Saturday, 8 March 2014
TERKINI: Pesawat MAS dari KL ke Beijing Hilang
nescafeais - 09:52KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE
SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment