1,200 Penumpang KTM sektor utara Terkandas Akibat Bom - Penumpang KTM sektor utara Terkandas Akibat Objek curiga

KUALA LUMPUR: Lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor
 utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan selepas satu objek  
dikhuatiri bahan letupan ditemui di landasan antara laluan Sungkai-Slim 
River di KM 259 pagi tadi.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan 
yang dibatalkan ialah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres 
Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing 
ditamatkan di stesen Tapah Road dan di stesen Kampar di mana penumpang 
dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.
Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim 
dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren
 dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang 
dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.
Menurut kenyataan itu, pasukan polis mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.
Menurut kenyataan itu, pasukan polis mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.
 

 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment