Show Mobile Navigation

Monday, 2 December 2013

,

Misteri Kematian 3 Beradik: Teman Lelaki Nor Syafikah Diburu Polis

nescafeais - 14:46


Rakyat Malaysia tertumpu kepada kisah menyayat ahti kematian 3 adik beradik secara misteri dan mengejut. Kes tersebut pada mulanya dikaitkan dengan jenayah rogol.

Polis mengatakan remaja berusia 14 tahun itu tidak dirogol. Tetapi mangsa dikatakan mati lemas. Sejam selepas remaja berusia 14 tahun itu dikebumikan, ibu bapa mangsa sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian 2 lagi anak mereka yang turut dilaporkan hilang. Tak dapat digambrakan apa perasaan mereka setelah sekali lagi di uji dengan ujian yang sangat berat

Ada misteri dengan kes jenayah ini disebabkan ;



1.Motor yang dinaiki oleh 3 adik beradik itu ditemui dalam keadaan baik dan berkunci.

2. Motor diletakkan berhampiran pondok menunggu bas.

3. Mangsa pertama ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel. Tetapi polis mengesahkan mangsa tidak dirogol. Tanda pergelutan pun takde. Kecuali pada badan mangsa ada kesan calar2. Mangsa disahkan mati akibat lemas.



4. Adik2 mangsa yang turut mati, ditemui di dua lokasi yang berbeza.Masing-masing dijumpai di tali air. Punca kematian belum lagi didedahkan oleh polis. Tetapi kematian dua beradik ini juga mengemparkan negara selepas kakak mereka ditemui mati dengan mangsa paling kecil hanya berusia 3 tahun.


Dan terbaru Polis sedang giat memburu seorang remaja lelaki yang dipercayai merupakan teman lelaki Nor Syafikah Nadia Rusdi. Remaja itu diperlukan untuk membantu siasatan ke atas misteri di sebalik kematian Nor Syafikah, 14, dan adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, serta Puteri Nurul Akma, 3. 

Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim, remaja itu kini dipercayai berada di Arau, Perlis dan beliau yakin bahawa dia akan dijumpai dalam masa terdekat. Ahmad turut berkata polis sudah mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi bagi membantu siasatan kes tersebut. 

Ahmad juga mengesahkan tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah. Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan. 

Semoga pihak polis boleh segera menangkap sesiapa yang terbabit dalam kejadian jenayah ini. Sesungguhnya penjenayah makin menjadi-jadi. Duit gaji yang di ambil pun tak ditemui dari lokasi mangsa ditemui. 




SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






14 comments:

  1. kalau hukum hudud dilaksanakan, masalah jenayah mcm ni dah tak berlaku lg...

    ReplyDelete
  2. Cakap byk tak guna, tembak tak pernah kena, baik diam

    ReplyDelete
  3. Tak yah nak gatal pi turun undi demokrasi, Yg dah pernah turun, sudah sudahlah tu Jadi lembu ye

    ReplyDelete
  4. Mcm mana nak laksana.....boleh sediakan 4 saksi ke yg cukup syarat...

    ReplyDelete
  5. HUdud ni perintah Allah..yang nak ragu boleh dapat 4 saksi ke x tu nape?xyakin hukum Allah?

    ReplyDelete
  6. Ya Allahh..sedihhnya...
    Asala manusia ni kebulur sgt pergi la keja lau nk duit..kje nk mudah je..merompak....siall pnya owg...myusahkan owg laen...
    Ini name ny binatang...tak selamat hidup owg yg menganiaya owg laen...

    ReplyDelete
  7. tegak hukum Allah..in sya Allah aman damai....dia maha sempurna ciptaannya...

    ReplyDelete
  8. Apabila kita menjalankan hukum Allah maka ianya berada dalam peliharaan Allah. Maka untuk mendapatkan 4 saksi bukan kerja kita sesungguhnya Allah Maha Mengatur sekalian Alam. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  9. ape2 hal pun... kos tnb naik lagi.. plus nak kaji tol pulak.. naik juge la tu.. hmmmmmmmmmmm bosang!!!

    ReplyDelete
  10. Didikla anak2 agar kenal tuhan dari kecik. ini tentang akidah juga. bukan nak cari siapa salah dan siapa perlu dipersalahkan je :) Manusia yang tak takutkan tuhan, takkan malu buat maksiat.

    ReplyDelete
  11. tak kena diri sendiri...apa salahnya doakan kesejahteraan kepada anak2 ini...

    ReplyDelete
  12. Masih ada lagi dungu yg mempersoalkan kedaulatan hukum allah. Kalau kita jahil, masih ada masa nak berubah dan bertaubat. Allah maha pengampun lagi maha penyanyang.

    ReplyDelete
  13. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Kesiannya family adk2 ni... Adk sy yg plg kecil tua setahun je dri adk yg plg kecil dlm berita ni. Sedih... Hrp2 penjenayah tu cpt2 dtangkap. Kejam.

    ReplyDelete