Show Mobile Navigation

Friday 31 January 2014

Khidmat Mesin ATM CIMB Dan Maybank Tergendala Hingga Pagi Isnin

nescafeais - 11:15


Kuala Lumpur: Perkhidmatan perbankan CIMB dan Maybank akan terganggu sementara dari jam 11.45 malam ini sehingga 6 pagi Isnin berikutan kerja naik taraf sistem.

CIMB berkata, gangguan itu membabitkan cawangan dan pusat perkhidmatan CIMB Bank dan CIMB Islamic, serta mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai, mesin deposit cek dan mesin penggurup wang automatik.
 
Gangguan itu juga akan menjejaskan transaksi kad debit CIMB, perbankan dalam talian, perbankan mudah alih dan perbankan telefon layan diri.

Pelanggan CIMB dinasihatkan membuat perancangan awal jika mereka memerlukan bayaran atau pemindahan diproses lebih awal.

Sementara itu, kumpulan perbankan Maybank memaklumkan perkhidmatan Pindahan Segera Wang Antara Bank (IBFT) menerusi perkhidmatan perbankan secara dalam taliannya, Maybank2u dan ATM terganggu sementara bermula 12 tengah malam ini hingga 6 pagi Isnin susulan kerja naik taraf sistem perbankan asas CIMB itu.

Namun, katanya, pelanggan Maybank2u masih boleh melaksanakan transaksi Sistem GIRO Antara Bank (IBG) dengan memilih Pindahan Wang Antara Bank GIRO seperti biasa.

Bagaimanapun, pelanggan dinasihatkan melaksanakan urus niaga sebelum tengah malam ini. - Berita Harian
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment