Show Mobile Navigation

Monday, 20 January 2014

Produk Phytoscience Double Stem Cell Tiada Sijil Halal

nescafeais - 17:45


Produk Phyto Science adalah produk yang sangat laris di pasaran ketika ini. Namun persoalannya, apakah benar produk tersebut disahkan halal? ataupun sekadar menggunakan logo tanpa disahkan Halal oleh JAKIM?.




Ahli sahabat halal yang curiga dengan pengesahan halal produk double stemcell ini telah membuat siasatan. Mereka cuba bertanya kepada Ahli-ahli produk Phyto Science yang kemudiannya mengemukakan bukti sijil yang produk tersebut telah memperolehi sijil halal,

Namun, tiada sebarang bukti dikemukakan melainkan beberapa dokumen yang diclaim “Sijil Halal”. Berikut dokumen yang dikemukakan oleh mereka yang mengatakan ini adalah “Sijil Halal” :-





Surat bertajuk “Yuran Pensijilan Halal”.

Ini hanyalah surat jualan langsung dan surat yuran, bukan “Sijil Halal” seperti yang didakwa oleh ahli ahli phyto. Penyiasatan mereka tak berakhir disini, mereka kemudiannya menghubungi pihak Hub Halal JAKIM berkenaan produk ini, dan ini yang mereka balas :-






MENJAWAB ISU PRODUK DOUBLE STEMCELL DARI SYARIKAT PHYTOSCIENCE
Tuan/puan,

JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat PHYTOSCIENCE merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.
Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal, Cik Nadia Zammil Md Nasir sebelum ini adalah BENAR.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

Sekian, terima kasih.

Sumber:
Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014

Sumber:- Sahabat Halal
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment