Show Mobile Navigation

Monday 17 February 2014

Video Terlalu Asyik Mencuri, Tak Sedar Dirakam CCTV

nescafeais - 09:10


Kini trend membawa anak-anak bagi mengaburi aktiviti mencuri dalam kedai atau pasaraya kian menjadi-jadi.Pastinya kita menganggap ‘pelanggan’ yang membawa anak-anak merupakan orang ‘baik-baik’ dan tidak mungkin melakukan jenayah

Kejadian terbaru berjaya dirakam CCTV di sebuah farmasi di Bandar Puchong Jaya beberapa hari lalu turut menggunakan modus operandi yang sama.

Melalui rakaman CCTV, dua wanita bersama dua kanak-kanak memasuki farmasi tersebut dan menyamar sebagai pelanggan.

Tidak menyedari dirinya sedang dirakam, salah seorang daripada wanita itu dilihat begitu asyik mencuri.

Dia dilihat membuka kotak beberapa produk tertentu sebelum mengeluarkan kandungannya dan memasukkannya ke dalam beg tangannya.

Bagaimanapun, melalui info yang disertakan, mereka telah menggunakan kad keahlian dengan nama ‘Lee Kim Ha’ dengan nombor kad pengenalan 880101-05-5018.

Memandangkan wajah pencuri tersebut cukup jelas, diharap mereka yang mengenali atau melihat wanita tersebut dapat membuat laporan polis secepat mungkin agar kejadian ini tidak berulang kembali.



(Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign)
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment