Saturday, 8 March 2014
Laporan Pesawat MAS MH370 Selamat Mendarat Di Nanning Palsu
nescafeais - 11:25PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan laporan yang menyatakan penerbangan MH370 telah membuat pendaratan kecemasan di Nanming, China adalah palsu.
"Kami telah menyemak dengan sistem kawalan dan ia tidak benar," kata Fuad Sharuji, Naib Presiden Kawalan Operasi.
Beliau berkata, melalui hubungan terakhir pada 35,000 kaki, kira-kira dua jam dari KLIA, tidak terdapat sebarang panggilan daripada anak kapal atau pemberitahuan dari menara yang mereka mempunyai apa-apa kesukaran.
"Sehingga kini, kita masih tidak mempunyai petunjuk tentang di mana ia sekarang" katanya pada pukul 10.45 pagi.
MAS mengadakan satu sidang akhbar pada jam 11 pagi.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE
SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
harap2 semuanya selamat. amin
ReplyDelete