Show Mobile Navigation

Tuesday, 18 March 2014

Tentera USA Terlihat Di Ipoh Dan Kota Bharu? - Ini Jawapannya

nescafeais - 11:07


Gambar di atas tersebar di media sosial. Katanya ada aktiviti tentera asing dikesan sudah berada di dalam negara kita. Antara yang menyebarkan nya di twitter ;


 ini gambar yang lebih jelas...





Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka sedang lakukan latihan. Ini antara usahasama perkongsian latihan dua buah negara yang melibatkan pasukan ketenteraan dari Malaysia dan USA.


BACA INI ;

    Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy.

    Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

    Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula

    sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali

    setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

    Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012. Kumpulan US Army

    ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38

    operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah

    menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

    Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-

    1) Kemahiran medan/teknik menembak

    2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan

    3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)

    4) Kemahiran letupan

    5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)

    6) Perancangan operasi

    7) Latihan Sniper

    Setelah

    latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran

    pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces

    Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat

    akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan

    menjalakan latihan 'evidence collection'.

    Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat

    Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz,

    Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US

    Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.


Rujukan : https://forum.lowyat.net/topic/2142438/+580


Lebih banyak gambar-gambar di dalam link yang di atas. Harap ini dapat menjawab persoalan mengenai penyebaran gambar di atas.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






2 comments:

  1. Ramai jgak yg kurang cerdik bbicara spt pakar dlm smua bidang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu...keyboard warriors...pergerakan dorang sntiasa di pntau oleh pegawai UTK yg bertugas...klau nak cari tmpat stratigik kat Malaysia nie...pkai Google Maps pon dah lpas....

      Delete