Show Mobile Navigation

Friday, 27 December 2013

BACA: Luahan Hati Guru di Sekolah Berasrama Penuh

nescafeais - 14:52

Baca luahan hati guru di Sekolah Berasrama Penuh yang meluahkan kekecewaan kepada Kementerian Pendidikan petikan dari Utusan:-

Beberapa orang guru yang mengajar di sekolah berasrama penuh (SBP) agak terkilan dan kecewa dengan kerja yang terlalu banyak berbanding dengan guru menengah biasa.

Mana tidaknya, mereka terpaksa mengajar mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan selalu pula dikenakan mengajar kelas tambahan pada hujung minggu terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Inilah hakikatnya yang berlaku kepada guru SBP yang terpaksa kerja lebih masa daripada guru sekolah menengah biasa sedangkan gaji mereka adalah sama, tetapi tanggungjawab lebih.

Untuk menjaga prestasi sekolah SBP supaya sentiasa cemerlang setiap tahun, guru ini dikerahkan bekerja keras bagi memastikan pelajar mereka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Mereka juga perlu memastikan SBP ini mempunyai kebersihan dan tahap disiplin yang tinggi selain aktiviti kokurikulum yang sentiasa berada ditahap cemerlang.

Adalah wajar jika pihak Kementerian Pendidikan mengkaji dan memberikan elaun atau imbuhan tertentu kepada guru SBP sebagai satu insentif kerana ketabahan mereka mendidik anak bangsa

Oleh: Syed Abdullah
(Forum Utusan)
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






7 comments:

  1. Saya mohon nk masuk sbp sbb sy suka bkerja..nk cuba bsama bdk2 yg pndai plk-selama ni sy mngajar bdk2 yg bermasalah baik diri pljr sndiri mahupun diri ibu bapa mereka sndri..kereta habis setiap tahun di calar..tidak ada ganti rugi..balik pukul 4/5 petang..keluar 6.30 pagi..hari sabtu/ahad berkampung di sekolah utk attend aktiviti/buat kelas tambahan..kadang2 sabtu/ahad balik rumah pukul 7petang..marila cuba masuk ke sekolah harian biasa yg bmasalah...tu tak termasuk pentadbiran lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu berangan mmg semua indah...bila dah merasa bru tahu langit tinggi rendah...sekali jejak kaki ke sbp...mmg tak nmpk dah jln ke sekolah harian...cikgu opsyen apa? Boleh saya bantu cikgu cri kwn yg nk tukar suka sama suka...saya bru nk msuk dua tahun mgajar kt sbp tpi faham sgt dgn karenah pertukaran guru di sbp ni...klu xde pengganti jgnn hrp la nk kuar dr sbp..pertukaran sesama sbp pun pyh...elok juga ada guru sekolah harian nk tukar sbp ni....sbp mmg memerlukan guru yg dedikasi dan ikhlas seperti anda....saya mmg tabik spring dengan anda...

      Kereta cikgu kena calar??? Ooo budak sbp bkn setakat calar siap tinggal nota rumus + formula sains lagi...almaklumlah pelajar sbp bancuh air pun guna formula kimia..ekekeke teringat jamuan form 5 tahun lepas...sungguh cikgu rindukan kenakalan einstein tu....

      Delete
  2. Yupp.. jom la masuk sekolah harian biasa yg 45-55% cina n melayu, jumpa gengster cina, india dan melayu... jom laaaaaaa, br hang tau tinggi rendahnya langit.., kira cikgu sbp ok le x syok sendiri mengajar.., kami? Bukan setakat ss, malah bercakap sendiri jer...

    ReplyDelete
  3. Saya pernah mengajar di sekolah harian biasa, mmg itu la keadaannya, murid tidur, bermain dlm kelas, tp rasa puas sbb bila mrk lulus subjek kita, satu kejayaa. Berbanding skg, walau pun sekolah agak elit, rasa kelompongan dlm mengajar. Mungkin murid2 agak pandai, mrk x brp perlu bantuan guru lebih beratkan pengajaran di tuisyen. Bila berjaya, guru tuisyen yg disebut dahulu.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar janganlah banding bandingkan tempat kerja kita. Kat mana pun sama ada lebih ada kurang
    Itu kan tempat kita cari rezeki . Mana ada tempat yg perfect semua. Sudah jadi tanggungjawab kita sebagai pendidik.membimbing dan memikul.amanah tersebut

    Jadi cubalah buat yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah jadi guru di sekolah biasa.mungkin tak tahu tentang sbp.spt komen2, memang adalah amat mencabar mengajar sekolah harian.gangster, ibubapa, tekanan dr ppd,prestasi dan sebagainya sentiasa dipantau dan akhirnya guru2 yg menjadi mangsa..semakin hari semakin teruk.tak kira pelajar melayu, india ataupun cina..hampir semua sekolah harian bermasalah..kesian dgn cikgu2..saya meletak jawatan selepas 11 tahun mengajar..tindakan bijak yg saya lakukan kerana demi kebaikan bersama...

      Delete
  5. Subhanallah. Ada cikgu mcm nie. Jadikan kerja sebagai ibadat. Jadilah seperti lilin. InsyaAllah Allah yg akan membalasnya. Kalau dibyr ribuan ratusan pun kalau berkira tidak berkat kehidupan kita.Lakukan semuanya ikhlas kerana Allah Taala. Kalau guru2 bersikap begini, mereka akan melahirkan generasi yg juga bersikap negatif seperti guru2 mereka. Ya Allah Bantu kami. Pelihara Anak2 kami. Hanya Engkau yg Maha Penjaga. Aminn

    ReplyDelete