Show Mobile Navigation

Saturday 30 November 2013

,

Halang Umat Islam Berjudi Pemimpin Hipokrit - Zaid Ibrahim

nescafeais - 16:20


Langkah kerajaan menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

"Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya


Zaid yang menulis di Twitter semalam, juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.

"Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian nombor ekor 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan.

"Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent," sindirnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Vincent Tan, ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang antaranya terkenal dengan perniagaan perjudian.





"Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya," katanya lagi.

Kerajaan Melaka semalam dilaporkan bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Kerajaan Melaka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan memberikan kuasa lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Vegas, Melbourne  atau London.

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






9 comments:

  1. Macam ni ke org yg mngaku Islam?? Buat malu je...

    ReplyDelete
  2. The true colors sudah keluar!

    ReplyDelete
  3. Macamni lah betul! Jujur. daripada yang wayang kulit banyak wara' la pirah! Hidup Zahid Ibrahim!

    ReplyDelete
  4. Bila akal memberi hukum.

    ReplyDelete
  5. Ayat dia sarkastik.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin yg beragama Islam ker Zahid Ibrahim ni? Mcm org bukan Islam jer dia ni.... Cara berfikir org yg brnama Zahid Ibrahim dah trserlah ....

    ReplyDelete
  7. He is being realistic.. People need to be educated not forced.

    ReplyDelete
  8. some people may think this statement are good and some people may not...bt for me i think hes being stupid for saying those things...yet we as a muslims must support our fellow muslims to do the right thing not turn them down...aku tk bole trima org mcm nih...ko nk jahat itu hal ko tp bila org nk buat baik jgn mengata...

    ReplyDelete
  9. Apa punya manusia macam ni.....hukum ALLAH dipertikaikan..... dah tua dah .....bertaubatlah.......

    ReplyDelete