Show Mobile Navigation

Tuesday, 18 March 2014

Abang Gadis Yang Maut Dalam Konsert FMFA Tampil Luah Isi Hati

nescafeais - 10:25
=



Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan kematian beberapa remaja dalam konsertdi Stadium Bukit Jalil. Melalui laporan berita,  Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas.(rujuk sini) dan sini (tahun melawat atau melacur malaysia)

Abang kepada salah seorang gadis yang meninggal dunia tampil meluahkan isi hatinya mengenai kejadian itu di dalam Akaun Facebook adiknya sendiri, Sabreena Kamarudin. Baca luahan hati beliau:



Assalamualaikum,

Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.

Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.

Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.

Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.

Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






8 comments:

  1. Surga atau neraka bergantung kpd cara kita hidup bukan cara kita mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...betul....tapi kenapa nabi ajar kita doa minta mati dlm husnul khatimah dan minta jauhkan dr mati dlm bisuil khatimah...

      Delete
  2. Betullah apa yang abang dia cakap tu, tapi hikmahnya ialah, perlu lebih busy body terhadap ahli keluarga kita, (bukan menuduh) tapi selalunya semua orang memang baik kat umah tapi agak nakal di luar.... apa2 pun berhati2...kadang2 pengaruh kawan ni la yang jadi syaitan kat diri kita...

    ReplyDelete
  3. Takziah diucapkan.. sebenarnya ibubapa dan ahli keluarga haruslah mengambil tahu aktiviti ahli keluarga mereka yg duduk berasingan baik yg bekerja mahupun belajar..keraplah dtg menziarah.. dunia skrg penuh dgn godaan. . Mmg ahli keluarga kita berasal dari org yg baik2 belaka tetapi bila dia sudah dikelilingi dgn rakan atau masyarakat yg rosak akhlaknya dia sendiri sudah tidak kenal benda yg betul dn salah.. sy sendiri sedih melihat tingkah laku anak muda masa kini yg amat keterlaluan tanpa segan silu gadis seperti tidak berpakaian, merokok dn minum arak, ramai yg bekerja part time sbg pelayan di kelab2 bebas meneguk tetapi ibubapa dikampung tidak tahu hakikat sbnr.. didlm lrt remaja2 islam dn bukan islam tidak segan silu berpelukan berkucupan dihadapan penumpang lain yg lebih berusia dari mereka.. jika dihadapan ahli keluarga pasti pijak semut pn takkan mati krn mereka pn tak sanggup jika ahli keluarga mengetahuinya.. usahlah menunding jari, marilah kita sama2 memantau, dimanakah ahli keluarga kita? Adakah mereka masih sama spt yg kita fikirkan? supaya kita dpt menyelamatkan anak muda yg masih mentah sememangnya mudah tergelincir dari landasan.. Konsert ini hanya salah satu yg Allah nk buka mata kita, tetapi byk lg tempat maksiat yg boleh menjahanamkan ahli keluarga kita.. marilah sayangilah ahli keluarga anda sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  4. Al fatihah... lebih baik kita menutup aib seseorg tu.. kita x tau akan nasib kita dan keluarga kelak....

    ReplyDelete
  5. sy ingin minta maaf kpd waris si mati ..sy di antara yg meng'share' post ttg kejadian itu...al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. Jgn mula mnghukum umpama kita lebih baik dri org lain.. Rasullah sendiri pernah di tegur oleh Allah SWT kerana mghukum seseorg tanpa brtanya kpd Allah dahulu.. itu seorang nabi yg tidak pernah buat dosa.. kita?siapakah kita nk mghukum.. yg penting skang adalah bgaimana nk mghalang hal begini trjadi lagi.. doakan yg baik2 utk arwah semoga apabila smpai masa kita nanti.. org juga mndoakan kita yg baik2.. urusan dosa.. pahala... amal baik.. itu urusan dia dan Allah. Al-fatihah

    ReplyDelete