Show Mobile Navigation

Sunday, 12 January 2014

Mesti Baca - Pelajar Tahfiz Diperhambakan Di Kedah?

nescafeais - 13:24

kira-kira 100 pelajar Pusat Tahfiz Amal, di Kedah, dikerah mengutip derma di pelbagai lokasi menjadi tumpuan orang ramai hampir setiap hari. Antara lokasi terbabit, stesyen minyak, restoran dan di sekitar institusi kewangan di seluruh negara.




Berikut laopran dari Mazidul Akmal Sidek. Harap sangat satu siasatan dibuat untuk memahami isu nih.

Baca ;

Dianggarkan, kira-kira 100 pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA, di Kedah, setiap hari dikerah mengutip derma di pelbagai lokasi menjadi tumpuan orang ramai. Antara lokasi terbabit, stesyen minyak, restoran dan di sekitar institusi kewangan di seluruh negara.

'Aisyah', 13 tahun, berasal dari Sungai Buloh, Selangor, saya temui berdiri di hadapan Maybank Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 2012.


Dia menjual produk 'tonite' keluaran syarikat SM Amin, kononnya air minuman mampu menyegarkan tubuh pasangan untuk berasmara di waktu malam.

"Berapa lamakah Aisyah terpaksa berdiri di sini?," soal saya.

"Lebih kurang lapan jam. Dari pagi sampai bank ini tutup. Kalau saya tidak dapat kutipan lebih RM150, nanti ustazah marah," balasnya.

Wajah anak kedua daripada 7 beadik itu kelihatan penat namun dia tetap setia berdiri, menggenggam botol minuman dijual dengan harga RM10 berserta resit PTA. Menurut Aisyah, dia dibawa ke Kelantan bersama 8 lagi rakan sebaya untuk mengutip derma. Mereka tinggal di rumah sementara bersama wanita digelar 'ustazah'.

"Ustazah di mana?," tanya saya lagi.

"Dia menjual di tempat lain," jawabnya.

Saya tahu Aisyah tidak berkata benar. 

Mengikut pengalaman lebih 5 tahun melapor dan mendedahkan kes PTA, ustaz atau ustazah tidak pernah berada bersama pelajar ketika mereka mengutip derma. Ustaz dan ustazah lebih gemar melepak sambil makan dan minum di gerai berhampiran pelajar ditinggalkan. Goyang kaki sambil menunggu rezeki dihulurkan orang ramai berasa simpati.

Di Malaysia, gunakan kanak-kanak, orang kurang upaya atau pun warga emas untuk menadah tangan, ramai bersimpati dan menghulukan wang untuk berbakti.

Majoriti kita mempunyai anak atau saudara mara, samada lelaki atau perempuan, barangkali seusia Aisyah. Sanggupkakah kita membiarkan mereka berdiri selama 8 jam? Demi mengkayakan kelompok tertentu sekaligus mencemarkan nama pusat tahfiz?

Saya difahamkan, PTA amat berbeza dan unik berbanding pusat tahfiz lain di Malaysia kerana PTA tidak pernah mengeluarkan Al-hafiz sepanjang beroperasi lebih 10 tahun lalu di Kedah Darul Aman. Seperti Aisyah, ibu ayahnya dijanjikan, anak mereka akan diberikan pengajian agama percuma tetapi hakikatnya anak itu diperguna, diperkuda dan diperhambakan tanpa mereka mampu bersuara apatah lagi membantah kekejaman berlaku.

Beberapa kali saya cuba merayu kepada Menteri Besar Kedah tekini, Datuk Mukhriz Mahathir melalui blog agar tindakan tegas diambil tetapi setakat ini, usaha itu bak mencurah air ke daun keladi.


Manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat mendakwa menangani kes ini bukan tugas rutin mereka. Jabatan Agama Islam Kedah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga serupa. Sikap lepas tangan menjadi amalam ketua dan penguatkuasa mereka. Polis pula hanya berhak menasihatkan ustaz dan ustazah PTA dipanggil ke balai dan membenarkan mereka pulang dalam tempoh 24 jam. Menteri pula membisu seribu bahasa, barangkali kerana ketiadaan kepentingan politik di situ.

Itu fakta nyata, bukan omongan kosong tidak berguna.

Di manakah Aisyah berdiri 8 jam lagi hari ini? Di Sabah? Di Sarawak? Di Melaka? Johor? Negeri Sembilan? Berdiri menjual produk keluaran syarikat bekas ketua ajaran difatwakan sesat, berstatus JUTAWAN, SM Amin. 


Gadis bertubuh kurus itu akan terus diperhambakan, selagi rakyat seperti kita tidak bersuara dan membuat bantahan.

Kita tidak perlu berarak, menyesakkan lalu-lintas di bandaraya Kuala Lumpur atau berhimpun di Dataran Merdeka. Kaedah lebih mudah, sila SHARE status ini agar menjadi VIRAL. 

VIRAL itu perkataan utama.

Moga lebih banyak mata pihak berkuasa terbeliak lalu Allah membukakan hati mereka untuk bertindak. Semoga kes perhambaan kanak-kanak dan remaja di bawah umur ini dinoktahkan dengan kadar segera. 

Jangan biarkan Aisyah berdiri 8 jam lagi. Cukup-cukuplah dia diseksa dan merana.

Usaha ini tidak memerlukan wang. Cuma klik untuk SHARE, tidak perlu LIKE status ini. Andai kata, status ini di SHARE 1,000 insan, pasti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta anggota kabinet turut bingkas bangun mengarahkan tindakan dilaksanakan. 

Terima kasih kepada semua sudi menyokong perjuangan ini. Semoga Allah membalas jasa kalian. 

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment