AUCKLAND – Pengasas laman web 
perkongsian fail Megaupload, Kim Dotcom atau nama sebenarnya Kim Schmitz
 yang merupakan seorang jutawan diarah ditahan oleh hakim sebuah 
mahkamah di New Zealand semalam.
Dia ditahan selepas menafikan tentang dakwaan cetak rompak di 
Internet dan penggubahan wang haram dengan menyatakan pihak berkuasa 
cuba untuk memburuk-burukkan namanya.
Dia memiliki ketinggian dua meter dan berat lebih 130 kilogram.
Dotcom, 38, dan tiga orang lagi rakannya ditahan Jumaat lalu selepas 
sepasukan polis New Zealand menyerbu rumah agamnya atas permintaan Biro 
Penyiasatan Pusat (FBI).
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mahu mengekstradisi Dotcom atas 
tuduhan menjadi dalang satu skim yang memberinya kekayaan lebih AS$175 
juta (RM543 juta) dalam hanya beberapa tahun dengan cara menyalin dan 
mengedar muzik, filem serta kandungan dengan hak cipta tanpa kebenaran 
di laman berkenaan.
Peguam Megaupload bagaimanapun menafikan dengan menyatakan bahawa 
syarikat itu cuma menawarkan perkhidmatan penyimpanan data dalam talian.
Laporan mengenai kehidupan mewah Dotcom terus timbul.
Satu klip video di Internet menunjukkan Dotcom dikelilingi 
wanita-wanita yang mendedahkan payudara di atas sebuah kapal mewah di 
Monaco.
FBI menganggarkan Dotcom memperoleh sekitar AS$115,000 (RM357,075) sehari sepanjang tahun 2010.
Antara hartanya yang dirampas termasuk hampir 20 buah kereta mewah di
 rumahnya di sini, lukisan dan wang pelaburan berjumlah NZ$10 juta (RM25
 juta) di bank-bank tempatan. – Reuters
 

 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment