KAHERAH: Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dan 248 cedera selepas 
peminat bola sepak bersesak turun ke padang selepas kecewa dengan 
pasukan tuan rumah yang kecundang di tangan kelab Mesir di bandar Port 
Said di sini, semalam.
Bagaimanapun, anggota polis anti rusuhan gagal mengawal keadaan dan mengakibatkan rusuhan itu bertambah buruk.
Insiden berkenaan adalah peringatan terhadap keselamatan yang kian 
merosot di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu selepas hampir
 setahun kejatuhan rejim Hosni Mubarak.
Rusuhan yang berlaku selepas perlawanan di antara pasukan tuan rumah, 
Al-Masry dan pasukan dari Kaherah, Al-Ahly itu adalah insiden keganasan 
terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir dan paling dasyat di dunia sejak
 1996. 
 

 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment