Sunday, 22 January 2012
Pemindahan Tiga Anggota Badan Yang Pertama Di Dunia
Unknown - 15:56TURKI – Sebuah hospital di Selatan Turki telah melakukan pemindahan tiga anggota badan yang pertama di dunia dengan mencantumkan dua tangan dan satu kaki ke badan seorang lelaki yang berusi 34 tahun.
Dalam masa yang sama, satu pasukan doktor di Hospital Universiti Akdeniz, di bandar Mediterranean di pantai Antalya juga sedang melakukan pembedahan pemindahan muka ke atas seorang pesakit lelaki lain yang berusia 19 tahun.
Operasi pemidahan muka terbabit merupakan pembedahan pertama yang dilakukan di Turki.
“Hari ini, kita telah meletakkan kejayaan terbesar di mata dunia.
“Buat pertama kalinya, hospital ini berjaya melakukan pembedahan pemindahan dua tangan dan satu kaki kepada pesakit,” kata Dr. Israfil Kurtcuphe selepas berjaya mengendalikan kedua-dua pembedahan terbabit
.
Sementara itu, menurut laporan dari Daily Chilli, Dr. Omez Ozkan yang mengetuai 25 anggota pasukannya mendakwa kedua-dua pesakit telah dijaga dan dikawal tahap kesihatan mereka dengan rapi sebelum dan selepas pembedahan dilakukan.
“Kami mempunyai tempoh kritikal antara 10-15 hari untuk kami berhadapan dengan kedua-dua operasi, tetapi jika kita berjaya melalui tempoh ini, kita akan mencipta sejarah,” kata Dr Ozkan.
Sementara itu, pemindahan penuh muka ke atas remaja lelaki tersebut memakan masa hampir sembilan jam manakala pemindahan anggota badan mengambil masa selama 12 jam.
Atilla Kavdir, yang berusia 34 tahun menerima anggota badan baru apabila dia kehilangan tangan dan kaki kanan ketika berusia 11 tahun selepas terkena kejutan elektrik sewaktu dia memegang pencawang elektrik di luar rumahnya dengan rod besi untuk menakutkan burung merpati.
Manakala, remaja lelaki yang terlibat dengan pemindahan muka itu pula kehilangan hampir seluruh wajahnya ketika berlakunya kebakaran di dalam rumah ketika dia masih lagi bayi.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE
SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment