Niat serta tujuan murni tu aku sokong 100%. Tapi bila baca perenggan ni:-
Menurut Jamawi, cadangan itu juga bertujuan untuk keselamatan rakyat yang mungkin terancam dengan himpunan penyokong pembangkang.
Ingatkan nak cakap pasal pembaziran tak bertempat. Rupanya ada maksud tersembunyi..kehkehkeh..
Apapeun aku setuju sangat kalau tak buat dah sambutan tahun baru dengan konsert dan bunga api yang menyebabkan pembaziran sahaja...baik buat aktiviti yang meningkatkan ilmu dan kerohanian sahaja supaya negara aman dan dilindungi ALLAH...
Baca petikan berita dari sinar harian:-
SHAH ALAM – Pemuda Umno mencadangkan kerajaan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2014 dengan konsert dan pertunjukan bunga api.
Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, kehadiran tahun baharu sebaliknya lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara.
“Sama-sama kita berdoa agar negara lebih aman serta dijauhkan bencana pada 2014 dan tahun-tahun mendatang. Bagi kaum bukan Islam, beribadatlah di rumah ibadat masing-masing,” katanya.
Menurut Jamawi, cadangan itu juga bertujuan untuk keselamatan rakyat yang mungkin terancam dengan himpunan penyokong pembangkang.
“Dengan membatalkan sambutan tahun baharu, polis boleh bertindak tegas kepada mana-mana individu yang berhimpun di Dataran Merdeka atas apa alasan sekalipun. Keselamatan rakyat Malaysia harus kita pertahankan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment