when you didn't even bat an eyelid about the Syrians, Bosnians, Rohingyas, Palestinians,etc. Thousands are being killed there and you don't care, not one is killed here under this Sharia Law, and you make a big fuss, even when the citizens here who are directly affected by it, accepts it with peace. Punishments may be harsher but it does not mean it's easier to be carried out. There are processes to go through before an actual conviction. We are fine with it, we are happy. - BruneiUnited"

Terjemahan :

" Di Negara anda, kononnya anda mengamalkan kebebasan berbicara, kebebasan akhbar, kebebasan beragama, dll. Itu ada dalam konstitusi Negara Anda. Itu sistem politik anda, identiti nasional Anda, hak Anda, cara hidup Anda.

Di negara saya, kami amalkan budaya Melayu, Islam, sistem beraja dan kami akan mula mengamalkan hukum-hukum Islam, Hukum Syariah. Islam itu ada dalam konstitusi kami, identiti nasional kami, hak-hak kami, itu cara hidup kami .

Kami mungkin menemukan kelemahan dalam hukum dan sistem perundangan anda dan Anda mungkin menemukan kelamahan kami, tapi ini adalah negara kami. Sama sepertimana anda amalkan hak anda untuk menjadi gay, dan sebagainya di dunia yang Anda duduki di saat ini, kami juga berhak mengamalkan hak kami untuk menjadi Muslim dunia dan akhirat kami.

Ini adalah sebuah negara Islam yang mempraktikkan hukum Islam. Mengapa tidak anda khawatiri saja tentang anak-anak Anda yang ditembak mati di sekolah-sekolah, khawatiri tentang penjara Anda yang tidak mampu untuk menampung banduan, khawatir tentang tingginya darjah kejahatan Anda dan DUIs , khawatiri juga tentang jumlah bunuh diri dan pengguguran yang tinggi. Khawatirlah dengan apa saja yang Anda harus khawatiri di SANA. Banyak agama menentang homoseksual dan itu bukan perkara baru pun.

Saat Anda mendengar bahwa Islam dan Muslim membuat pendirian dan berusaha untuk menegakkan kembali iman mereka, anda mahu menghakimi, anda boikot, anda mengatakan bahwa itu salah, itu bodoh, itu biadab. Sekali lagi, kembali focus untuk mengkhawatiri apa yang telah saya sebutkan tadi. Apakah tidak salah untuk meluluskan penggunaan pelbagai senjata yang membunuh? tidakkah salah untuk memungkinkan bayi yang belum lahir untuk dibunuh? tidak salahkah untuk memungkinkan gaya hidup bebas yang menghasilkan AIDS yang memutuskan kesinambungan generasi berikutnya ?

Mengapa anda begitu peduli apa yang terjadi di sini, di sebuah negara Islam sedangkan Anda bahkan tidak celik tentang Syria, Bosnia, Rohingya, Palestin, dan lain-lain. Ribuan orang dibunuh di sana dan Anda tidak pedul pun, tidak ada seorangpun yang mati di sini di bawah hukum Syariah ini, dan Anda membuat keributan besar, bahkan ketika warga di sini yang secara langsung terkena impak hudud ini menerimanya dengan damai.

Hukuman mungkin keras tetapi tidak bermakna ia akan dijatuhkan dengan mudah. Ada proses yang harus dilalui sebelum ianya dilakukan. Kami baik-baik saja dengannya, kami senang hati saja. BruneiBersatu"

Terjemahan ini dibuat oleh warga prihatin. Padu...hehehe



N

Gambar Status Terakhir Wanita Di Facebook Sebelum Maut Terjun Dari Tingkat 6 Centre Point Sabah

nescafeais - 09:42


Seorang wanita maut membunuh diri setelah terjun dari sebuah pasaraya terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang mengejutkan, wanita tersebut sempat memuatnaik status rancangannya yang mahu membunuh diri di Facebook.

Dalam status itu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga serta rakan-rakannya. Dalam perenggan terakhir, dia juga sempat menujukan status kepada seorang lelaki bernama Gulam Larkins dan mengatakan tindakannya itu adalah hadiah buatnya.



Tidak diketahui apakah hubungan Gulam Larkins dengan mangsa dan ramai yang mengjangkakan lelaki itu adalah teman lelakinya.

Gambar-gambar yang dikongsikan dalam sebuah blog menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu:

Berita terkini gambar wanita bunuh diri di Centre Point (CP) KK Sabah pada 9 Mei 2014. Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an. Menurut saksi, mangsa yang berasal dari Bongawan telah terjun dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian. Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi Jumaat dan punca kematian dipercayai akibat tekanan emosi. Berdasarkan maklumat terkini, identiti mangsa dikenali sebagai Hasrina Chae.



Friday, 9 May 2014

Gempar: Apa Ada Dalam Susu Dutch Lady Ni?..yekkkkk..

nescafeais - 10:03


Apa ada dalam susu Dutch Lady ni?..macam ulat, macam kulat pun ada..huhuhu..geli betul, sila, kalau tengok pada tarikh luput, lambat lagi, bulan 6 baru sampai tarikh. Ni caption yang aku amik dari sumber.


Sudah menjadi kemestian setiap bulan membeli 4-5 kotak Susu Dutch Lady utk keluarga sebab yakin dgn kandungannya yg 'Berkhasiat'. ...sume stok susu DL saya simpan dlm peti sejuk. .. .tp semalam sgt mengejutkan saya ialah salah satu susu perisa coklat mengandungi benda yg sgt meloyakan....susu kotak tlh dibuka dlm lingkungan 4- 5 hari (dlm peti sejuk dan bertutup rapat). ...biasanya saya beli susu DL di Carefour BTHO.....smlm call DL nak wat report tp operator suh call blk arini.. arini call lg.. .tp hampeh!! !.... Demi keselamatan pengguna saya post kat fesbuk sbb xtau cara camne lg dah.. . 

sumber: https://www.facebook.com/nazlinda.mashtuki?fref=ts
 




Friday, 24 January 2014

Seram: Video Kanak-kanak Bermain Di Birai Luar Tingkap Blok Bangunan Tinggi

nescafeais - 10:07


Menyeramkan, video viral yang menunjukkan kanak-kanak tanpa pengawasan bermain di luar tingkap blok bangunan yang sangat tinggi.

Video bermula dengan kanak-kanak itu berjaya memanjat tingkap dan berjalan di birai luar tingkap rumah flat berkenaan.

Dia berjalan beberapa minit di atas birai tingkap, Di akhir klip video tersebut, dia kemudiannya duduk di pinggir birai tingkap dan mengantung kakinya.

Dia kemudian bangun dan berjalan-jalan di birai tingkap, sebelum seseorang dari dalam menangkap dia dan menarik dia masuk ke dalam.

"berhenti berdenyut jap jantung tengok video ni."

KLIK SINI JIKA SUKAR UNTUK MENONTON VIDEO DI BAWAH:- https://www.facebook.com/photo.php?v=781545188540874 



Friday, 17 January 2014

Video Restoran Mamak Di Bandar Tasik Selatan Basuh Kuali Dengan Air Longkang

nescafeais - 10:10


Video di bawah ini pasti memberikan tamparan yang besar kepada penggenar restoran mamak

Ini kerana seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan lokasi sebuah restoran mamak yang terletak di Cheras ini telah berjaya merakamkan video seorang pekerja yang sedang mencuci kuali dengan air longkang di belakang kedainya itu.

Mohon Share semua terutama sahabat di kawasan Kuala Lumpur. Sila laporkan pada pihak berwajib.

Tarikh: Januari 2014.
Lokasi: Bandar Tasik Selatan, KL
Nama: Restoran Aloha



Thursday, 16 January 2014

Gambar 2 Buah Perodua Myvi Dihempap Kontena Di Sungai Petani

nescafeais - 08:17


Kejadian sebuah kontena bermuatan kertas A4 tumbang dan mengenai kenderaan yang sedang parking berlaku di Sungai Petani Kedah. 

Lebih malang lagi kedua-dua Kereta Myvii yang dihempap itu Myvi keluaran baru Perodua, mujurlah Tiada kecederaan yang dilaporkan. - sumber gambar dan berita:- DAily-TRaffic-REport



Friday, 3 January 2014

Kerana Putus Cinta, Budak Perempuan Minta Ganti Rugi

nescafeais - 16:42

Angkara putus cinta dengan teman lelakinya, seorang budak perempuan menulis surat meminta semula duit yang pernah dibelanjakan untuk teman lelakinya itu.

Selalunya surat cinta monyet sebegini penuh dengan kata-kata manis dan pujangga. Namun, si penulis,  meminta ganti rugi yang berupa muffin, hadiah, dan ayam KFC. serta denda putus 5 ringgit.

Haru anak-anak kita sekarang ni, kalaulah tidak dididik dengan betul, ntah apa akan jadi bila besar nanti.

Wednesday, 1 January 2014

Gambar Miri Sarawak Pula Dilanda 'Puting Beliung"

nescafeais - 17:41

Penduduk Sarawak gempar apabila kejadian "puting beliung" yang berlaku di johor beberapa minggu lepas sekali lagi berlaku kali ini di Miri Sarawak.

Namun, seperti yang berlaku di Johor bahru, fenomena ini hanyalah dikenali sebagai "belalai air"

Ia kejadian biasa yang berlaku apabila hendak hujan kerana kedudukan tengah laut angin bertembung mewujudkan belalai air. Ia tidak menyebabkan angin kencang dan akan lenyap tidak seperti puting beliung.
Previous
UTAMA