Show Mobile Navigation

Saturday 30 November 2013

,

Peningkatan Janda muda di Malaysia Membimbangkan

nescafeais - 13:24


Peningkatan Jumlah ibu muda yang di Malaysia menimbulkan kebimbangan pertubuhan pembangunan keluarga tempatan dan antarabangsa.

Data Tahun lepas menunjukkan, lebih 18,000 remaja melahirkan anak di negara ini, 75 % daripadanya oleh remaja yang berkahwin dan 25% akibat perbuatan sumbang.


Wakil Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu Malaysia Michelle Gyles-McDonnough berkata peningkatan jumlah ibu muda bererti semakin ramai wanita kehilangan peluang untuk mencapai potensi tertinggi masing-masing dalam kehidupan dan ini akan meningkatkan kadar kemiskinan serta memberi kesan langsung terhadap ekonomi negara.

Menurutnya lagi,

"Apabila seorang remaja perempuan berkahwin, ia akan mewujudkan pelbagai isu, daripada menamatkan  serta-merta peluangnya dalam pendidikan, menjejaskan peluang pekerjaan dan kerjaya pada masa akan datang, menariknya ke lembah kemiskinan dan mengehadkan kemampuannya untuk menyumbang kepada negara," kata beliau pada majlis pelancaran laporan Keadaan Penduduk Dunia 2013 "Menjadi Ibu Ketika Kanak-kanak: Menghadapi Cabaran Kehamilan Remaja"

Oleh itu, wujud keperluan memberi pendidikan seks sewajarnya bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mencegah perkahwinan dan kegiatan seks ketika usia muda.

Beliau berkata lagi, pendidikan seks seperti itu terbukti dapat membimbing kanak-kanak supaya menangguhkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan jenis dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul akibat perbuatan masing-masing.

Katanya menyalahkan remaja perempuan bagi kehamilan yang berlaku dalam kalangan mereka sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kerana sebenarnya masyarakatlah yang perlu bekerjasama dengan penggubal undang-undang untuk mendidik golongan itu dan memberi peluang kepada mereka untuk memanfatkan potensi diri masing-masing dengan sepenuhnya.

Sementara itu, pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara , Tan Sri Napsiah Omar berharap anggota Parlimen memainkan peranan aktif dalam mendidik orang ramai supaya mencegah perkahwinan kanak-kanak di kawasan masing-masing.

Beliau berkata Malaysia perlu memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia memberi kesan langsung terhadap masa depan negara.

"Sebagai negara membangun, isu ini perlu dibincang dan diselesaikan agar Malaysia tidak kehilangan pemimpin masa depannya," kata beliau sambil menambah bahawa penggubal undang-undang di negara ini perlu bertindak secara serius untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia tentang perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan remaja.


SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment