Show Mobile Navigation

Tuesday 18 March 2014

Gambar Rumah Raja Bomoh Sedunia Nujum Vip Di Tapah Perak?

nescafeais - 16:05


Berikut beberapa keping gambar yang dikatakan Istana Raja Bomoh VIP yang tiba-tiba terkenal seantaro dunia dengan gelagat dan adegan teropong mencari pesawat MH370 dengan buluh dan bubu.

Tidak cukup dengan itu keesokan harinya bawa pula beberapa pembantu setia dengan adegan Permaidani Ajaib Terbang berdayung, menanguk air pakai bakul Tapah dan angkat 2 biji kelapa muda di lantai KLIA.

Setelah dikutuk keras sebagai khurafat, syirik, tahyul, bodoh dan menipu maka KJ mohon agar pihak berkuasa bertindak keatasnya dan ditangkap kerana sudah memalukan negara di kaca mata dunia luar.

Akibat dari itu Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP ini yang juga dikenali sebagai Bomoh 1M'sia berang naik angin seluruh badan sampai cabar KJ bertumbuk dengan beliau agar boleh dia tampar KJ macam tampar buaya.

Rumahnya dikatakan di Kg Bermin Tapah, Perak .. Terpampang perkataan ISTANA SRI GEMILANG (VIP), TAPAH, PERAK.

Ada tugu 2 keris bersilang lagi .






SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment