Show Mobile Navigation

Wednesday 28 March 2012

, , ,

LELAKI CEDERA TANDAS MELETUP DI LRT SRI RAMPAI

Unknown - 20:03


KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan. 

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. 

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.— BERNAMA
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment