Show Mobile Navigation

Wednesday, 8 January 2014

Ibu Tiri Masukkan Cili Dalam Kemaluan Anak Perempuan Tirinya

nescafeais - 01:29



Seorang ibu tiri bertindak kejam apabila sanggup mendera anak perempuannya tirinya yang berusia 11 tahun dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang,  pada Sabtu lalu.

Perbuatan kejam ibu tiri berusia 31 tahun terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa dalam kejadian pada jam 10 pagi, namun nenek mangsa yang sudah uzur serta 2 beradik lain tidak mampu berbuat apa-apa.

Ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah Bekerja.

Ketua Polis Daerah Kajang berkata, sebelum ini ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa setahun yang lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama.

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment