Show Mobile Navigation

Wednesday 8 January 2014

Johan Raja Lawak Menang Saman 1 Juta !!

nescafeais - 01:38

Johan Raja Lawak berjaya dalam tuntutan saman RM1 juta terhadap Juara Film Production Sdn Bhd dan pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yian mengumumkan keputusan itu selepas dapati Javed mendatangkan kecederaan kepada Johan pada 2010 lalu.

Pada Jun 2010 lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran.

Ozlynn Wati Ismail atau Ozlynn yang mempertahankan suaminya daripada terus menjadi mangsa pukul, turut ditendang di beberapa bahagian badan.

Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta. akibat kecederaan dialaminya selepas dibaling gelas kaca. 

Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment