Show Mobile Navigation

Friday, 10 January 2014

'Sultan Melaka' Raja Nor Jan Tawar Dr Asri Jadi Mufti Melaka

nescafeais - 07:05

 


Raja Noor Jan yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka menawarkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menjadi mufti dalam 'kerajaan yang bakal dibinanya' kelak.

Tawaran itu dibuat Raja Noor Jan Shah melalui akaun Twitternya selepas Dr Asri mempersoalkan kewujudan 'sultan baru Melaka' itu.

"Kenapa nak jadi sultan sangat? 

"Cukuplah dengan Sultan Sultan yang dah ada, tak payah sesiapa nak jadi sultan tambahan pula. Yang ada pun dah tinggi kosnya," demikian status Twitter Dr Asri.

Raja Noor Jan kemudian membalas tweet tersebut dengan mengatakan beliau menanggung kos sara hidup beliau sendiri.

"Bukan beta yang nak jadi sultan, negeri Melaka yang perlukan beta?" ujar Noor Jan .
Tweet tawaran itu kemudiannya mengundang reaksi dari pelbagai pengikut di laman sosial tersebut
Antara balasan menarik daripada pengikut Twitter yang lain adalah "Offer terhebat" daripada @HilalAzmi dan "it sound RUBBISH" daripada @amdesidik.
 

Selain daripada itu, 'Sultan Melaka' turut menjadi perhatian ramai di laman Twitter lantaran memuat naik status yang dilihat kelakar.

Beliau yang diikuti 2 849 pengikut di Twitter kerap mendapat pertanyaan dan 'usikan' apabila ada yang meminta beliau menggunakan kuasa sebagai Sultan dalam pelbagai perkara.

 @SultanMelaka: Susah juga jadi sultan tak berakyat ni. Dari tadi menunggu lunch hour. Dulu mudah, cukup masa dayang2 hidangkan.

 @SultanMelaka: Dah pukul 2 dah. Beta beradu dulu. Beta ni Sultan yang kena kerja 9 to 5. Kekanda beta di negeri lain tu tak apa. #cemburu
Sebelum ini Raja Noor Jan Shah membuat kenyataan bahawa beliau merupakan Pewaris Kesultanan Melayu Melaka sekaligus mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka dan mahu mengambil balik takhtanya yang telah dinafikan haknya selama ini.

 Bagi menguatkan lagi dakwaan itu, Raja Noor Jan Shah telah menampilkan dokumen dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang jelas mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.

 Pihak ICJ dakwanya telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut. -ANTARAPOS



SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment