Luar Negara
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Wednesday, 11 June 2014
Wanita Telan Telefon Kerana Takut Kekasih Baca SMS
nescafeais - 13:53Brazil: Seorang gadis berusia 19 tahun bertindak berani menelan telefon bimbitnya apabila kekasihnya ingin membaca SMS di dalam telefon bimbitnya.
Panik dengan desakan kekasihnya itu, gadis tersebut atau Adriana Andrade, bertindak melarikan diri dan menelan telefon bimbit miliknya setelah berasa cukup jauh dari kekasihnya itu.
Doktor mengesahkan telefon bimbit tersebut berada di perutnya selepas membuat pemeriksaan x-ray dan pembedahan akan dilakukan untuk membuang telefon bimbit tersebut.
P/s:Jangan curang dengan kekasih anda.
Claudia,Wanita Seksi Pemimpin Kumpulan Pembunuh Upahan Terkenal Mexico
nescafeais - 11:10Penampilan wanita ini mirip artis Kim Kardashian. Selain itu dia juga sering berpose ala isteri rapper Kanye West itu.
Namun Claudia Ochoa Felix bukanlah artis. Wanita yang digelar The Empress of Antrax ini sebenarnya ketua kumpulan "Los Antrax", organisasi pembunuh upahan yang digunakan Sinaloa, salah satu kartel dadah terbesar di Mexico.
FBI mendakwa Sinaloa sebagai "organisasi perdagangan dadah paling kuat di dunia". Kartel ini diyakini bertanggung jawab atas sebagian besar penyelundupan heroin di US.
Los Antrax yang dipimpin Claudia adalah kumpulan pembunuh upahan elit yang diupah Kartel Sinaloa.
Claudia menggunakan berbagai media sosial untuk memamerkan gaya hidup mewahnya. Dia memuat naik gambarnya membawa senjata api, bergambar seperti artis, atau mempamerkan badannya dalam balutan baju renang atau pakaian ketat. Dalam salah satu gambarnya Claudia bergaya bersama senapang AK-47 berwarna pink.
Meskipun mulai diancam polis, Claudia menolak untuk bersembunyi. Dia sering dilihat berhibur di tempat-tempat hiburan malam di Mazatlan, Culiacan, dan Guadalajara. Namun dia dikelilingi sejumlah pengawal bersenjata.
Sejak tahun 2006, Mexico dilanda perang antara kartel dadah yang kini sudah memakan korban 100.000 orang.
Wednesday, 4 June 2014
796 Mayat Bayi dan Kanak-Kanak Ditemui Dalam Tangki Najis
nescafeais - 17:07
TUAM: 796 mayat bayi dan kanak-kanak
ditemui di dalam sebuah tangki najis yang telah ditinggalkan di sebuah
bandar kecil dikenali sebagai Tuam di County Galway, Ireland.
Mayat-mayat tersebut dipercayai dibuang antara tahun 1925 hingga 1961.
Berita tragik ini seperti dilaporkan oleh IrishCentral.com telah membongkar rahsia Gereja Katolik Ireland dimana tapak itu sebenarnya merupakan tempat tinggal bagi ibu yang melahirkan anak tanpa nikah yang dikenali sebagai ‘The Home’. Ia dikendalikan oleh Sisters of Bon Secours Congregation.
Catherine Corless, seorang ahli sejarah di Tuam memberitahu IrishCentral.com beliau masih mengingati tempat tinggal ‘Home Babies’ itu semasa membesar dan pergi ke sekolah.
“Mereka selalu diasingkan daripada kelas biasa. Paderi perempuan akan menyampaikan mesej bahawa mereka adalah golongan yang berbeza dan perlu diasingkan daripada orang ramai,” beliau dipetik sebagai berkata.
Corless menambah, jika pelajar di sekolah itu membuat kesalahan disiplin, mereka akan dipaksa duduk bersebelahan dengan penghuni Home Babies. Beliau turut menceritakan bagaimana rakannya membalut batu dalam balutan gula-gula dan memberinya kepada penghuni Home Babies.
Berita tragik ini seperti dilaporkan oleh IrishCentral.com telah membongkar rahsia Gereja Katolik Ireland dimana tapak itu sebenarnya merupakan tempat tinggal bagi ibu yang melahirkan anak tanpa nikah yang dikenali sebagai ‘The Home’. Ia dikendalikan oleh Sisters of Bon Secours Congregation.
Catherine Corless, seorang ahli sejarah di Tuam memberitahu IrishCentral.com beliau masih mengingati tempat tinggal ‘Home Babies’ itu semasa membesar dan pergi ke sekolah.
“Mereka selalu diasingkan daripada kelas biasa. Paderi perempuan akan menyampaikan mesej bahawa mereka adalah golongan yang berbeza dan perlu diasingkan daripada orang ramai,” beliau dipetik sebagai berkata.
Corless menambah, jika pelajar di sekolah itu membuat kesalahan disiplin, mereka akan dipaksa duduk bersebelahan dengan penghuni Home Babies. Beliau turut menceritakan bagaimana rakannya membalut batu dalam balutan gula-gula dan memberinya kepada penghuni Home Babies.
“Apabila mereka membuka balutan itu, mereka sedar sebenarnya mereka telah ditipu. Saya mengaku saya turut mengikut jejak langkah rakan saya dan mempermainkan mereka. Pada masa itu saya rasa ia sesuatu yang kelakar,” IrishCentral.com memetik Corless sebagai berkata.
Perasaan bersalah itu terus menghantui Corless dan disebabkan itu, beliau kini mengetengahkan isu tragik penghuni Home Babies ini. Beliau telah menjalankan kajian intensif tentang apa yang berlaku dalam The Home selain mencari rekod-rekod lama.
Menurut IrishCentral.com, laporan pemeriksaan lembaga kesihatan tempatan daripada April 1944 mendapati seramai 271 kanak-kanak dan 61 orang ibu tunggal tinggal di The Home. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penghuni rumah itu seramai 333 orang sedangkan bangunan tersebut hanya mempunyai kapasiti untuk 243 penghuni sahaja.
Laporan tersebut turut menunjukkan bagaimana kanak-kanak yang tinggal di situ diabaikan dan kekurangan zat. Laporan juga mendapati kanak-kanak dalam keadaan ‘miskin, kurus dan tidak membesar’.
The Home beroperasi selama 36 tahun dari 1926 hingga 1961 dan penduduk Tuam memberitahu pemberita bahawa kanak-kanak tersebut dianggap golongan terbuang hanya kerana status mereka sebagai ‘anak luar nikah’ dan ‘berdosa’.
Corless turut cuba menghubungi sebahagian biarawati Bon Secours namun mereka telah berpindah dari Tuam pada 1961 dan menyerahkan segala rekod berkaitan The Home kepada Lembaga Kesihatan Barat. Lembaga tersebut seterusnya memberitahunya bahawa tiada maklumat umum mengenai perjalanan harian tempat itu.
Akhirnya, Corless berjaya mendapatkan rekod kematian kesemua 796 kanak-kanak yang ditemui mati di dalam sebuah tangki najis daripada pejabat pendaftaran di County Galway. Beliau bersama-sama sebuah jawatankuasa kini bekerjasama untuk membina sebuah memorial bagi memperingati kubur itu.
sumber: http://www.astroawani.com/
Friday, 30 May 2014
Gambar Anggota Polis Letak Kaki Atas Hajarul Aswad Undang Kemarahan
nescafeais - 08:27
RIYADH 28 Mei - Gabenor Mekah, Putera Mishaal bin Abdullah marah terhadap gelagat seorang anggota polis yang meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, di sini baru-baru ini.
Menurut laman web arabnew,com, gabenor itu menggesa Ketua Polis Mekah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan atas perbuatannya itu.
Perbuatan anggota polis tersebut yang meletakkan kakinya di kawasan Hajar Aswad itu tersebar luas di media sosial.
