Show Mobile Navigation

Tuesday, 7 January 2014

Pekerja Hong Leong Bank Tidak Dibenarkan Solat

nescafeais - 23:39

Laporan oleh Sinar Harian tidak memberitahu nama bank yang dimaksudkan. Baca di Bawah:-

Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

“Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.

“Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu.

“Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja.

“Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?,” katanya. 


Tinjauan di laman Facebook NUBE melaporkan, bank yang dimaksudkan adalah Hong Leong Bank. Menurut NUBE Hong Leong Bank telah bertindak biadap dan menafikan hak orang Islam untuk menunaikan solat di premis mereka. Pengurusan Hong Leong Bank telah menutup ruang atau bilik solat untuk kegunaan staf Islam sebelum ini.

Hal ini bukan berakhir di sini saja, akan tetapi ada lagi perkara yang benar² membuatkan staf tiada pilihan untuk akur dengan pengurusan zalim.

1. Pengurusan menyuruh staf Islam keluar dari premis (Wisma Hong Leong) tersebut untuk menunaikan solat fardhu di Surau² berhampiran.

2. Pengurusan memberikan tempoh masa yang terhad untuk staf Islam menunaikan solat dan apabila staf bertindak mempersoalkan hal masa, staf Islam akan diherdik dan diungkit dengan pelbagai kenyataan kononnya staf Islam mencuri waktu bekerja dan pengurusan rugi membayar gaji kepada staf Islam ini.

Kini, NUBE yang melindungi persatuan pekerja-pekerja bank Malaysia sedang mengadakan piket besar-besaran bagi membantah perkara ini.



SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment