KUALA LUMPUR – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa
mencabul dengan meraba payudara seorang pelajarnya, pensyarah yang juga
pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Hj Ali mula memberi reaksi di laman
Facebook miliknya.
Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan komen dari peminat serta
pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon
secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.
Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau
Perlis berkenaan sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa
berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun
kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”
Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.
Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari
pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang
dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.
“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes
budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang
pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.
Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang
mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang
meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.
Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang
pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul
kehormatan pelajarnya.
Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan
yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan
mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di
pejabat lelaki berkenaan.
Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof
Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.
Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.
“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu
takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan
semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.
Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat
kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri
manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar
dengan dugaan.
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
shared
ReplyDelete