Terrpaksa menulis menggunakan hanya dua jari kaki sambil berbaring di atas lantai beralaskan tikar, tidak melunturkan semangat adik Nur Damia Irsalina Daeng Malis kanak-kanak orang kelainan upaya untuk menimba ilmu.
Nur Damia Irsalina, yang berusia 7 tahun, yang kini memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong,Semangat tingginya ingin bersekolah dikesan ibu bapanya apabila dia mencuba-cuba pakaian sekolahnya dan berlatih menulis di rumah sebelum sesi persekolahan.
Nur Damia dari Kampung Lubuk Batu, kudung dua tangan dan dua kaki. Hanya kaki kanan mempunyai tiga jari yang membolehkan kanak-kanak itu menulis dan melakukan aktiviti seharian.
Dia kini ini, bergerak menggunakan kerusi roda elektronik dan dihantar ke sekolah oleh bapanya, Dr Daing Malis Abd Kahar, dan ibu, Rosnaini Mohamad, yang tidak pernah berputus asa memberi semangat dan sokongan kepadanya.
Seronok masuk sekolah
“Saya seronok masuk ke sekolah hari ini. Saya mahu belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang menjadikan pakar motivasi terkenal dari Australia, Nick Vujicic, yang senasib dengannya sebagai idola.
“Sebagai ibu saya sangat gembira melihat semangat di rinya. Dia tidak pernah menjadikan kecacatan diri sebagai penghalang untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.
Rosnaini yang kini sedang berusaha mencari pembantu untuk menjaga anaknya di sekolah berkata, buat masa ini beliau berhenti kerja selama enam bulan, bagi memastikan anaknya itu dapat menjalani sesi pembelajaran dengan sempurna. Mujur guru dan rakan sekelasnya banyak membantu di sekolah.
0 comments:
Post a Comment