Show Mobile Navigation

Saturday, 7 April 2012

, , , , , , , ,

Watak Pondan, Lelaki Lembut Dilarang Muncul Di TV, Radio

Unknown - 09:05



Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan yang disiarkan di halaman Facebooknya berbunyi:

 "Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini."

Dalam perkembangan terkini, Jabatan Penerangan bagaimanapun menafikan mengeluarkan sebarang larangan sebaliknya hanya memetik status Radio Bernama 24 yang mengajak pembaca berbincang berhubung isu itu.

Penafian ini dikuatkan dengan penjelasan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim bahawa tiada penerangan seumpamanya di laman Twitter beliau.

Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan pengesahan Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Maglin Dennis D'Cruz kepada The Star hanya kira-kira sejam selepas penafian Jabatan Penerangan.

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment