Show Mobile Navigation

Thursday, 2 January 2014

Penjelasan Rasmi Najwa Latif Mengenai Isu Tweet Wanita Diraba Peserta TURUN

nescafeais - 09:51


Najwa Latif kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab dalam isu tweet yang kononnya dibuat olehnya kelmarin. Menurut Tweet tersebut Najwa Latif berkata bahawa beberapa wanita diraba semasa perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka,  kelmarin.

Menurutnya, tweet berkenaan bukan dibuat olehnya dan ianya telah diubahsuai.

“Selepas timbul kisah tweet itu, saya ada terima beberapa mention yang ditujukan kepada saya yang agak kasar, saya tahu siapa yang memulakannya saya harap ia akan berakhir dengan baik,” katanya.

Menurut Najwa lagi, ketika para peserta perhimpunan TURUN naik ke atas pentas utama, beliau sudah bergerak keluar dari Dataran Merdeka bersama Pengurusnya, Azahari Jaafar dan kakaknya balik ke rumah.

Najwa berkata ketika menyanyikan lagu Sahabat di atas pentas beliau tidak nampak kekecohan berlaku sebaliknya memberikan fokus kepada penonton di hadapannya sahaja.

“Ketika saya membuat persembahan saya tidak menerima apa-apa ejekan seperti ‘booo’ atau sebagainya sebaliknya penonton di hadapan saya tetap bernyanyi bersama dan bertepuk tangan saat saya mengalunkan lagu Sahabat.

“Persembahan saya bermula pukul 11.15 dan berakhir pada pukul 11.20 malam, selepas itu pengurus saya dan kakak saya terus pergi ke kereta dan bergerak keluar dari Dataran Merdeka,” katanya.
Setakat ini beliau tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan  terhadap individu yang memalsukan tweet beliau hanya berharap ia tidak akan diperbesar-besarkan lagi.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment