Show Mobile Navigation

Wednesday, 28 May 2014

Dr Zaharuddin: Isu Cadbury, Tak Perlu Cuci Darah, Cuci Perut Dan Samak Mulut

nescafeais - 12:17


Sedih melihat NGO yang membangkit isu perlu cuci darah dan sebagainya. Allah tidak menghukum hambaNya yang tidak sengaja melakukan kesilapan. Islam agama yang amat mudah dan memudahkan.

Kisah al-Cadbury

Pelbagai NGO bangkit untuk menyaman pihak Cadbury atas hasil kajian yang mendapati produk mereka mengandung DNA babi.

Itu admin faham.

Yang admin tak faham sampai ada NGO yang berkata umat Islam yang termakan sudah berdosa sehingga perlu mencuci darah dan sebagainya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 5 yang bermaksud, "…Dan tidak ada dosa atasmu jika kamu khilaf tentang itu, tapi yang ada dosanya apa yang disengaja oleh hatimu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."

Dari Ibnu ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memaafkan kesalahan yang tanpa sengaja dan kesalahan kerana lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan." 

Allah amat menyayangi hambaNya. Tidak menjadi isu dosa kepada kita yang sudah secara tidak sengaja termakan coklat tersebut. 

Maka tidak perlu lah sampai nak pergi cuci darah, serta perut. - SSTDMM

Di bawah penjelasan dari Dr Zaharuddin:

BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury ber'DNA' khinzir secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur khinzir tersebut.

Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman ALLAH SWT:

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5**

Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ahzab: 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.

Ertinya: Sesungguhnya ALLAH SWT melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.

Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini.

Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014 - SINAR HARIAN

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment