Show Mobile Navigation
nasional
Showing posts with label nasional. Show all posts
Showing posts with label nasional. Show all posts

Tuesday, 26 February 2013

MUHYIDDIN MINTA SEKTOR AWAM TUNGGU 'BERITA BAIK' PM

Unknown - 11:29


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Tuesday, 17 July 2012

Bonus Raya 2012 – Cuepacs Cari Pendekatan Terbaik

Unknown - 11:10

Bonus Raya 2012 – Cuepacs Cuba Cari Pendekatan Terbaik | Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sedang mencari pendekatan terbaik untuk memastikan 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara mendapat imbuhan menjelang Aidilfitri (Bonus Raya 2012).

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mendapatkan pandangan pihak tertentu berhubung perkara itu sebelum menyerahkannya kepada pihak pentadbiran untuk diputuskan. 

Beliau berkata Cuepacs tidak mahu setiap kali kongres itu membuat sesuatu tuntutan terutama bonus, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barangan. 

Pihaknya sedang mencari ilham supaya perkara ini tak menyusahkan kerajaan, peniaga dan pekerja, dan Cuepacs mahu satu pendekatan yang bijak dalam usaha mendapatkan bonus Aidilfitri tahun ini.

Thursday, 28 June 2012

IPO Felda Global Ventures FGV Melonjak 18.5% Menjadi RM5.39 Sesaham!!

Unknown - 12:36
Felda Global Ventures1 IPO Felda Global Ventures (FGV) Melonjak 18.5% Menjadi RM5.39 Sesaham!!

Berbeza dengan era tahun 1990-an dahulu, di mana sekitar pada tahun 1993 kita mampu melihat dan menyaksikan episod berlaku apa yang di dinamakan sebagai ‘Super Bull Run’ iaitu suatu lonjakan saham luar biasa di pasaran saham tempatan. Itu kisah 19 tahun dahulu….Sekarang?

Kita sama sekali tidak boleh mengharapkan untuk membuat wang mudah untuk sebarang IPO. Kalau dahulu nak buat duit dengan IPO, mendapatkan keuntungan sehingga 100% tidaklah suatu mengejutkan sebenarnya. Ia hanya sekadar cerita biasa sahaja.

Walaupun mungkin pada ketika itu, akan ada kalangan yang merasakan sangat “Sui” (malang) atau dalam bahasa lebih sedap untuk didengar “tiada lagi rezeki” disebabkan tidak berjaya mendapatkan walaupun hanya 1 lot (bersamaan 1,000 unit saham) dalam permohonan IPO anda tetapi anda masih boleh keuntungan yang begitu mengujakan pada hari penyenaraian.
“Orang kata kalau tak dapat hujan lebat, dapat tempias hujan pun jadilah kan?”
Apa yang hanya mereka-mereka perlu lakukan adalah pada masa itu :
  1. Menghubungi remisier mereka
  2. Membeli apa sahaja unit saham berdasarkan harga terpapar di skrin
  3. Akhirnya mereka yang merupakan “pemburu saham” ini akan mendapat keuntungan mudah semasa era “Super Bull Run”
Hari ini, jikalau anda mahu bermain dengan saham, kalau dapat keuntungan sekitar 10% pada hari penyenaraian pun boleh dikatakan cukup bertuah untuk pemburu-pemburu saham. Hakikatnya, pada tahun ini sahaja 3 daripada 5 syarikat yang telah disenaraikan tahun telah hilang antara 4% dan 20% daripada nilai permodalan pasaran mereka sehingga akhir bulan Mei yang lalu.

Ini harga yang perlu dibayar oleh kalangan pemburu saham yang meletakkan wang hasil titik peluh mereka selama ini sentiasa berdepan dengan risiko yang cukup besar untuk situasi pasaran saham pada hari ini yang sukar untuk dijangka.

Sedang dalam situasi di mana ramai yang menyangka mereka akan menerima limpahan kekayaan daripada lonjakan luar biasa Facebook Inc(Nasdaq : saham facebook), akhirnya berita yang mereka dapat perhatikan, hanyalah saham Facebook saham kehilangan 29% daripada nilai harga IPO Bacebook sekitar $38 sesaham yang ditutup pada ketika itu.

Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia (Bursa Saham Malaysia) dengan permodalan pasaran berjumlah RM16.599 bilion berdasarkan harga petunjuk IPO sebanyak RM4.55 sesaham. Sukar dibayangkan di mana 3.648 juta saham Felda bakal terpapung dalam pasaran. Sebenarnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) boleh dikatakan pemain lain dan prestasinya juga agak berbeza dengan Facebook memandangkan Felda adalah pemegang industri kelapa sawit ketiga terbesar di dunia.

Dan hari ini, pada ketika laporan ini dikeluarkan, penyenaraian IPO Felda Global Ventures ini di Bursa Malaysia merupakan hari di mana menyaksikan saham Felda Global Ventures Holdings Bhd melonjak sebanyak sebagai 19.3 peratus apabila disenaraikan buat pertama kali dengan tawaran permulaan (IPO) sejumlah US$3.1 bilion sekaligus berjaya mengatasi kemerosotan berbanding senarai saham di seluruh dunia ketika ini.

Apa tidaknya dengan kegagalan penyenaraian Facebook dan penangguhan beberapa kali beberapa IPO Asia disebabkan kebimbangan pelabur terhadap krisis hutang di Eropah dan juga ekonomi yang tampak perlahan, pastinya yang melabur tidak akan senang duduk dibuatnya di hari penyenaraiannya.
IPO FGV IPO Felda Global Ventures (FGV) Melonjak 18.5% Menjadi RM5.39 Sesaham!!

Akhirnya hari ini :
  1. penyenaraian kedua terbesar tahun selepas Facebook menyaksikan saham Felda, yang memegang kuasa sebagai syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di dunia ketiga terbesar minyak sawit dunia syarikat dibuka kepada RM5.39 sesaham (peningkatan sebanyak 18.5 peratus), berbanding dengan harga rujukan pada awalnya sekitar RM4.55
  2. Dalam beberapa minit dagangan bermula, saham Felda melonjak sebanyak 19.3 peratus bersamaan RM5.43 sesaham.
P/S : Siapakah agaknya yang untung disebalik IPO Felda hari ini. Benarkah kalangan orang Felda mendapat limpahan dan keuntungan besar daripada penyenaraian IPO Felda kali ini? Berapa ramai kalangan di sini yang berkesempatan beli saham Felda sebelum ini? Apa kata anda (pemburu-pemburu saham) dengan hasil penyenaraian IPO Felda setakat ini?

Thursday, 24 May 2012

BERSIH 3.0: Ambiga Bersedia Minta Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia

Unknown - 20:31


KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila bersedia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung pengajuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.

Ambiga berkata, dia bersedia meminta maaf kepada umum kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan telus.

Ambiga juga memohon maaf kepada jiran-jirannya kerana telah kekecohan sering timbul selepas Bersih 3.0.

“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.

“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.

“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga  di sini hari ini.

Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.

Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.

Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Cabaran Debat Perdana Menteri Najib VS Anwar Ibrahim Moderator Dihentam

Unknown - 14:21
Debat Rafizi VS Khairy Sinar Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!

Program debat Rafizi VS Khairy sudah pun menutup tirainya yang membahaskan “isu PTPTN” berdasarkan hujah dan pendirian masing-masing bagi memperjuangkan nasib golongan muda hari ini. Pada kami Khairy Jamaluddin yang pastinya mewakili parti Barisan Nasional mempunyai point dalam berhujah, begitu juga kepada Rafizi Ramli juga ada point tersendiri bagi menyokong pendirian beliau dan partinya. Moderator?

Moderator bagi kami sudah melakukan yang terbaik termasuklah satu cabaran yang cukup berani bersesuaian dengan kedudukannya sebagai berlatarbelakangkan seorang ahli akademik, dengan melontarkan cabaran yang mahu melihat dan mendengar hujah serta pendapat melalui debat bakal Perdana Menteri Malaysia antara Datuk Seri Najib Razak VS Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
  1. Datuk Seri Najib – Ketua Kerajaan yang sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong
  2. Datuk Seri Anwar – Ketua Pembangkang Malaysia yang juga sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong
Di mana kedua-dua kerusi pemimpin ini adalah menghadap antara satu sama lain di Dewan Rakyat. Jadi bagi kami daripada dahulu lagi, semestinya debat seperti ini kami memang sokong sepenuhnya. Apatah lagi moderator yang bernama Dr. Mazlee Malik melontarkan cabaran kepada ketua-ketua parti politik di Malaysia yang bakal menentukan masa depan Malaysia selepas ini. Seorang ketua kerajaan, seorang lagi ketua pembangkang. Jadi, bagi kami ada logiknya cabaran dilontarkan kepada kedua-dua pemimpin ini. Ada masalah?

Terus terang kami katakan kedua-dua pemimpin ini berkelayakan untuk berdiri di pentas yang sama untuk berdebatkan isu rakyat dan negara supaya rakyat boleh menilai dan menentukan apa yang terbaik untuk mereka, jikalau tidak maknanya selama ini kita sendiri memberikan satu penghinaan kepada sistem kerajaan Malaysia yang ada hari ini merujuk kepada Perlembagaan Malaysia.

Bagi kami debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli baru-baru ini telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini. Debat kini dilihat salah satu medium terbaik untuk menyalurkan perbezaan pendapat dan ianya dapat diurus secara matang dan harmonis.

Video Debat Rafizi VS Khairy (Versi Penuh)



Walaubagaimapun, moderator yang menjadi perantara bagi debat Rafizi VS Khairy ini mendapat kecaman hebat terutamanya di media sosial seperti Twitter yang menggangap tindakan moderator mencabar Perdana Menteri untuk berdebat yang dianggap mereka adalah tidak masuk akal. Pendapat anda pula di sini?

Debat Anwar Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!
Debat Anwar Najib Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!
Debat Najib Anwar Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!
Debat Najib Razak Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!

Cabaran debat Najib Razak VS Anwar Ibrahim sudah “dipalu” sejak beberapa bulan sebelum ini. Walaubagaimanapun ia masih belum menjadi realiti sehingga sekarang ini. Entah apa masalahnya…..Kami berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama-sama menyahut cadangan debat sebelum PRU-13. Termasuklah beberapa laoran berita yang pernah kami keluarkan sebelum ini :
    Sekurang-kurangnya peluang debat itu nanti bakal memberikan peluang kepada rakyat untuk mendengar beberapa isu berbangkit yang menjadi perbualan dikalangan rakyat Malaysia hari ini. Kami tidak gemar ada perbincangan dan perbahasan yang menyentuh kes skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang sedang dibicarakan di Perancis ketika ini, kes liwat Saiful Bukhari, video lucah yang dibawakan oleh kalangan Datuk Trio, mengorat pelajar IPTA, Bersih 3.0 dan hal-hal yang menyentuh peribadi antara satu sama lain. Kami tidak mahu mendengarnya.

    Apa yang penting dalam yang harus digunakan sebaiknya adalah debat Najib Razak VS Anwar Ibrahim ini, kami mahu mendengar dan menilai daripada sudut aspirasi masing-masing untuk rakyat. Cadangan dan dasar untuk kemajuan rakyat dan negara.
    1. Macam mana dengan pelan untuk rakyat menyeluruh daripada yang tinggal diceruk dalam hutan sampai lah yang tinggal di The Mines dan tepi tasik Putrajaya contohnya supaya setiap yang bergelar rakyat malaysia sedar apa kelebihan yang mereka perolehi disebalik limpahan sumber kekayaan yang dilimpahkan di bumi Malaysia ini
    2. Bagaimana cara dan mekanisme bagi menguruskan kekayaan Malaysia yang sebenarnya tanpa unsur korupsi, kronisme dan nepotisme.
    3. Dan tidak lupa juga perbahasan yang menyentuh dasar dan perancangan kerajaan pada masa hadapan?
    Sebarang penganjuran debat ataupun wacana seumpamanya seharusnya diraikan memandangkan ia adalah mekanisme pengurusan konflik yang berkesan. Ini memandangkan amalan demokrasi yang sihat dizahirkan menerusi wujudnya perbezaan pendapat yang ditangani secara matang dan harmonis yang sekaligus memangkin pembentukan masyarakat madani sepertimana didambakan negara dan masyarakat di masa hadapan.
    “Debat hal peribadi takkan menguntungkan rakyat dikala negara lain sibuk debat pasal polisi negara”
    anwar ibrahim vs najib Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!

    Bagi kami jikalau kerajaan dapat menghapuskan caj pentadbiran dalam masa terdekat ini, ia satu permulaan yang baik disamping menambah bilangan biasiswa kepada pelajar yang cemerlang tetapi dalam pada masa yang sama juga pelajar boleh menerima pemotongan bayaran semula pinjaman berdasarkan keputusan yang dicapai oleh pelajar semasa di IPT seperti mana yang dilakukan oleh pihak MARA. Tetapi, kami kurang bersetuju jika mengatakan sesebuah negara boleh bankrapt jikalau membantu rakyat termasuklah dengan cara menyediakan pendidikan percuma. Tetapi sesuatu negara boleh lumpuh, boleh muflis jikalau :
    1. Sesuatu negara itu tipu angka ekonomi dengan mengatakan ekonomi negara mereka ketika ini dalam keadaan yang baik dan tidak akan terjejas sedangkan hakikatnya angka yang yang diberikan itu tidak menunjukkan realiti yang sebenar apa yang berlaku di negara tersebut
    2. Korupsi. Ya…..”nanah” yang merosakkan sesebuah negara. Apatah lagi jika korupsi yang berlaku itu mendapat sokongan tanpa sebarang tindakan yang sewajarkan kepada si pelaku. Ibarat, si jerung mendapat layanan, si bilis mendapat tindasan.
    3. Akhir sekali, cara mengurus tadbir sesuatu negara dengan cukup lemah sekali terausklah dasar flip-flop dan dasar-dasar yang tidak diperlukan pada masa sekarang diberikan keutamakan.
    Ketiga-tiga faktor di atas jugalah yang diamalkan oleh Greece dan natijahnya kita boleh lihat keadaan negara Greece yang diibaratkan seperti “nyawa-nyawa ikan sahaja” sekarang ini. Ada negara lain yang “mahu” mengikut jejak langkah Greece?
    Kami petik semula laporan berita yang dibuat oleh Telegraph.co.uk mengenai Greece :
    Business leaders, a church representative, a retired finance minister, a distinguished academic, an economist, a wealthy writer, a shipping tycoon, protesters on the streets and impoverished folk queueing for free meals all give the same answer to my question, “what has gone wrong?” It’s the corruption, stupid!
    Jason Manolopoulos, author of Greece’s ‘Odious’ Debt, says the state has become a hydra with seven heads: cronyism, statism, nepotism, clientelism, corruption, closed shops and waste. Kleptocrats have been running the show and their predilection for thieving and bribery has poisoned the nation.
    When I mention that we in Britain have similar issues with dissolute politicians – MPs who fiddle expenses – Greeks, rich and poor, laugh in my face. To them, a few thousand pounds here and there for duck houses and dodgy mortgages are barely worth an inquiry. The problem in Greece is of a completely different magnitude.
    Pillaging at the top by politicians, doctors, lawyers and even tax investigators gives those further down the ladder a justification for what some call “tax resistance” and others “tax protection”. The result, according to the World Bank, is that the black market now makes up nearly a third of Greece’s economy, compared with 27 per cent in Italy, the EU’s flagship of undeclared earnings.
    Sumber Telegraph UK : Greece: It’s the corruption, stupid!
     
    Hanya kerajaan yang gemar mengamalkan korupsi seperti Greece contohnya akan memberikan laporan yang salah sehingga terpedaya para pemiutang yang terdiri daripada kelompok Jerman yang kaya-raya. Hakikat yang berlaku sebenarnya, pinjaman yang diterima mereka tidak mampu dibayar semula pun. Apabila dah terduduk Greece, barulah rakyat Greece mengetahui laporan yang mereka dengar dan terima selam ini adalah palsu belaka
    “Greece hutang tinggi tetapi masih lagi mendabik dada mampu membayarnya. Akhirnya sekarang ini, siapa yang susah disebalik kelemahan kerajaan Greece sebelum ini? Bagaimana dengan keadan rakyat Greece hari ini?”
     P/S : Kami pasti ramai daripada anda di sini sudah pun mengikuti baik siaran langsung mahupun rakaman semula debat Rafizi Ramli Vs Khairy Jamaluddin ini. Apa pandangan respon anda sekarang ini? Dan relevankah diadakan debat bakal Perdana Menteri Malaysia antara Datuk Seri Najib Razak VS Datuk Seri Anwar Ibrahim? Mengapa?

    SUMBER=BERITASEMASA.COM

    Wednesday, 9 May 2012

    Video Kanak-kanak Dipukul Dan Didera

    Unknown - 14:23
    Video Kanak-kanak Dipukul Dan Didera...ZALIM!

    Tiada kata yang mampu dilafazkan apabila kanak-kanak ini diperlakukan dengan kejam oleh si pelakunya. Sebagai manusia yang bertamadun, apa yang berlaku dalam video ini harus dipandang berat oleh kita semua terutama pihak berkuasa.

    Kanak-kanak ini telah dipukul dengan bantal, ditendang, dicubit tanpa ada langsung belas kasihan dan simpati. Berdasarkan perbualan dalam klip video ini, kemungkinan besar kejadian ini berlaku di negara kita kerana menggunakan bahasa tempatan.

    Sekiranya anda kenal dengan si pelaku dalam video ini, laporkan segera kepada pihak polis agar dia dapat diadili di atas kesalahannya itu.

    Mungkin dalam kes ini, polis boleh memulakan siasatan tanpa menunggu sebarang laporan rasmi. Ini soal nyawa seorang kanak-kanak kecil yang tidak tahu mengadu, selain hanya reti menangis.

    Semoga Allah merahmati kanak-kanak ini…

    SILA SEBARKAN

    Sunday, 15 April 2012

    Wanita Di Bunuh Dan Di Bakar Di Jalan Padang Meha

    Unknown - 11:19

    gambar mayat dibakar

    KULIM: Mayat yang dipercayai wanita telah ditemui masih dalam keadaan terbakar di Jalan Padang Meha Sungai Karangan berdekatan dengan Jalan Taman Desa Aman, Kulim Kedah.

    Kejadian berlaku 13 April 2012 jam sekitar 10 malam. Menurut sumber, mayat ini dipercayai telah dibunuh di kawasan lain dan diletakkan di dalam lubang seperti parit besar di tepi jalan di Jalan Estet Padang Meha, Kulim Kedah tidak jauh dari kebun kelapa sawit.

    Orang awam yang menjumpai mayat yang masih dalam keadaan terbakar itu, terkejut lalu melaporkannya kepada pihak Polis.

    menurut saksi, ketika memberhentikan kereta dan parking untuk menjerat (memasang jerat) burung, beliau ternampak api yang marak dari parit tempat mayat dibakar. Beliau terus menghampiri tempat api marak dan ternampak seperti manusia yang sedang terbakar dalam keadaan terbaring.

    Penjerat Burung tersebut terus menghubungi Balai Polis Sungai Karangan untuk memaklumkan kejadian ini dan pihak Polis sampai di tempat kejadian dan memadamkan api yang membakar mayat wanita tersebut. 

    Punca kematian mayat yang dibakar ini masih dalam proses siasatan oleh pihak Forensik. Berikut beberapa keping gambar wanita di Bunuh dan di bakar di Jalan Padang Meha, kulim kedah - Sumber: Rilekslah.com

    gambar mayat dibakar 
     gambar mayat dibakar gambar mayat dibakar 
     gambar mayat dibakar 
     gambar mayat dibakar di padang maha

    Previous
    UTAMA