Show Mobile Navigation

Saturday 30 November 2013

Kanak-kanak perempuan 6 tahun Dirogol Budak lelaki 11 tahun

nescafeais - 13:10

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.
Polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol termuda di Malaysia.

Kejadian rogol itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Menurut Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila curiga melihat keadaan rumah yang sunyi sepi.

Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan terkejut.

Selepas menenangkan kanak-kanak itu, beliau memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki tersebut sedang bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan bila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.

Dia yang mengesyaki sesuatu tidak kena terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan tersebut

kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.

Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment