KAPAR - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.
 Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster 
mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan 
penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis
 di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.
 Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan 
mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan 
suasana tegang.
  
 Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang 
selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal 
suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.
  
 Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan 
kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar
 sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga 
nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.
  
 Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan 
rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster 
milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) 
Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis 
bermula.
  
 Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan 
peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul 
perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa 
insiden kekecohan.
  
 Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan 
Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat 
Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) 
Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.
  
 Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.
  
 Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan 
tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan. 
Sumber:-Sinar Harian
 

 
 
 
 
 
 

Sesama ahli pun berbalah.. x profesional langsung
ReplyDeletejangan campur urusan org lain, itu menyibuk namanya..
ReplyDelete