Show Mobile Navigation

Sunday 15 December 2013

Isu Berhala Haji dan Hajah: Tindakan Segera Akan Diambil

nescafeais - 11:50


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau akan memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Perak dan polis berkenaan kewujudan sebuah berhala berupa seorang haji berserban dan seorang hajah bertudung di Lumut, Perak.

Beliau berkata perkara itu perlu ditangani segera kerana ia akan mengundang kemarahan masyarakat Melayu Islam dan sekaligus mencetuskan suasan tegang.

Laman sosial semalam dikejutkan dengan penyebaran sekeping gambar yang memaparkan sepasang berhala berserban dan bertudung rujuk:-http://buletin-terkini-online.blogspot.com/2013/12/berhala-haji-dan-hajah-dibina-kononnya.html.
 
"Tindakan segera diambil supaya ia dirobohkan sebelum menjadi satu pergaduhan besar. Nanti timbul isu perkauman yang membawa pergaduhan.

Harussani kemudiannya menjelaskan, kesabaran umat Islam semakin tercabar dengan satu demi satu perbuatan pihak tertentu yang sengaja mahu mencetuskan konflik antara agama.

Sehubungan itu, Harussani menggesa umat Islam di negara ini berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah pihak tertentu untuk memesongkan keimanan mereka.

"Pembinaan tokong atau berhala berbentuk haji dan hajjah adalah satu penghinaan. Ini kerana orang Islam tidak percaya kepada perkara syirik, kita mentauhidkan Tuhan. Bahkan bukan sekadar itu, pada orang Islam, mengukir bentuk manusia pun sudah haram. Apatah lagi ia satu penghinaan kepada agama.

"Ini satu cubaan untuk mengelirukan orang Islam yang sengaja mahu menimbulkan perselisihan. Mereka rasa mereka kuat. Dahulu mana mereka berani buat begitu. 

"Ini salah, orang Islam bertoleransi, tidak mengganggu tokong, gereja dan rumah-rumah ibadat mereka. Mereka anggap kita lemah. Mereka bina merata-rata tokong-tokong di tanah haram dan tanah kerajaan. Tapi kerajaan tak ambil tindakan, seolah-olah kerajaan lemah. Dalam keadaan begitu
 mereka cuba macam-macam," jelasnya.
 
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment