Show Mobile Navigation

Wednesday 12 March 2014

Keluarga Mangsa MH370 Dakwa Telefon Dapat Dihubungi, Aktif Online Di Laman Jaringan QQ.

nescafeais - 13:02


Kuala Lumpur: Ahli keluarga kepada penumpang pesawat MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit anggota keluarga yang berada dalam pesawat berkenaan.

Akhbar Washington Post melaporkan sebahagian ahli keluarga kepada 239 penumpang yang menaiki pesawat itu mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

Dalam kes lain pula, ada saudara penumpang mendakwa dapat melihat status penumpang yang masih aktif menerusi laman jaringan tempatan China digelar QQ.

Bagaimanapun, panggilan dibuat ahli keluarga tidak dijawab penumpang manakala mesej juga tidak dibalas.

“Ahli keluarga turut memaklumkan mengenai akaun QQ yang masih aktif dan maklumat itu disalurkan kepada pegawai MAS di Beijing dengan harapan dapat membantu mengesan kedudukan penumpang dan pesawat itu melalui signal Sistem Pengesanan Global (GPS),” lapor akhbar berkenaan.


Selain itu, dilaporkan, seorang ahli keluarga turut meminta anggota polis China untuk datang ke rumahnya untuk ditunjukkan akaun penumpang yang masih aktif, namun pada petang Isnin, status berkenaan ditukar kepada tidak aktif.  -MY METRO
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment