Show Mobile Navigation

Monday, 24 February 2014

Respon Duta Dan Pengedar Double Stemcell Mengenai Dakwaan Penipuan

nescafeais - 12:49


Pendedahan Blogger terkenal, Mazidul Akmal Sidek mengenai status logo Halal, SIRIM, dan KKM (Baca sini) pada produk Double Stemcell -Phytoscience telah menjadi viral di media sosial. 

Ini membuatkan ramai  pengedar/leader produk ini panas punggung berikutan pertanyaan demi pertanyaan yang diterima daripada orang ramai dan pengguna serta downline mereka.

Melalui semakan daripada beberapa akaun media sosial Leader DSC, ternyata mereka tetap teguh berdiri di belakang produk ini. Beberapa respon juga diterbitkan melalui blog dan status mereka dan mendakwa pendedahan Mazidul adalah satu fitnah dan cuba menutup periuk nasi bumiputera dan orang melayu yang banyak menceburi biz Kaaching ini.

Malah, Duta produk DSC, Datin Paduka Umie Aida turut tampil memberikan respon di dalam akaun Instagramnya.  Beliau mengajak para pengguna dan pengedar agar mengabaikan artikel yang dianggap sebagai "gosip" itu. Datin Paduka Umie juga mengatakan pihak PhytoScience akan mengambil tindakan secepat mungkin.

Respon Datin Paduka Umie Aida:






Dalam satu status yang menarik minat kami, seorang pengguna Facebook, saudara Uci Qhairul telah menerbitkan satu persoalan kepada persoalan yang dinyatakan oleh penyelidik Human Stemcell, Dr. Abd Aziz Ibrahim (Baca disini).



Dalam persoalan yang diutarakan, pengedar di atas menyangkal status penyelidik tersebut. Malah persoalannya seperti printscreen diatas langsung tidak menjawab satu pun pertanyaan ditimbulkan Dr. Abd. Aziz.

Akhirnya, persoalan beliau dimatikan oleh seorang pengkomentar yang memberikan bukti kredibiliti Dr. Abd Aziz sebagai seorang pengkaji seperti printscreen dibawah:






Nampaknya, isu produk terhangat di pasaran ini tidak akan berhenti dalam masa terdekat. Seperti kata Mazidul, pihak berkuasa telahpun menerbitkan kenyataan rasmi mengenai status penggunaan logo Halal, SIRIM, dan Kodex KKM. Kini sudah tiba masanya pihak PyhtoScience memberikan maklumbalas mengenai kenyataan tersebut.

Persoalan yang dijawab dengan persoalan pasti tidak akan mencapai sebarang penyelesaian. Malah, sebarang tindakan kepada individu seperti Dr. Abd Aziz dan Mazidul Akmal Sidek pasti akan memberikan impak negatif kepada imej produk itu. Seharusnya pihak pengurusan menangkis "fitnah" dengan jawapan dan bukti yang konkrit. -TengokTvOnline
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment