Selalu kita melaporkan dalam berita, kali ini kejadian jenayah berlaku di hadapan mata," ujar Azawate Zenol Abidin.
Azawate adalah pembaca berita Buletin Utama, TV3. Kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 8.45 malam tadi di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Kami hendak pergi ke Hospital Tropicana untuk menziarahi saudara ibu mertua. Waktu itu hujan turun renyai.
Suami memasukkan dahulu dua anak lelaki kami ke dalam kereta dan kemudian datang kembali berpayung ke pintu rumah untuk menjemput saya dan bayi kami berusia 9 bulan. Ketika itu dua lelaki bertopi keledar meluru ke arah dia," jelasnya lagi.
"Penyamun Melayu itu berkata, saya tidak mahu cederakan abang, bagi duit. Memikirkan keselamatan dua anak berada di dalam kenderaan, saya kemudian menyerahkan beg duit kepada mereka.
Dua lagi rakan penjenayah itu menunggu di atas motosikal kira-kira 10 meter dari pagar rumah. Masa itu saya memegang payung dan cuba menolak dia, saya dipukul di belakang kepala dan tercedera di bahu kanan akibat dihentak menggunakan senjata besi dan buku lima," ujar suaminya tenang.
Laporan dibuat di Balai Polis Kota Damansara.
"Telefon bimbit di tangan saya. Kejadian berlaku dalam tempoh terlalu singkat. Saya menjerit supaya adik lelaki saya masuk semula ke dalam rumah. Saya berpeluang merekodkan visual kejadian tetapi panik buat seketika," jelas Azawate kesal.
"Sewaktu kejadian berlaku, saya menghubungi nombor kecemasan 999 dan abang memberikan alamat rumah kepada petugas. Lama kami menunggu polis datang tetapi mereka tidak juga tiba.
Kami kemudian dihubungi anggota polis dari Balai Kota Damansara dan meminta abang ipar saya membuat laporan di balai," kata adik Azawate.
Sebaik mengetahui kejadian samun terbabit, saya pantas menghubungi Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus pada jam 10.23 malam.
"Saya hubungi unit peronda dengan kadar segera," ujar beliau.
Kereta unit peronda polis tiba dianggarkan dalam tempoh kurang 10 minit. Saya menyusul kira-kira seminit kemudian.
"Kami menerima maklumat pertama pada jam 10.30 malam dan terus begegas ke sini," ujar dua anggota polis terbabit.
Sumber:MazidulAkmal
Laporan oleh Sinar harian
KUALA LUMPUR - Seorang pembaca berita sebuah televisyen swasta dan keluarganya berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan rumahnya di Kota Damansara, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, difahamkan personaliti televisyen dan tiga anaknya hendak keluar rumah.
Menurut sumber, ketika kejadian suami kepada pembaca berita itu berada di luar rumah bersama dua anak lelakinya yang berusia dua dan empat tahun, manakala wanita itu sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.
“Tiba-tiba empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu menyerang dan memukul lelaki berkenaan,” katanya.
Menurutnya, suspek menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta pertolongan.
“Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Damansara. Difahamkan suami kepada pembaca berita itu cedera di bahu dan kepala,” katanya.- SINAR HARIAN
Kami memaklumkan semua orang di Malaysia dan Indonesia untuk mengetahui tentang tabiat moral Yip Kum Fook, lelaki ini menipu ramai orang dan di mana-mana sahaja di Malaysia
ReplyDeleteSebagai contoh, dia berbohong kepada abang iparnya (Encik Low) tentang menjual beberapa hartanah tetapi Encik Yip ini mengambil semua wang, tidak memberi Encik Low satu sen, Encik Low perlu menangis mengenainya.
Juga tentang Encik Lim, Yip Kum Fook menjual beberapa tanah kepada Encik Lim dan kedua-duanya bersetuju tentang penjual dan pembeli tetapi Yip membawa Lim untuk melihat tanah itu tetapi tiada tanah di sana, lepas Encik Lim melantik peguam untuk menyaman dan Yip mengembalikan semua Duit Encik Lim
Baru-baru ini bersama En. Ten untuk mahkamah tentang pembinaan rumah syarikat, Yip Kum Fook sangat teruk dan sangat jahat
Dan hari ini ramai yang tahu tentang Yip Kum Fook lakukan dan dia juga presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur...juga rakyat Indonesia juga perlu mengambil berat tentang Yip Kum Fook kerana menantunya adalah Indonesia (isteri Yip Juin Hann)
berkongsi olih Ng(Ah Chong)