Putera Mishaal mengarahkan ketua polis supaya mengadakan kempen kesedaran khas kepada anggota keselamatan, tentera dan pegawai awam yang bekerja di kedua-dua masjid suci (Masjidil Haram dan Masjid Nabi) bagi menghormati kesucian di kawasan sekitar kedua-dua masjid itu serta berurusan dengan jemaah secara sopan.
Beberapa orang penulis blog Arab Saudi, mengutuk tindakan anggota polis itu dengan berkata, seseorang yang tidak menghormati tempat-tempat suci tidak harus dilantik bagi menguatkuasakan undang-undang dan berkawal di tempat suci.
Seorang lagi penulis blog yang merupakan seorang pelajar di United Kingdom di bawah Program Biasiswa Luar Negeri, Raja Abdullah, menggesa pegawai-pegawai keselamatan supaya mempelajari daripada pengawal diraja Britain yang sanggup berdiri beberapa jam seperti berhala.
"Kita perlu mempunyai satu pasukan khas untuk berkawal di kedua-dua masjid suci yang mempunyai kecerdasan fizikal dan memakai uniform tentera terutama yang direka khas untuk disesuaikan dengan tempat suci," katanya.
Beliau berkata, anggota polis yang bertugas di kedua-dua masjid itu juga perlu diberikan latihan khas untuk menangani jemaah secara sopan.
Monday, 5 May 2014
Video Menyayat Hati: Pelajar Korea rakam detik akhir sebelum Feri Sewol karam
nescafeais - 10:09
Menyayat hati - Pelajar Korea yang berada di dalam bilik masing-masing langsung tidak mengetahui nasib mereka apabila Feri Sewol sedang karam.
Melalui satu rakaman seorang pelajar, Park Su-hyeon yang berusia 17 tahun menunjukkan situasi dalam feri tersebut.
Mereka langsung tidak menyedari akan tahap keseriusan situasi yang sedang mereka lalui ketika itu.
"Ini adalah menyeronokkan" kata seorang rakan Park ketika pengumuman kecemasan dibuat.
"Ini seakan seperti Titanic" tambah seorang pelajar lagi.
Dalam detik-detik akhir rakaman itu, seorang pelajar sempat meluahkan kata-kata terakhir beliau yang ditujukan kepada ibu bapanya.
"Aku sepatutnya meninggalkan pesanan terakhir sebelum mati... Ibu.. Ayah.. aku sayangkan kamu..."
VIDEO:
Saturday, 3 May 2014
GAMBAR DAN VIDEO:Dua Anggota Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13
nescafeais - 13:59
Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah.
DUA anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat
letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China.
Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Seorang lagi anggota bomba yang turut berada di tingkat yang sama mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu.
Iklan SK Punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.
Saksi memberitahu, ramai rakan setugas mengalirkan air mata setelah mengetahui kejadian yang menimpa kedua-dua anggota bomba yang menyertai unit tersebut sejak tahun 2012.
Saksikan videonya di sini ---->https://www.facebook.com/
Tuesday, 29 April 2014
Gambar Dan Video Pesawat Mendarat Cemas Enjin Terbakar Di Udara
nescafeais - 18:36PERTH: Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.
Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.
Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.
Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.
Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.
Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiba anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas.
"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.
"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News / BH
Wednesday, 23 April 2014
6 Gambar Bekas Penyanyi Rap Deso Dogg, Mati Berjihad Di Syria
nescafeais - 12:20
Beirut: Bekas penyanyi rap Jerman yang menyertai kumpulan pejuang antikerajaan Syria terbunuh dalam satu serangan bom berani mati, lapor media semalam.
Sumber daripada pejuang dan pemerhati semalam menyatakan Denis Mamadou Cuspert terbunuh dalam serangan bom di wilayah timur negara itu pada Ahad.
Cuspert yang menggunakan nama Deso Dogg dalam karier seninya menukar nama kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dan berjihad di Syria.
Dia menyertai kumpulan Negara Islam Iraq dan Syams (ISIL) sebelum menjadi mangsa serangan sebuah lagi kumpulan pejuang antikerajaan, Barisan al-Nusra.
Berita mengenai kematiannya diumumkan di ruangan forum Internet.
Melalui tulisan di ruangan forum itu, ia menyatakan: “ISIL bersedih dengan gugurnya seorang syuhada di medan perang, Abu Talha al-Almani, semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Kematiannya akibat tindakan tentera Barisan al-Nusra yang khianat yang mengebom rumah yang didiami beberapa orang pejuang ISIL.” Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia turut melaporkan kejadian itu.
Pengarahnya, Rami Abdel Rahman berkata, dua anggota Barisan Al-Nusra meletupkan diri mereka dan membunuh 16 orang pejuang ISIL.
Penyertaan Abu Talha dalam perjuangan di Syria menarik perhatian umum dan dia muncul dalam beberapa rakaman video perjuangan menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad di Syria.
Pada September 2013, dia dilaporkan cedera akibat serangan udara tentera rejim ke atas kediamannya.
- AFP
Sumber daripada pejuang dan pemerhati semalam menyatakan Denis Mamadou Cuspert terbunuh dalam serangan bom di wilayah timur negara itu pada Ahad.
Cuspert yang menggunakan nama Deso Dogg dalam karier seninya menukar nama kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dan berjihad di Syria.
Dia menyertai kumpulan Negara Islam Iraq dan Syams (ISIL) sebelum menjadi mangsa serangan sebuah lagi kumpulan pejuang antikerajaan, Barisan al-Nusra.
Berita mengenai kematiannya diumumkan di ruangan forum Internet.
Melalui tulisan di ruangan forum itu, ia menyatakan: “ISIL bersedih dengan gugurnya seorang syuhada di medan perang, Abu Talha al-Almani, semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Kematiannya akibat tindakan tentera Barisan al-Nusra yang khianat yang mengebom rumah yang didiami beberapa orang pejuang ISIL.” Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia turut melaporkan kejadian itu.
Pengarahnya, Rami Abdel Rahman berkata, dua anggota Barisan Al-Nusra meletupkan diri mereka dan membunuh 16 orang pejuang ISIL.
Penyertaan Abu Talha dalam perjuangan di Syria menarik perhatian umum dan dia muncul dalam beberapa rakaman video perjuangan menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad di Syria.
Pada September 2013, dia dilaporkan cedera akibat serangan udara tentera rejim ke atas kediamannya.
- AFP
Tuesday, 22 April 2014
Golongan LGBT boikot Sultan Brunei kerana hudud
nescafeais - 14:02BANDAR SERI BEGAWAN – BRUNEI. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual.
Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina.
Difahamkan daripada laporan Daily Mail, buat masa ini, pengamal homoseksual hanya dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun memberi amaran, bahawa kod baru hukuman di Brunei itu melanggar hak asasi manusia antarabangsa.
Sumber: Sinar Harian
P/S:- Pedulikan golongan ini, pedulikan PBB, Mohon sultan dan rakyat Brunei keraskan hati dalam melaksanakan undang2 hudud ni. Kami umat islam di menyokong sepenuhnya.
Saturday, 14 April 2012
Kerajaan India Marah AS tahan Shah Rukh Khan
Unknown - 12:48NEW YORK - India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.
Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.
Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.
Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.
Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf "jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan."
Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu. Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.
Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam. Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.
"Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal," kata Krishna hari ini.
Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.
Thursday, 29 March 2012
POTONG KAKI KERANA MALAS BEKERJA
Unknown - 09:55
MITTERLABILL (Austria) – Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.
Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.
Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.
Dan apabila dakwaannya menyatakan dia terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong kakinya – sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada pakar bedah dapat menyambungkannya semula.
Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap polis Franz Fasching berkata: “Rancangan Url memang licik. Dia menunggu hingga isteri serta anak lelakinya keluar dan hanya dia bersendirian di rumah.
“Dia kemudian memetik suis mesin gergaji itu dan memotong kaki kirinya di atas paras buku lali – mencampakkannya ke dalam api, supaya ia tidak boleh disambung semula sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan. “Dia kemudian mengesot ke garaj di mana dia menghubungi petugas kecemasan dan menunggu mereka tiba.” Polis memberitahu Url hampir mati akibat kehilangan banyak darah sebelum petugas paramedik tiba di kediamannya. Mereka turut menemui kakinya yang dipotong di dalam ketuhar. – DM
Monday, 26 March 2012
BAPA PALING BODOH ABAD INI
Unknown - 12:42Sunday, 25 March 2012
DILEMA GADIS 21 TAHUN MILIKI BUAH DADA BESAR
Unknown - 11:33
Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.
Namun berbeza Stephanie Fox yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat sekelilingnya.
Stephanie, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.
Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.
“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk.
“Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.
“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh (di bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.
Menurut Stephanie, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap buah dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.
“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno.
“Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia berlagak dengannya’. Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.
Stephanie menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.
“Saya berpisah dengan teman lelaki saya pada tahun 2010..dia sangat cemburu. Bila kami keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. Saya cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.
Selain itu, lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding memberikan cinta sejati.
Bagaimanapun saiz buah dada Stephanie adalah agak kecil berbanding buah dada Norma Stitz yang memiliki saiz buah dada sebenar 102ZZZ yang mencipta rekod sebagai saiz buah dada tulen terbesar di dunia. –
Sunday, 26 February 2012
Video Kejam Wanita Ditolak Jatuh Ke Rel Keretapi
Unknown - 15:53
Rakaman CCTV serangan kejam terhadap seorang wanita yang disiarkan dalam dokumentari BBC Tube.
Dalam rakaman tersebut yang berlaku pada jam 11.20 malam pada 16 September tahun lalu melihatkan seorang wanita yang berusia 23 tahun diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia berjalan di laluan pejalan kaki di steten keretapi Leicester Square Station.
Suasana di laluan pejalan kaki itu kelihatan agak sibuk dan secara tiba-tiba lelaki yang berjalan bertentangan dengan wanita tersebut menolak wanita itu jatuh ke rel keretapi.
Bagaimanapun, tindakan pantas teman lelaki mangsa yang menangkap lelaki tersebut telah menyelamatkan keadaan yang kucar kacir ketika itu. Namun, lelaki asing itu masih berlawan untuk menyerang wanita itu untuk kali yang kedua.Orang ramai yang berjalan di situ dengan pantas mengangkat wanita tersebut sebelum sempat keretapi tiba .
Thursday, 2 February 2012
Rusuhan bola sepak di Mesir 74 maut
Unknown - 09:39
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dan 248 cedera selepas
peminat bola sepak bersesak turun ke padang selepas kecewa dengan
pasukan tuan rumah yang kecundang di tangan kelab Mesir di bandar Port
Said di sini, semalam.
Bagaimanapun, anggota polis anti rusuhan gagal mengawal keadaan dan mengakibatkan rusuhan itu bertambah buruk.
Insiden berkenaan adalah peringatan terhadap keselamatan yang kian
merosot di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu selepas hampir
setahun kejatuhan rejim Hosni Mubarak.
Rusuhan yang berlaku selepas perlawanan di antara pasukan tuan rumah,
Al-Masry dan pasukan dari Kaherah, Al-Ahly itu adalah insiden keganasan
terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir dan paling dasyat di dunia sejak
1996.
Thursday, 26 January 2012
Puting Beliung Di Indonesia: 7 maut, 51 cedera, lebih 1,000 rumah rosak
Unknown - 20:35
JAKARTA: Puting beliung dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Pulau Jawa dan Bali semalam mengakibatkan tujuh orang maut, 51 cedera dan lebih 1,000 rumah penduduk rosak.
Mangsa yang terbunuh akibat ditimpa pokok terdiri daripada tiga orang di Purbalingga, masing-masing seorang di Jakarta Selatan dan Wonosobo serta dua di Bali.
Mangsa yang terbunuh akibat ditimpa pokok terdiri daripada tiga orang di Purbalingga, masing-masing seorang di Jakarta Selatan dan Wonosobo serta dua di Bali.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan 22 daerah dan bandar dilanda puting beliung, semalam membabitkan wilayah Jakarta Selatan, Kepulauan Seribu, Bekasi, Sukabumi, Indramayu, Magelang, Semarang, Sleman, Wonosobo, Purbalingga, Banjarnegara, Ponorogo, Ngawi, Magetan, Situbondo, Kediri, Blitar, Malang, Bangkalan, Sumenep dan Bali.
