Show Mobile Navigation

Saturday, 30 November 2013

Lana Belum Tantu Jodoh Saya - Johan As'ari

nescafeais - 10:38


Selepas dihambat kontroversi berkenaan berita lamaran Johan As’ari terhadap aktres Lana Nodin, pelbagai spekulasi mula timbul.

Ada peminat yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pilihan Johan As'ari itu.
Peminat pastinya mahu mendapatkan penjelasan dari tuan punya badan mengenai perkara tersebut.

Johan yang dihubungi wartawan Media Hiburan berkata, 

“saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, Lana belum tentu jodoh saya.

“Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripadaNya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi’,” katanya.

Kisah percintaan Lana dan Johan menjadi tumpuan peminat kerana sebelum ini nama Johan sering dikaitkan dengan penyanyi Shila Amzah.

Namun, kelmarin Johan mendedahkan dia sudah pun melamar Lana setelah tiga hari keluar bersama.

Pasangan ini dikatakan mula rapat selepas terbabit dengan satu penganjuran anugerah pada 18 Oktober lalu.


SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment