Raja Noor Jan Shah, individu yang menganggap dirinya sebagai Sultan Melaka hari ini menuntut haknya sebagai Sultan Melaka dan diiktiraf oleh rakyat, Majlis Raja-Raja Melayu dan pihak kerajaan Malaysia tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan menyentuh langsung isu-isu politik yang wujud dan jika dibenarkan untuk kembali ke Melaka, beliau akan cuba untuk menegakkan kebenaran tentang pewarisan takhta beliau.
"Apa yang saya mahukan adalah hak saya kembali sebagai seorang sultan dan saya tidak akan sesekali mengganggu raja-raja yang lain dan isu-isu politik yang sedia ada.
"Jika saya ditabalkan menjadi Sultan Melaka, Ketua Menteri yang sedia ada boleh dikekalkan kerana jawatan itu adalah lantikan politik,saya tidak akan masuk campur. Saya adalah berdasarkan keturunan, dari satu nasab ke satu nasab," kata Noor Jan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sidang media yang didakan di Balai Seri Melaka,Pusat Bandar Sri Gombak, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Noor Jan turut berkata, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dan masih mempertikaikan lagi isu surat pengiktirafan yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), mereka diminta merujuk kepada ibu pejabatnya secara terus di Belanda.
Beliau juga tidak memerlukan sebarang dana dan bantuan dari mana-mana pihak terutamanya kerajaan Malaysia, berikutan ada dakwaan mengatakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengeluarkan surat bagi membantunya.
Katanya, menurut satu sumber, surat yang dimaksudkan oleh beliau merupakan satu arahan sumbangan sejumlah dana dikeluarkan ICJ seperti yang dilakukan terhadap Kesultanan Sulu, yang mencecah nilai trillion.
"Menurut satu sumber yang saya dapat dengar hari ini, dari pihak ICJ ada mengeluarkan satu surat kepada Permaisuri Kesultanan Sulu, Filipina dan kemungkinan saya juga akan mendapat peruntukan yang sama," kata Noor Jan.
Apabila ditanya mengenai isu kalimah Allah yang digunapakai oleh Gereja di sekitar selangor dan hangat dibincangkan sekarang, beliau berkata, perkara itu adalah tidak salah sama sekali, namun individu yang mahu menggunakan kalimah Allah itu, haruslah memeluk agama Islam terlebih dahulu.
Terdahulu, sebuah akhbar tempatan ada menyiarkan kenyataan mengatakan Mahkamah Keadilan Antrabangsa (ICJ) tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf Noor Jan sebagai Sultan Melaka berikutan isu tuntutan takhta berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara dan bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa.
15 trilion = 15,000,000,000,000,000,000.00 banyak kosong tu.......
ReplyDeleteCara dia dah tau dah, raja kelong....hahahaha
ReplyDeleteBank dunia pun tgh bangkrap lagi nak berbual trillion.... minum ketum byk sangat org tua ni...
ReplyDeletekementerian pendidikan kena tukar sejarah melaka.sekarang dah ada sultan melaka.
ReplyDelete