Kerosakan rumah paling banyak ialah di Kepulauan Seribu yang membabitkan sejumlah 499 rumah.
BNPB berkata, puting beliung dan angin kencang yang berlaku semalam dipengaruhi siklon tropika IGGY di Lautan Hindi di sebelah Selatan Bali dan Nusa Tenggara.
Menurut ramalan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia, siklon tropika IGGY membawa kesan tiupan angin berkelajuan lebih 36 kilometer sejam dan gelombang laut setinggi empat hingga enam meter di beberapa perairan Indonesia. - BERNAMA
New Zealand :33 Paus Tersadai Ditembak Mati
Unknown - 13:31WELLINGTON – Anggota Pusat Konservasi Marin New Zealand terpaksa menembak mati 33 ikan paus yang tersadai di pantai negara itu selepas beberapa usaha menyelamatkan sejak seminggu lalu gagal.
Paus yang ditempak itu adalah baki 99 paus yang tersadai di pantai Farewell Spit di South Island, sejak Isnin lalu.
Pengurus Kawasan Jabatan Konservasi, John Mason, berkata kakitangan jabatan itu bersama ratusan sukarelawan bertungkus-lumus sepanjang minggu ini untuk mengapungkan kembali paus yang tersadai itu.
Beliau berkata, pihaknya menyangka usaha itu berjaya semalam selepas paus itu berjaya memasuki kawasan paras air dalam tetapi haiwan itu kembali semula ke pantai hari ini.
Beliau berkata, keadaan paus terbabit semakin teruk dan sukar untuk diselamatkan lagi.
Sehubungan itu, 33 paus berkenaan terpaksa ditembak mati manakala 36 lagi mati secara semulajadi dengan 17 berjaya diselamatkan. – AP
Wednesday, 25 January 2012
70 Rumah Dibakar Dan Dirosakkan Dalam Pergaduhan
Unknown - 14:39
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 70 rumah dibakar atau dirosakkan dalam
pergaduhan antara penduduk dua buah kampung di daerah Lampung Selatan,
Sumatera, semalam.
Pergaduhan dikatakan berpunca daripada pertengkaran dua remaja di
tempat letak motosikal sehari sebelumnya, dan bertukar menjadi konflik
berkaitan etnik, agama dan bangsa antara penduduk Kampung Kotadalam dan
Kampung Napal, di daerah kecil Sidomulyo, yang keluar beramai-ramai
membawa buluh runcing dan senjata tajam untuk bergaduh.
Laporan awal menyebut 48 rumah dibakar dan 27 lagi dirosakkan di
Kampung Napal namun sehingga kini belum ada kemalangan jiwa dilaporkan
selain dua orang yang dilaporkan cedera parah dalam kejadian itu.
Polis menghantar ratusan anggota untuk mengawal keadaan yang dilapor kembali tenang, namun suasana pagi ini di Kampung Kotadalam masih tegang apabila penduduknya terus berjaga-jaga dengan senjata di tangan di beberapa tempat, bagi menghadapi kemungkinan serangan balas penduduk Kampung Napal. - Bernama
Polis menghantar ratusan anggota untuk mengawal keadaan yang dilapor kembali tenang, namun suasana pagi ini di Kampung Kotadalam masih tegang apabila penduduknya terus berjaga-jaga dengan senjata di tangan di beberapa tempat, bagi menghadapi kemungkinan serangan balas penduduk Kampung Napal. - Bernama
Tuesday, 24 January 2012
Hakim Arah Pengasas Megaupload Ditahan
Unknown - 12:55
AUCKLAND – Pengasas laman web
perkongsian fail Megaupload, Kim Dotcom atau nama sebenarnya Kim Schmitz
yang merupakan seorang jutawan diarah ditahan oleh hakim sebuah
mahkamah di New Zealand semalam.
Dia ditahan selepas menafikan tentang dakwaan cetak rompak di
Internet dan penggubahan wang haram dengan menyatakan pihak berkuasa
cuba untuk memburuk-burukkan namanya.
Dia memiliki ketinggian dua meter dan berat lebih 130 kilogram.
Dotcom, 38, dan tiga orang lagi rakannya ditahan Jumaat lalu selepas
sepasukan polis New Zealand menyerbu rumah agamnya atas permintaan Biro
Penyiasatan Pusat (FBI).
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mahu mengekstradisi Dotcom atas
tuduhan menjadi dalang satu skim yang memberinya kekayaan lebih AS$175
juta (RM543 juta) dalam hanya beberapa tahun dengan cara menyalin dan
mengedar muzik, filem serta kandungan dengan hak cipta tanpa kebenaran
di laman berkenaan.
Peguam Megaupload bagaimanapun menafikan dengan menyatakan bahawa
syarikat itu cuma menawarkan perkhidmatan penyimpanan data dalam talian.
Laporan mengenai kehidupan mewah Dotcom terus timbul.
Satu klip video di Internet menunjukkan Dotcom dikelilingi
wanita-wanita yang mendedahkan payudara di atas sebuah kapal mewah di
Monaco.
FBI menganggarkan Dotcom memperoleh sekitar AS$115,000 (RM357,075) sehari sepanjang tahun 2010.
Antara hartanya yang dirampas termasuk hampir 20 buah kereta mewah di
rumahnya di sini, lukisan dan wang pelaburan berjumlah NZ$10 juta (RM25
juta) di bank-bank tempatan. – Reuters
Sunday, 22 January 2012
Pemindahan Tiga Anggota Badan Yang Pertama Di Dunia
Unknown - 15:56TURKI – Sebuah hospital di Selatan Turki telah melakukan pemindahan tiga anggota badan yang pertama di dunia dengan mencantumkan dua tangan dan satu kaki ke badan seorang lelaki yang berusi 34 tahun.
Dalam masa yang sama, satu pasukan doktor di Hospital Universiti Akdeniz, di bandar Mediterranean di pantai Antalya juga sedang melakukan pembedahan pemindahan muka ke atas seorang pesakit lelaki lain yang berusia 19 tahun.
Operasi pemidahan muka terbabit merupakan pembedahan pertama yang dilakukan di Turki.
“Hari ini, kita telah meletakkan kejayaan terbesar di mata dunia.
“Buat pertama kalinya, hospital ini berjaya melakukan pembedahan pemindahan dua tangan dan satu kaki kepada pesakit,” kata Dr. Israfil Kurtcuphe selepas berjaya mengendalikan kedua-dua pembedahan terbabit
.
Sementara itu, menurut laporan dari Daily Chilli, Dr. Omez Ozkan yang mengetuai 25 anggota pasukannya mendakwa kedua-dua pesakit telah dijaga dan dikawal tahap kesihatan mereka dengan rapi sebelum dan selepas pembedahan dilakukan.
“Kami mempunyai tempoh kritikal antara 10-15 hari untuk kami berhadapan dengan kedua-dua operasi, tetapi jika kita berjaya melalui tempoh ini, kita akan mencipta sejarah,” kata Dr Ozkan.
Sementara itu, pemindahan penuh muka ke atas remaja lelaki tersebut memakan masa hampir sembilan jam manakala pemindahan anggota badan mengambil masa selama 12 jam.
Atilla Kavdir, yang berusia 34 tahun menerima anggota badan baru apabila dia kehilangan tangan dan kaki kanan ketika berusia 11 tahun selepas terkena kejutan elektrik sewaktu dia memegang pencawang elektrik di luar rumahnya dengan rod besi untuk menakutkan burung merpati.
Manakala, remaja lelaki yang terlibat dengan pemindahan muka itu pula kehilangan hampir seluruh wajahnya ketika berlakunya kebakaran di dalam rumah ketika dia masih lagi bayi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
UTAMA



























