Show Mobile Navigation

Wednesday, 12 March 2014

Siapa Kapten Zaharie Pada Kaca Mata Kapten Nurudin, Dan Siapa Pula Kapten Nurudin?

nescafeais - 12:43


Siapa Kapten Zaharie?. sebenarnya Kapten Zaharie ni bukan la sebarangan orang yang cetek pengalaman.

Dalam temubual denganTV3 Kapten Nurudin ada menceritakan siapa sebenarnya Kapten Zaharie dari kacamata Kapten Nurudin.

Sebelum itu, untuk rekod, kita kenali dulu siapa Kapten Nurudin ini. Beliau adalah individu yang sangat berpengaruh dan berpengalaman dalam dunia penerbangan.

Bahkan, Kapten Nurudin ini juga terlibat dalam aktiviti tabligh..


Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan #MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah#PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.

Siapa itu Kapten Nurudin Abd Majid?

 Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia, beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.

 Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan #MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau.

Apa pendapat Kapten Nurudin mengenai Kapten Zaharie? Dan apa pendapat Kapten Nurudin mengenai kecekapan kakitangan MAS terutamanya juruterbang kita? Ada juga yang memperlekehkan MAS dan kakitangannya. Penilaian secara sebarangan ini sesungguhnya tidak adil. Tunggu bukti dulu, kemudian hukumlah..itu yang terbaik.


Menurut Kapten Nurudin ;

1. Dari segi teknikal MH370 sebenarnya berada di 'kedudukan yang betul'. Tiada masalah teknikal, log rekod penyelenggaraan juga menunjukkan keadaan pesawat berada dalam kedudukan yang baik.

2. Kapten Nurudin berkata, mereka yang bercakap pasal konspirasi perlu kemukakan dari mana mereka mendapatkan teori konspirasi tersebut.

3. Pesawat ialah mesin yang sangat canggih. Keupaayaan Boeing 777 ialah pesawat terbaik yang telah dibina oleh Boeing. Secara teknologinya pesawat ini tiada masalah, unsur sabotaj tidak timbul, dan perkara-perkara lain yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak termasuklah luar negara adalah sekadar keluhan (tidak terbukti) apabila segala usaha telah dibuat MH370 belum dijumpai.

4.  Kata Kapten Nurudin lagi, kotak hitam tidak akan termusnah. Berdasarkan rekod kes kemalangan yang membabitkan nahas kapal terbang semua kotak hitam berjaya ditemukan dan kes berjaya diselesaikan. Pesawat ini dilengkapi dengan ELT. Emergency Located Transmeter. Sekurang-kurangnya 48jam dia akan berfungsi untuk bagitau semua station pemancar yang ada untuk beritahu dimanakah MH370 berada.

5. Bermuda Triangle bukannya sekadar teori kata Kapten Nurudin. Ia telah berlaku tetapi manusia terlalu taksub pada keupayaan semata-mata..

6. Mengenai Kapten Zaharie, Kapten Nurudin memberitahu Kapten Zaharie ialah seseorang yang berdedikasi, ada pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai penerbangan. Dia suka kongsikan pengetahuan dengan semua orang. Dia berada disitu (sebagai pilot) kerana minat.
Stimulasi penerbangan yang ada dalam rumahnya adalah bukti dia minat ke arah itu (buat kerja penerbangan kerana minat dan kesungguhan itu sebab dia boleh menghasilkan kerja yang baik). Kapten Zaharie pernah tinggal sekali dengan Kapten Nurudin.

Kata Kapten Nurudin, sebelum orang lain kenal komputer, dia sudah berada disitu (agaknya sistem operasi penerbangan yang diperkemaskinikan kot). Bahkan, Kapten Zaharie juga terlibat dalam beberapa kerja-kerja penting bersama-sama Kapten Nurudin. Antara yang dikongsikan ialah kes penerbangan ke Afghanistan. Yang menariknya, MAS adalah syarikat penerbangan yang pertama menggunakan BOEING 777 untuk merentasi pergunungan Afghanistan sehingga ditiru oleh syarikat lain.

7. Menurut Kapten Nurudin, juruterbang-juruterbang MAS sebenarnya terlatih dan kepakaran mereka di iktirafkan. Juruterbang kita juga dipanggil bekerja dengan syarikat penerbangan yang terkenal dan besar di beberapa negara seperti dari Korea, dari Perancis, dan sebagainya.

Kata Kapten Nurudin, di mana sains berakhir, disitulah bermulanya kudrat Allah. Dan kudrat Allah bermula dengan orang2 yang beriman.. (mempercayai kewujudan Allah).

Aku rasa kata2 ini sangat bermakna. Sains ada disitu dari awal lagi kerana Allah yang cipta SAINS sepertimana Allah cipta MANUSIA.

Apabila kapten Nurudin sebut dimana SAINS berakhir (di mana logik akal manusia tidak dapat/mampu menafsir suasana, keadaan, situasi) maka disitulah QUDRAT ALLAH bermula. Iaitu kita perlu kembali kepada Allah Yang Maha Esa. Meminta pertolongan kepada Yang ESA. Untuk mendapatkan semula MH370 kita tak boleh sandarkan kepada kekuatan teknologi semata2. Kita juga tak boleh bergantung harap kepada usaha manusia yang terhad semata-mata. Maka, kembalila semula kepada Allah, sebaik2nya jalan.



sumber:AMENOWORLD
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






1 comments:

  1. 马来西亚马华党员,
    Ketua MCA Gombak叶金福(律师)在他当士拉央市议员, 他用权力欺骗公众,特别是妇女和贪污。在甲洞,Gombak,万挠,士拉央和其他地方,他的名声是非常糟糕的。
    希望马华党员必须小心, 鳄鱼舌头的人. 保护马华公会的好名声
    Lebih baik risaukan kita yang belum pasti syuga atau neraka...jangan berbuat dosa mengata sesama manusia..

    ReplyDelete