Show Mobile Navigation

Thursday, 24 May 2012

, ,

BERSIH 3.0: Ambiga Bersedia Minta Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia

Unknown - 20:31


KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila bersedia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung pengajuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.

Ambiga berkata, dia bersedia meminta maaf kepada umum kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan telus.

Ambiga juga memohon maaf kepada jiran-jirannya kerana telah kekecohan sering timbul selepas Bersih 3.0.

“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.

“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.

“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga  di sini hari ini.

Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.

Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.

Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment