Show Mobile Navigation

Friday, 27 April 2012

,

Nora Danish Doakan ‘Semoga bahagia!’ Buat Fasha Dan Jejai

Unknown - 12:54
 Ramai sedia maklum, hari ini merupakan detik bersejarah buat pelakon kontroversi, Fasha Sandha, 27, yang melangsungkan pernikahan bersama buah hatinya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 34. Walaupun lokasinya dirahsiakan, namun ramai yang mendoakan agar pasangan ini segera diijabkabulkan dan bahagia melayari alam perkahwinan.

Tidak terkecuali Nora Danish yang sehingga kini mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya, Jejai.

Menurut Nora, sejak berpisah, hubungannya dengan Jejai masih baik dan tiada dendam antara mereka meskipun rumah tangga yang pernah dibina musnah sekelip mata.

“Melangsungkan perkahwinan buat kali kedua adalah pilihan hatinya sendiri dan selagi Jejai bahagia, Nora juga gembira dengan keputusan itu.

“Kami tidak pernah bergaduh dan masih berkawan seperti biasa malah sebagai seorang kawan, saya mengharapkan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.

Nora berkata, ternyata jodoh antara Fasha dan Jejai sangat kuat. Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan dan halangan, akhirnya mereka disatukan juga.

“Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka dan harap semuanya akan berjalan dengan baik,” ujar Nora.


Nora Nafi bawa diri

Di saat Jejai dan Fasha disatukan, di saat itu jugalah pelakon jelita ini berangkat menunaikan ibadah umrah. Bagaimanapun, Nora menafikan dia ke sana kerana membawa diri.

“Nora bukan membawa diri, keputusan mengerjakan umrah kali ini dirancang sejak Februari lalu dan tiada kaitan langsung dengan majlis pernikahan mereka.

“Saya akui memang tidak menerima sebarang kad jemputan daripada mereka. Mungkin mereka tahu tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh Nora berangkat menunaikan umrah dan secara jujurnya saya tidak rasa terkilan atau berkecil hati mengenainya,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai persiapannya untuk menunaikan ibadah umrah, Nora mengatakan kali ini dia lebih teliti kerana telah mempunyai pengalaman pertama melaksanakan umrah tahun lalu.

“Saya akan berada di sana selama 13 hari dan mengharapkan semuanya dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga semuanya selesai.

“Sepanjang mengerjakan umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai,” katanya.


Rezeki semakin melimpah

Bertanyakan mengenai perkembangan karier lakonannya, Nora berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem ‘Mencari Cinta’ arahan Shirin Khuzaimi.

Menurutnya, dalam filem tersebut dia memegang watak utama, sebagai Myra dan bergandingan bersama pelakon berpengalaman, Rusdi Ramli.

“Saya beruntung kerana diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem ini dan pada masa yang sama turut digandingkan dengan pelakon yang cukup berpengalaman.

“Setelah pulang dari umrah pula, saya akan mula melakukan sesi penggambaran untuk sebuah telefilem bersama Media Prima dan Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus,” katanya yang turut berterima kasih di atas sokongan padu yang diberikan peminat.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment