Show Mobile Navigation

Saturday 1 February 2014

Hidangan Nasi Lemak Telanjang Malaysia Airlines (MAS) Buat Chef Wan Mengamuk

nescafeais - 10:44


Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Chef Wan menggelarnya sebagai ‘telanjangg’, kerana dia kesal menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.


Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan.

The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini.

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers.

Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be.

Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telan jang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul?

Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Betul juga dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan kebangsaan kita, janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Chef Wan yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia. -Mynewshub

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






6 comments:

  1. kalu timun mahal, bubuhlah kongkang! MAS oh MAS...

    ReplyDelete
  2. MAS frust sbb x dpt kekalkan top 10 airlines award 2013. Tp memang patut la x menang any award sbb skrg makanan kat MAS memang dah totally out.
    Hopefully MAS akan bangkit semula & mengembalikan zaman kegemilangan nya mcm dulu.

    ReplyDelete
  3. really glad to hear chef wan comment on this issue because we ourselves felt the same on our way back to brunei recently. Felt just like we're flying with low low cost airplane indeed. hahaha sorry to say better pay the food to AA rather than just 'accept' the plain menu with this luxurious MAS (gold). huhu

    ReplyDelete
  4. makan je la... !! banyak sangat nk komen !! suruh mkn babi kang bautau

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar mahal but makan gitu je? jngn nak kata : "ada jgak makanan~"..
      Even bdak skolah pon bleh mngadu klau nasi lemak tak cukup bahan...

      Delete
    2. Ini kata2 macai yang terima sahaje diri tu diperbodohkan...

      Delete