Show Mobile Navigation

Tuesday 8 April 2014

6 premis perniagaan diserbu kerana jual tudung Fareeda tiruan

nescafeais - 13:48

PUTRAJAYA: Enam premis perniagaan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor diserbu bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kerana menjual tudung tiruan menggunakan jenama Fareeda.

Ketua Pengarah Penguatkuasaan Roslan Mahayudin berkata, dalam serbuah itu sebanyak 1,225 helai tudung dengan anggaran nilai RM77,065 telah disita.

“Serbuan dibuat pada 20 Mac dan 3 April lepas susulan aduan daripada Fareeda Global Resources Sdn Bhd yang rekaan tudung milik syarikat itu telah ditiru dan dijual secara berleluasa menerusi laman sosial facebook,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, rekaan yang dirampas itu ialah model ‘Fareeda Aisya’ dan ‘Fareeda Mariya’ yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Kes kini disiasat di bawah seksyen 41(1)(b) Akta Hakcipta 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM2,000, maksimum RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Urusan Fareeda, Amiruddin Basirron berkata aktiviti tiruan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu menyebabkan syarikat kerugian hampir RM1juta.

“Syarikat kami mula mengesan perbuatan itu sejak 2010 lagi, memandangkan kegiatan tersebut kian berleluasa, memaksa syarikat membuat aduan kerana tidak mahu pengguna terus ditipu” katanya. — Bernama



Rekaan Tudung Fareeda Diciplak, Isteri Fizo Omar Adakan Sidang Media Rampasan Produk Tiruan

Tampil dengan rekaan yang eksklusif, tudung Fareeda sememangnya menjadi kegilaan apabila rata-rata wanita di luar sana merupakan pengguna setia produk ini.

Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan di sebalik kemegahan nama produk tersebut dengan mengeluarkan tudung tiruan Fareeda.

Semalam, isteri kepada Fizo Omar, Mawar yang juga merupakan pengusaha kepada perniagaan itu telah mengadakan satu sidang media rampasan produk tiruan Fareeda.

Rekaan Tudung Fareeda Diciplak, Isteri Fizo Omar Adakan Sidang Media Rampasan Produk Tiruan

Mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), usaha tersebut telah dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menciplak produk syarikat tersebut.

Namun, terdapat juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan kerana berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut adalah agak mahal dan golongan berpendapatan rendah hanya mampu membeli produk tiruan.

Malah, mereka turut menambah bahawa produk tiruan yang dikeluarkan langsung tidak menjejaskan jualan produk original kerana kualitinya yang jauh berbeza.

Selain itu, mereka turut berpendapat rampasan itu adalah dianggap tidak wajar kerana pengguna setia tudung Fareeda pasti tahu membezakan antara yang original dan produk ciplak.

Apa pula pendapat korang
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment