Show Mobile Navigation

Sunday 18 May 2014

Wanita Solat Merata Tempat Setelah Dapat Hidayah

nescafeais - 08:35


KUALA LUMPUR- “Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya berada,” kata Anita Shiar, 27 tahun.

Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.

Menurutnya, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.

“Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,” katanya.

Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.

“Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di mana-mana,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan wanita berkenaan.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment